Jumaat, 12 September 2014

Family Day Sekolah Saya!

Alhamdulillah. Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan sudah pun tiba! Hari ini, 12 Sepetember 2014 , merupakan Hari Keluarga Sekolah SMKBC yang dianjurkan oleh AJK Kelab Guru & Staff 2014. Tahun ini pihak AJk telah memilih untuk bermalam di Sweet Beach Resort, Tok Bali Kelantan. Sebenarnya, Faris telah pun menantikan detik ini sejak dua minggu lalu. Faris begitu teruja untuk mandi di kolam renang. Hari-hari Faris tanya, Mama...saya nak pergi hotel boleh tak? 



Sekarang ni pun, Faris dan papa beliau sedang berendam dalam kolam renang....Mama pulak, curi-curi masa update blog. Lepas nilah kot join diorang kat kolam tu. Depan bilik ni jer. Bertuah jugak kerana daftar masuk awal tengahari tadi :-) Dapatla bilik yang paling depan...



Bilik saya ni berkonsepkan chalet. bilik yang kami menginap ni dilengkapi dengan sebuah katil 'double' dan satu katil 'single'. OKlah tu kan...dapatla tidur dengan lebih selesa malam ni.

Tahun ini sambutan terhadap program Family Day agak meriah kerana ia disertai lebih kurang 25 buah keluarga. Satu pencapaian yang agak baik berbanding tahun sebelum ini. Saya juga baru first time berpeluang menyertai program ini. Kebetulan suami sedang bercuti, so dapatla kami turut serta. Aktiviti petang ni adalah bebas. Saya memilih untuk beristirahat jer dulu.

Malam ni pula akan diadakan acara makan malam dan BBQ. Pihak kami telah menyediakan 15 ekor ayam dan satu tong ikan untuk dibakar beramai-ramai untuk makan malam. Menu lain yang disediakan ialah nasi goreng , keropok dan kuih-muih. 


Kami hanya akan bermalam di sini selama satu malam sahaja. Esok dah check out, kalau tak puas lagi mungkin kami akan menyambung percutian ke tempat lain pada masa akan datang. Boleh tahan cantik jugakan tempat ni pada waktu malam. Kalau korang nak berkunjung ke sini bolehlah buat tempahan ya. Rate biliknya pun 'affordable' sangat. Area RM130 ke atas.

1 comments: