Memaparkan catatan dengan label tips untuk wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips untuk wanita. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Februari 2014

Tips Penting untuk Keselamatan Wanita

Assalamualaikum w.b.t..

Salam ceria buat pembaca yang saya kasihi, semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat sentiasa. Hari ini saya sekadar berkongsi beberapa tips yang  saya rasakan amat penting buat kaum wanita. Jom baca :-)





1) Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati dirinya berada dalam situasi dimana dia berada bersama seorang lelaki yang mencurigakan sewaktu menaiki lif di sebuah apartment pada lewat malam?

Pakar memberitahu: Masuk lif dan tekan butang setiap tingkat sehingga ke aras rumah anda. Tiada siapa akan berani menyerang anda didalam lif yang berhenti di setiap tingkat.

2) Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati seorang yang tidak dikenali menceroboh masuk dan cuba menyerangnya sewaktu bersendirian di dalam rumah?

Pakar memberitahu: Lari ke dapur. Anda tahu di mana serbuk cili atau kunyit di simpan. Atau di mana pisau dan pinggan berada. Semua benda tersebut boleh bertukar menjadi senjata yang berbahaya. Lempar segala peralatan dapur ke arah penyerang. Biarkan ia pecah dan jerit sekuat hati. Ingat, bunyi adalah musuh kepada si penyerang kerana dia tidak mahu ditangkap.

3) Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia terpaksa menaiki teksi pada waktu malam?

Pakar memberitahu: Sebelum masuk ke dalam teksi tersebut, ambil nombor pendaftarannya. Gunakan telefon bimbit anda untuk menghubungi keluarga atau rakan anda dan berikan mereka butiran teksi itu dalam bahasa yang difahami oleh pemandu teksi. Walaupun tiada siapa yang menjawab panggilan anda, anda boleh berpura-pura berbual dengan seseorang. Pemandu itu kini tahu seseorang telah mempunyai maklumat yang cukup dan dia akan berada dalam masalah yang serius jika terjadi apa-apa kepada anda. Dia kini terikat untuk memastikan anda sampai ke destinasi dengan selamat. Dari berpotensi sebagai penyerang, beliau kini telah menjadi faktor pelindung anda!

4) Bagaimana jika pemandu teksi menukar jalan yang dia tidak sepatutnya lalu dan anda berasa sedang memasuki zon bahaya?

Pakar memberitahu: Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dan tarik ke belakang. Dia akan berasa tercekik dan tak bermaya dalam beberapa saat. Dalam kes jiika anda tidak mempunyai beg tangan yang bertali, tarik kolar baju pemandu tersebut. Bahagian atas bajunya juga akan menghasilkan kesan yang sama.

5) Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia berasa dirinya sedang diekori pada waktu malam?

Pakar memberitahu: Masuk kedalam kedai atau premis berhampiran yang terang. Jika kedai-kedai tidak dibuka pada waktu malam, masuk ke dalam ATM berhampiran. ATM merupakan tempat yang mempunyai pengawal keselamatan. Mereka juga dipantau oleh litar televisyen tertutup. Kerana takut dicam, tiada siapa akan berani menyerang anda.

Sentiasa berjaga-jaga adalah senjata yang paling baik buat diri wanita. Semoga kita dapat mempraktikkan tips di atas sekiranya terpaksa berdepan dengan bahaya. Jangan lupa berdoa kerana doa adalah senjata bagi orang mukmin.

sumber : ~Unknown author~


Rabu, 9 Januari 2013

Tips untuk Tambah Susu Badan

Salam ceria buat semua pembaca VitamineShoppe...semoga anda semua senang hati dan gembira sentiasa :-) Untuk entry kali ini, saya akan kongsikan dengan anda semua beberapa tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu..Alhamdulillah, kini semakin ramai yang menyedari akan kepentingan penyusuan susu ibu...semoga semua ibu di luar sana meneruskan hasrat murni anda untuk menyusukan bayi anda sepenuhnya sehingga usia bayi anda mencecah dua tahun....saya sendiri pun telah memilih untuk menyusukan si comel saya sehingga usianya 2 tahun 4 bulan....walaupun bekerja, penyusuan susu ibu tetap saya teruskan...yang penting NIAT...mahu atau tidak, anda yang memilihnya...jika hendak 1000 daya kan??? Dah...dah...jom kita tengok apa tips-tips untuk menambahkan susu badan :

1. Pastikan jadual pam yang teratur. Jangan pula hari ni pam, esok tak pam. Perlu diingat pengeluaran susu badan adalah mengikut demand. Jika tiada demand maka isyarat untuk menghasilkan susu juga tiada. Maka susu semakin lama semakin berkurangan.


