Isnin, 1 September 2014

Bahan Kimia Penyebab Kanser Payu Dara

Saya mempunyai seorang kawan yang begitu cerewet dalam memilih barang penjagaan harian beliau. Setiap kali ingin memilih sabun atau bahan pencuci, beliau akan membelek-belek dengan teliti satu-persatu bahan kimia yang disenaraikan di belakang botol. Apabila ditanya, kenapa awak jadi obses dengan perkara-perkara macam ni? Sebenarnya, beberapa orang daripada ahli keluarga beliau mempunyai sejarah kanser baik kanser serviks mahu pun kanser payu dara. Memandangkan faktor keturunan juga merupakan salah satu penyebab yang menjadikan kita turut berisiko mendapat penyakit kanser, maka sahabat saya ini memilih untuk mencegah dari peringkat awal lagi.



Ada bagusnya begitu kan? Tepat sekali tindakan sahabat saya dalam memilih bahan pencuci atau kosmetik yang bebas daripada bahan kimia berbahaya. Tidak ramai orang yang mempunyai kesedaran seperti beliau termasuklah diri saya sendiri! OK selepas membaca perkongsian di bawah, saya yakin kita akan lebih mula berhati-hati dengan produk yang kita gunakan setiap hari lepas ni.

1. Benarkah bahan kimia seperti kosmetik, barang permainan kanak-kanak yang diperbuat daripada plastik dan bahan pencuci serta produk penjagaan harian badan boleh menyebabkan kanser?

Memang benar bahan kimia yang terdapat dalam produk yang disebutkan di atas boleh menyebabkan kanser. Kesan bahan-bahan ini terhadap individu adalah berbeza. Selain berpunca daripada baka, genetik atau keturunan banyak bukti yang menunjukkan bahawa bahan kimia tertentu boleh menyebabkan penyakit ini berlaku.

2. Bagaimanakah bahan kimia boleh menyebabkan kanser kepada manusia khususnya wanita?

Bahan kimia yang ada dalam produk penjagaan harian seperti kosmetik, pencuci dan sebagainya bertindak mengganggu keseimbangan hormon dalam badan dan merangsang sel-sel dalam badan tanpa kawalan dan ini boleh menyebabkan kanser.

3. Sejauh mana perkara ini boleh mengancam nyawa kaum wanita?

Terdapat satu kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa wanita yang bekerja dalam industri plastik dan pengetinan makanan mempunyai risiko untuk mendapat kanser sebanyak 5 kali ganda berbanding wanita lain.

4. Apakah agaknya punca peningkatan risiko kanser yang begitu ketara?

Wanita yang bekerja dalam industri plastik terdedah kepada bahan-bahan kimia seperti phthalates, bisphenol-A dan paraben yang bertindak merangsang sel-sel kanser payu dara.

5. Seriuskah kesan penggunaan ketiga-tiga bahan kimia di atas?

Setakat ini telah disahkan bahawa ketiga-tiga bahan kimia iaitu phthalates, paraben dan bisphenol-A memang boleh mengaktifkan sel-sel kanser payu dara. Malangnya, bahan-bahan kimia ini digunakan secara meluas dalam produk penjagaan harian di rumah seperti kosmetik, bahan pencuci dan plastik pembungkusan makanan.

Bisphenol-A (BPA) boleh mengaktifkan sel kanser dalam sel payu dara yang sihat dan ia juga bertindak mengurangkan keberkesanan ubat yang digunakan bagi merawat kanser payu dara.

Bagi mengelakkan BPA, kurangkan membeli makanan dalam tin atau yang dibungkus dengan plastik (mampukah kita) atau mencari tin mahu pun plastik yang bebas BPA. Gunakan bekas kaca untuk menyimpan makanan yang telah dibuka. Pilihlah barang permainan yang bebas BPA untuk anak-anak.

Phthalates adalah bahan kimia yang banyak terdapat dalam plastik yang menjadikan ia lembut dan mudah dibentuk. Ia juga banyak terdapat dalam kosmetik, peralatan yang diperbuat daripada plastik, deodoron, gel rambut dan sebagainya.

Bagi mengelakkan penggunaannya, baca label pada barangan yang kita nak beli dan pastikan ia tertulis bebas phthalates. Elakkan membeli produk penyegar udara sintetik untuk kegunaan di rumah atau di dalam kereta.

Parabens juga telah digunakan secara meluas sebagai pengawet dalam doedoron, mandian, pewangi, losyen, krim kecantikan dan sebagainya. Kajian menunjukkan, terdapat 99% kandungan paraben dariapada sampel tisu yang terkena kanser payudara. Ini menunjukkan bahawa paraben berkait rapat dengan kanser payudara. 

Walaupun kandungan paraben dalam produk kosmetik berada di tahap yang 'selamat', bagi mereka yang mempunyai keturunan yang pernah mendapat kanser perkara ini berbahaya dan perlulah dielakkan. Baca label produk, dan pastikan bahawa ia tidak mengandungi perkataan yang berakhir dengan 'paraben'.


Memandangkan adalah sukar untuk kita mengelakkan penggunaan bahan kimia berbahaya ini sepenuhnya, apa kata kita mulakan usaha untuk bertukar kepada jenama yang lebih selamat hari ini juga. Tukar sedikit demi sedikit sehingga rumah kita berjaya mengurangkan penggunaan produk yang tidak selamat di rumah kita sendiri. Take a small step everyday and free yourself from dangerous products.


Set Pencuci Pilihan kami sekeluarga yang selamat untuk alam sekitar dan juga keluarga kami! 




Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA : 017-9438392



Rujukan :


1 comments:

  1. Menakutkan. Rasa nak pakai bekas kaca untuk semua - pinggan mangkuk dll.

    BalasPadam