Khamis, 28 Ogos 2014

Testimoni Penapis Air Shaklee ~ Get Clean Water Pitcher

Sedar tak sedar saya dah pun menggunakan penapis air Shaklee selama setahun lebih. Dan, alhamdulillah, saya dapat pengalaman seperti yang diceritakan oleh teman-teman seperjuangan yang turut menggunakan penapis air mudah alih ini. Rasa airnya sangat best dan nyaman di tekak. Sekali dah minum tu rasa macam tak cukup segelas tau. Budak-budak yang tak suka minum air masak pun gemarkan rasanya yang segar. Teruja kan? Kena cuba sendiri baru tahu macam mana rasanya.



Bila bercerita tentang penapis air, tujuan utamanya adalah untuk menapis segala bahan tercemar yang ada dalam air. Tahukah anda, sebelum bekalan air bersih sampai ke rumah kita, ia terpaksa melalui beberapa peringkat. Agaknya kalau kita melihat bekalan air yang belum di proses sebelum disalurkan ke rumah kita sudah tentu kita 'tidak lalu' untuk minum pun kan? 


Sebenarnya, apa yang ada dalam air minuman kita?

Tahukah anda bahawa air pili yang sampai ke rumah kita turut mengandungi bahan kimia dan bahan-bahan pencemar yang lain? Bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan anda sebenarnya boleh hadir dalam air minuman yang kita minum setiap hari. Logam berat, sisa pencemaran industri mahu pun racun perosak. Bahan cemar berbahaya ini boleh memasuki bekalan air kita dan mempunyai potensi untuk mewujudkan masalah kesihatan dalam jangka panjang.


Menurut Amerika Syarikat agensi perlindungan alam sekitar, air yang kita minum adalah bertanggungjawab sehingga 20% daripada pendedahan plumbum pada manusia. Dan laporan EPA menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 13% daripada sistem rawatan air negara telah melanggar akta air minuman yang selamat dalam setiap lima tahun yang lalu.

Ini bermakna, air yang kita ambil terus daripada pili rumah kita kurang selamat walau pun telah dimasak sebelum diminum. Air yang kita masak hanyalah membunuh bakteria yang ada tetapi logam berat masih ada di dalamnya. Walaupun air tersebut kelihatan jernih, ia masih menyimpan bahan tercemar yang tidak kelihatan. Kesan jangka pendek memang sukar dilihat. Cuba bayangkan apa akan berlaku 20-30 tahun akan datang kepada tubuh kita jika kita mengabaikan penggunaan air bertapis untuk diminum?





Kelebihan Penapis Air Shaklee

Ini kelebihan penapis air Shaklee berdasarkan pengalaman saya :
  1. Ringan, mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Setiap kali travel, saya akan bawa jag penapis air ini bersama-sama.
  2. Cara pemasangannya ringkas. Saya pasang sendiri je di rumah berdasarkan manual yang diberi. Jimat masa dan tenaga.
  3. Tidak perlu penyelenggaraan untuk membersihkan 'filter'. Cukup 303 liter atau 80 gelen, filterhanya perlu ditukar kepada 'filter' yang baru. Filter ni tak mahal pun harganya, sangat mampu milik. Saya yakin, segenap lapisan masyarakat pun mampu memilikinya.
  4. Rasa airnya sangat segar dan air yang ditapis oleh penapis comel ini jugak sangat jernih. Setanding dengan penapis air yang berharga beribu-ribu ringgit tu...jimat pun jimat.
  5. Sangat mudah digunakan. Hanya tuangkan air ke dalam jag, tunggu sehingga selesai ditapis, kemudian minumlah air dengan gembira...

Testimoni Pengguna yang Berpuas Hati







Teruja kan tengok testimoni mereka ni. alhamdulillah, Shaklee Get Clean Water Filter ni semakin mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia. Harga pun tak sampai RM500 pun. Memang berbaloi-baloi..tak payah nak bayar ansuran bulanan...sangat menjimatkan!


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221



1 comments:

  1. tq info kak...
    sedang blogwalk :}

    sharing
    http://supplementsaya.blogspot.com/2015/07/penapis-air-yang-unik-dan-mobile.html


    http://supplementsaya.blogspot.com/2015/07/penapis-air-yang-unik-dan-mobile.html

    BalasPadam