Ahad, 9 Februari 2014

Mengapa Shaklee Tak Dapat Sijil HALAL JAKIM?

Assalamualaikum w.b.t... Beberapa minggu lepas kecoh tentang satu produk yang sedang hangat di pasaran, telah disahkan oleh JAKIM bahawa produk tersebut tidak PERNAH mendapat sijil halal seperti yang mereka war-warkan. Saya tak naklah 'announce' kat sini jenama produk yang saya maksudkan. Karang ada pulak yang banned saya coz dikatakan cuba menutup periuk nasi mereka. Oh tidak...

Kalau nak berbisnes, bagi saya biarlah kita jual barang yang betul-betul berkualiti dan selamat. Kalau pun kesan positifnya cepat, pastikan bahawa produk yang dijual tak membahayakan kesihatan pengguna untuk jangka masa panjang. Pesanan buat pengguna, kaji sesuatu produk dengan lebih mendalam terlebih dahulu sebelum teruja untuk menggunakannya. Setidak-tidaknya, semaklah bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut. Tanyalah mereka yang pakar jika ada kesempatan. Janganlah nanti kita terpaksa menanggung penyesalan akibat 'terguna' produk yang tidak selamat di kemudian hari. Apa yang saya kongsikan kat sini hanyalah pandangan saya semata-mata. Jangan ada yang ambil hati pula, OK?

Kali ini saya nak share tentang sijil halal Shaklee yang telah diperbaharui setiap tahun. Dan kat sini saya sertakan sijil halal Shaklee untuk tahun 2014. Tapi, kalau selepas ini anda dengar bahawa Shaklee tidak mendapat halal JAKIM... perkara itu memang benar kerana Shaklee telah mendapat sijil HALAL daripada ISA iaitu badan halal dari Amerika Syarikat. Untuk pengetahuan anda, JAKIM hanya keluarkan sijil halal untuk produk yang dikeluarkan dalam Malaysia sahaja. Bagi produk yang dikeluarkan di luar negara pula, JAKIM telah memberikan sijil pengiktirafan kepada badan halal tertentu dari luar negara contohnya Islamic Services of America (ISA). JAKIM telah mengiktiraf badan ISA, jadi terbukti bahawa Shaklee yang mendapat pensijilan halal daripada ISA adalah halal dan boleh diamalkan oleh orang Islam. Insya Allah.

Jadi, lepas-lepas ni tak perlu gabra lagi kalau anda ingin menyemak status halal Shaklee melalui lawan web JAKIM dan tiba-tiba anda mendapat SMS sebegini :


Ini pula sijil halal terkini Shaklee :


Sekian perkongsian daripada saya. Semoga ianya bermanfaat terutamanya jika anda yang masih was-was untuk menggunakan produk Shaklee. Rugi tau sesiapa yang tak dapatkan manfaat daripada vitamin semula jadi macam Shaklee ni. Hubungilah saya jika ada sebarang pertanyaan yang berkaitan Shaklee.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221



0 comments:

Catat Ulasan