Isnin, 24 Jun 2013

CoQHealth Shaklee : Vitamin untuk Pesakit Jantung

Penyakit jantung sememangnya sangat sinonim dengan kita sebagai rakyat Malaysia. Penyakit jantung boleh dianggap sebagai pembunuh utama di Malaysia. Masakan tidak, dengan statistik 60% rakyat Malaysia terdedah dengan risiko penyakit jantung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sudah cukup merisaukan kita. Di sini saya kongsikan beberapa risiko serta faktor penyakit jantung:
·         Kolestrol Darah yang Tinggi
Bahan berlemak dalam salur darah yang bertindak menyempitkan salur darah

·         Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah yang tinggi menyebabkan jantung terpaksa bekerja kuat untuk mengepam darah. Hal ini memberikan risiko pecahnya saluran darah yang merosakkkan fungsi organ-organ seperti mata, otak dan jantung

·         Stress
Stress adalah tindakan hormon yang meningkatkan bebanan jantung serta tekanan darah

·         Kurang Senaman Serta Berat Berlebihan
Jantung memerlukan senaman untuk kekal sihat serta mengekalkan kemampuannya bekerja. Senaman yang kerap juga mampu membantu membakar kalori serta mengurangkan kolestrol dalam darah

·         Merokok
Merokok mampu merosakkan bukan sahaja paru-paru, malah saluran darah kerana tar serta nikotin rokok turut diangkut melalui saluran darah. Risiko merokok selain penyakit jantung termasuklah kanser paru-paru serta strok.

Coenzyme Q10 sebagai Kunci kepada Keupayaan Jantung
Otot jantung merupakan sel paling unik dalam badan manusia atas kemampuannya untuk menghasilkan tenaga. Tenaga inilah yang diperlukan oleh jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan manusia bagi membekalkan seluruh tubuh dengan oksigen, nutrient, hormon serta mineral yang diperlukan oleh badan. Atas sebab inilah keupayaan jantung untuk bekerja harus dikekalkan dan ketidakupayaan jantung mendedahkan kita kepada penyakit-penyakit jantung.
Coenzyme Q10 telah dijumpai oleh Fred Crane pada tahun 1957. Sejak itu, kajian demi kajian telah membuktikan keupayaan molekul ajaib ini dalam meningkatkan keupayaan jantung. Jantung memerlukan banyak tenaga untuk berfungsi dan kehadiran Coenzyme Q10 sangat membantu jantung untuk menghasilkan tenaga.

Coenzyme Q10 Sebagai Jawapan Kepada Penyakit Jantung
Menurut Peter H. Langsjoen dalam artikelnya bertajuk ‘Alleviating Congestive Heart Failure With Coenzyme Q10’ dalam majalah Life Extension Magazine, kajian sepanjang tahun 1960an dan 1970an menunjukkan individu yang mengalami kegagalan fungsi jantung mempunyai paras Coenzyme Q10 yang sangat rendah. Kegagalan fungsi jantung adalah disebabkan oleh sel otot jantung yang lemah serta tidak mampu menghasilkan tenaga untuk mengepam darah. Pada tahun 1980, satu kajian menyeluruh telah dilaksanakan oleh Karl Folkers, Gian Paolo Littarru, Denton Cooley dan Per H. Langsjoen di mana 126 individu yang mempunyai ketidakupayaan jantung diuji dengan Coenzyme Q10 dan berikut saya kongsikan keputusan kajian tersebut.

·         Pengurangan sakit dada daripada 64% kepada 6%
·         Penurunan kadar keletihan daripada 84% kepada 16%
·         Penurunan kadar sesak nafas daripada 58% kepada 12%
·         Pengurangan kehilangan memori daripada 8% kepada 4%

Daripada keputusan kajian tersebut, jelaslah kepentingan Coenzyme Q10 dalam mengekalkan serta meningkatkan fungsi jantung.

Buatlah pilihan yang bijak dengan mengamalkan suplemen terbaik di samping mengawal pemakanan bagi mengurangkan risiko terkena penyakit jantung yang merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

0 comments:

Catat Ulasan