Khamis, 7 November 2013

Vitamin Sebabkan Bayi dalam Kandungan Besar?

Seorang ibu yang sedang hamil anak keenam kerisauan selepas mengamalkan vitamin Shaklee, kandungannya pada usia 9 minggu kelihatan agak besar berbanding saiz normal. Jadi, beliau memilih untuk tidak meneruskan pengambilan vitamin tersebut. 

Sebenarnya, masih ramai lagi yang TAKUT nak makan vitamin kerana bimbang bayi terlalu besar dan mereka terpaksa melahirkan anak melalui proses pembedahan.




Tahukah anda, bahawa tanggapan di atas adalah TIDAK BENAR sama sekali. Dengan pengambilan vitamin, ia akan membekalkan jumlah zat yang mencukupi bagi keperluan ibu dan bayi. Lebih-lebih lagi jika si ibu hamil pada usia 40-an. Sudah tentu, jumlah tenaga semakin berkurangan dan si ibu pula akan lebih cepat penat berbanding hamil pada usia yang lebih muda.

Jom kita lihat apa kata doktor pakar sakit puan tentang masalah ini :


" Ramai wanita yang salah anggap bahawa multivitamin seperti obimin atau jenama lain yang dibekalkan ketika hamil akan menyebabkan saiz bayi besar sewaktu lahir. Pil ini sangat penting untuk kesihatan ibu dan untuk bina darah bagi mencegah masalah kurang sewaktu bersalin. Pil-pil seperti kalsium untuk tulang, asid folik untuk keperluan semua sel-sel baru bagi janin dan sumber omega 3 serta DHA untuk sel-sel otak bayi supaya anak jadi lebih pintar. Hatta, selepas bersalin pun si ibu digalakkan untuk TERUSKAN suplemen supaya rahim cepat pulih, badan ibu lebih kuat dan susu ibu yang lebih berkualiti dapat dihasilkan. Saya juga mencadangkan supaya pil-pil tersebut dimakan terus-menerus sehingga ke akhir hayat seorang wanita! "



Antara penyebab bayi besar dari usia kandungan ialah:

  • Keturunan - ibubapa yang bersaiz besar berkemungkinan melahirkan bayi yang besar
  • Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa hamil
  • Ibu yang mempunyai tahap gula tinggi semasa hamil - kencing manis


Cara untuk mengelakkan bayi besar dari usia kandungan:

  • Penjagaan dan pemakanan adalah sangat penting semasa hamil
  • Kesihatan ibu hamil perlu dipantau setiap bulan
  • Ibu perlu menjaga pemakanan - kurangkan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat, gula dan berlemak
  • Merawat sebarang penyakit yang dihidapi ibu seperti kencing manis, darah tinggi etc.
  • Memantau pertumbuhan bayi setiap bulan


 Ibu-ibu yang sedang hamil sepatutnya memandang berat akan pemakanan mereka. Kerana bayi dalam kandungan hanya bergantung kepada zat makanan yang diambil oleh ibu. Jika si ibu mengambil semua nutrien yang badan perlukan, maka bayi akan membesar dengan lebih sihat. Jadi, jika tidak mampu untuk makan makanan seimbang setiap hari, suplemen boleh membantu untuk memenuhi keperluan nutrien bagi ibu hamil. Suplemen yang diambil adalah sangat penting dan mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Malahan Dr Hamid Arshat sendiri mencadangkan agar suplemen tambahan diamalkan terus-menerus hingga akhir hayat seorang wanita. Jom makan vitamin!!! =) sumber

P/S : Bayi anda berhak mendapatkan khasiat terbaik daripada ibu mereka. Jadi, jangan abaikan kesihatan semasa hamil, OK? Dapatkan vitamin semulajadi semasa kehamilan untuk anda & bayi sekarang.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | sms/wa 017-9438392

0 comments:

Catat Ulasan