Assalamualaikum...terasa sungguh lama saya tidak meng'up-date' blog ini...sibuk dengan hal ehwal seharian, line internet pun tak berapa nak ok...so, hari ini alhamdulillah sempat juga kuluangkan masa untuk menaip...alkisah hari ini berkenaan tips untuk mendidik anak lelaki...baik ayah mahu pun ibu, kedua-duanya memainkan peranan penting dalam mendidik anak- anak... Kata orang, anak kecil diibaratkan seperti kain putih yang bakal dicorakkan oleh ibu bapa yang mendidik mereka...pilihlah corak yang indah penuh dengan warna- warni kehidupan...semoga tips di bawah akan dapat memberi sedikit panduan buat kita semua ;-)
PERANAN BAPA:
1. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih dibawah 5 tahun
2. Bawa anak bersiar-siar dan luangkan waktu bersamanya
3. Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan create bonding
dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal
4. Anak lelaki akan anggap bapanya 'role model', maka bapa kena jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat
akan diikuti oleh anak.
Contoh: jika bapa seorang perokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila dewasa nanti
sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.
5. Dokong anak atas bahu. Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan
bapanya. Juga dapat menimbulkan suasana mesra antara bapa dan anak.
PERANAN IBU
1. Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu.
2. Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal-hal
yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.
3. Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil
P/S: Macam saya sendiri yang berstatus PJJ ni, peranan ibu harus lebih banyak....bapa Faris tidak dapat berada di sisi kami setiap hari....bulan April...masa untuk mengisi borang pertukaran lagi.....semoga permohonanku berjaya..amin..doakan saya ye kawan2 ;-)..
sumber:tanyalah ustazah (Ustazah Harlina Hj. Siraj)
0 comments:
Catat Ulasan