Selasa, 9 September 2014

Penyakit Jantung golongan Wanita lebih Serius berbanding Lelaki?

Sakit Jantung Pembunuh Nombor Satu Wanita

Sebenarnya saya sendiri pun tidak sangka bahawa penyakit jantung yang dialami oleh kaum wanita sebenarnya lebih serius berbanding kaum lelaki. Saya sering membayangkan bahawa penyakit jantung hanyalah penyakit 'orang lelaki' dan kaum wanita 'selamat' daripada penyakit berbahaya ini. Naif betul!


Tahukah anda bahawa enam daripada 10 wanita di Malaysia mempunyai penyakit jantung! Ramai tu...macam tak percaya. Tapi inilah kenyataannya. Hakikatnya, pembunuh nombor satu wanita di dunia bukanlah disebabkan kanser payu dara mahupun kanser pangkal rahim, tetapi penyakit jantung.

Menurut Persekutuan Jantung Dunia, seramai 17.3 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat sakit jantung dan 8.6 juta daripadanya ialah wanita. Fakta ini mungkin mengejutkan ramai orang kerana stigma penyakit jantung sering dikaitkan dengan golongan lelaki sahaja. Walhal golongan wanita dan lelaki mempunyai risiko yang sama untuk mendapat penyakit jantung.

Ia lalu membuatkan wanita kurang peka terhadap simptom-simptom yang dihidapi yang sebenarnya berkemungkinan menandakan masalah jantung kerana tidak pernah menyangka sakit jantung akan mengancam mereka.

Pakar Perubatan dan Pakar Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Dr. Haizal Haron Kamar mengakui kesedaran golongan wanita terhadap ancaman sakit jantung agak kurang kerana stigma ia masalah lelaki.

"Statistik di Amerika Syarikat sejak 1984 menunjukkan lebih ramai wanita yang maut akibat sakit jantung berbanding lelaki setiap tahun.
"Simptom sakit jantung di kalangan wanita sedikit berbeza dengan lelaki menyebabkan ramai yang salah faham ia masalah lain.
"Survival pesakit jantung wanita kurang berbanding lelaki kerana kebanyakannya lambat ke hospital," ujarnya bersempena Hari Jantung Sedunia, baru-baru ini.

Wanita yang sudah putus haid merupakan golongan yang paling perlu berhati-hati dengan masalah penyakit jantung.
Ujar Dr. Haizal, ini kerana keistimewaan wanita yang mempunyai hormon tertentu seperti estrogen yang boleh mencegah wanita daripada ancaman sakit jantung hilang apabila putus haid.

"Golongan wanita berdepan dengan penyakit jantung 10 hingga 15 tahun lebih lewat daripada lelaki.
"Kalau lelaki mendapat sakit jantung ketika berusia 50 hingga 55 tahun, wanita pula ketika 65 hingga 70 tahun," ujarnya.


Simptom Penyakit Jantung bagi Kaum Wanita 

Simptom sakit jantung juga sedikit berbeza dengan lelaki. Tambahnya, kesedaran terhadap ancaman penyakit jantung terhadap wanita kurang mungkin disebabkan publisiti kanser payu dara dan kanser pangkal rahim yang lebih hebat.

Ini berkemungkinan kerana kanser tersebut lebih banyak menyerang wanita muda, ketika mereka di puncak hidup manakala sakit jantung pula kebiasaannya menyerang mereka yang lebih tua.

"Namun golongan lebih muda menghidap sakit jantung koronari juga semakin bertambah atas sebab gaya hidup yang tidak dijaga," ujarnya.

Simptom Wanita selalunya mengalami simptom masalah jantung koronari yang berbeza daripada lelaki.

Antaranya, sakit atau rasa tidak selesa pada bahagian dada, lengan kiri atau belakang, degupan jantung pantas yang luar biasa, sukar bernafas, loya dan keletihan.
Simptom yang paling biasa ialah angina pectoris or angina.

Angina merupakan sakit di bahagian dada. Ia sering digambarkan rasa tidak selesa atau ketat pada bahagian dada, kekebasan dan pedih hulu hati.

Ia sering disalah-erti sebagai pedih ulu hati atau ketakcernaan membuatkan ramai yang tidak sedar ia sebenarnya tanda penyakit jantung lalu tidak segera merujuk dengan doktor pakar.

Simptom lain yang perlu diberi perhatian ialah debaran jantung yang tidak sekata, pening dan berpeluh yang teruk. Sumber 


Mulai hari ini, saya akan pastikan diri saya mengamalkan CoQ Health Plus yang sangat sesuai untuk mengekalkan kesihatan jantung.


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221



0 comments:

Catat Ulasan