Rabu, 16 April 2014

Kelebihan solat Tahajjud

Assalamualaikum.. kita bersiaran kali ini di malam yang sepi. Waktu yang sangat sesuai untuk bertahajjud cinta. Amatlah rugi jika kita terjaga tengah-tengah malam tapi tak bersedia untuk bersolat tahajjud. Usai solat tahajjud, berdoalah apa sahaja. Sesungguhnya Allah sangat dekat dengan kita pada sepertiga malam. Insya Allah dimakbulkan :-)


Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).
‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
Beberapa kelebihan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).
Sama-samalah kita menambah baik segala kekurangan diri yang ada kerana hidup di dunia in sementara je tau. Jadikanlah dunia sebagai jambatan untuk ke Syurga yang kekal abadi.Insya Allah :-)
June Mohd | kerengge83@gmaill.com | SMS/WA : 017-943 8392 | ID : 891221

0 comments:

Catat Ulasan