2. Direct feed sekurang-kurangnya 2 jam sekali atau jika tidak boleh perlulah pam. Jangan biarkan breast terasa penuh baru hendak pam. Perkara ini juga boleh mengganggu pengeluaran susu.



3. Jangan bandingkan kuantiti susu kita dengan susu badan orang lain. Bila tengok orang boleh simpan beratus-ratus botol stok, mulalah kita merasa rendah diri dan tidak yakin boleh buat sebaik orang lain. PERLU diingat susu ibu setiap individu adalah berbeza dan sudah tentu ianya memadai untuk setiap bayi. 



4. Fikir positif bahawa susu sentiasa cukup untuk bayi. JANGAN sesekali mulakan dengan pemberian SUSU FORMULA semasa pantang kerana jika dimulai dengan formula, susu badan pasti tidak akan dapat bertahan.Macam yang saya buat, saya langsung tidak pernah menyimpan stok susu formula di rumah...susah macam mana pun saya tetap sediakan susu badan untuk bayi saya.. 



5. Berilah seberapa kerap bayi inginkan. Tidur bersama bayi di waktu malam adalah waktu paling bagus untuk stimulate pengeluaran susu. Jangan pula 'spare' susu botol di sebelah, risaukan bayi tidak cukup susu. No...no...nooo! Susu ibu sentiasa cukup untuk bayi mereka...susu tak banyak, bukan bermakna bayi anda tak cukup susu...dah banyak tu jer keperluan bayi anda..maka banyak tu jugaklah susu yang Allah berikan...jangan risau yer para ibu2...


6. Amalkan pemakanan yang sihat. Tidak bermakna bila menyusu badan kita perlu makan untuk 2 orang. Yang penting, jaga makan dengan makan berkhasiat dan tidak skip makan semata-mata untuk kembali langsing dengan cepat. Dengan menyusu juga kita sudah boleh membakar kalori dengan percuma. Jangan jadikan alasan menyusukan boleh menggemukkan. Yang jadi gemuk sebab semua makanan kita nak bedal....hihihiii



7. Berdoa dan bertawakal padaNya. Amalkan 'Ya Matin' 70x sehari sebagai doa untuk membanyakkan susu...sambil2 mengepam tu berzikirlah...istighfar 100x sehari ke...selawat ke...yang penting minta sungguh2 pada Allah...hubungan dengan Allah yang paling penting untuk kita jaga sebab rezeki datang daripadaNya..


8. Boleh mengambil supplement untuk menjaga kecergasan ibu supaya sentiasa bertenaga kerana jika tidak bertenaga dan lemah, bagaimana ibu boleh meneruskan dengan jadual pam dan melayan karenah bayi.



9. Banyakkan bersabar & bertawakallah..Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan bayi kita...Jangan pernah berputus asa kerana bayi anda sangat memerlukan khasiat susu daripada ibunya sendiri...bukan daripada susu formula ciptaan manusia yang banyak kekurangannya.

(kredit:permatacintaku.blogspot.com)


Apa pun....diharapkan agar tips di atas dapat membantu para ibu semua...apa yang penting banyakkan bersabar di samping berusaha untuk memantapkan pengeluaran susu badan anda sendiri...jika tercari2 suplemen untuk penyusuan anda boleh hubungi saya June Mohd | 019-2187383 | kerengge83@gmail.com...saya sentiasa sedia membantu anda semua kerana saya sangat terkesan dengan penyusuan susu ibu...k mommies, happy breastfeeding to alls :-)