Assalamualaikum...apa khabar korang hari ni? Agak-agaknya, ada tak pihak yang suka bila harga minyak naik lagi? Sebagai pengguna, mestilah tak ada kan...tapi tak tahulah kalau pihak para peniaga pulak macam mana...
Patutlah ramai orang beratur kat stesen minyak petang tadi...berebut-rebut nak penuhkan tangki kereta dan motorsikal sebelum harga baru dikenakan. Saya pulak terlambat tahu pasal ni, jadi malaslah nak keluar rumah semula. Tak sanggup rasanya nak bersusun-susun dekat pam minyak tu...
Ihsan Google
Berdenyut-denyut kepala saya bila terdengar kura-kura mengatakan harga minyak naik lagi... Apa yang jelas terbayang di minda saya, lepas ni harga barang akan naik laju macam roket...Rasa kasihan sangat dekat pakcik makcik yang kerja kampung...hidup pulak bertani semata-mata... Macam manalah mereka nak menampung perbelanjaan harian yang kian meningkat...
Lepas tu, saya pun kena kurangkan kekerapan saya untuk balik kampung. Tak dapatlah nak jenguk ibu di kampung setiap minggu...adoi, sedihla pulak...
Nampak gayanya, lepas ni saya kena rajinkan diri untuk memasaklah jawabnya. Sekali makan kat luar untuk dua-tiga orang dah berapa harganya kan...jauh lebih jimat kalau memasak sendiri di rumah...bukan susah sangat nak masak, cuma ia memerlukan semangat dan keazaman yang tinggila yek...hihihh...
Sebenarnya saya ni OK je kalau kena masak pun...tapi yang buat saya jadi kurang rajin sebab kami hanya makan berdua sahaja. Faris pulak bukannya makan kalau Mama nak tukar-tukar selera pelik sikit...
Kesimpulannya, nak ke tak nak, kita memang kena adapt dengan setiap perubahan yang berlaku. Redha jelah dan cubalah sesuaikan diri...mula-mula memang tak biasa...alah bisa, tegal biasa kata orang....semoga bertabah ye kawan-kawan :-)
Sekian.
penat fikir harga minyak..nak tak nak kena isi minyak jugak..
BalasPadam