Memaparkan catatan dengan label sendi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sendi. Papar semua catatan

Ahad, 3 Februari 2013

Vitamin Shaklee untuk Pesakit Gout


Entry kali ini saya nak bercerita tentang penyakit yang biasa dialami oleh kaum Adam.....Petang tadi saya terserempak dengan seorang rakan sekerja yang sedang berjalan terhencot-hencot...melihatkan gaya cikgu lelaki tersebut, saya sudah dapat mengagak bahawa beliau sedang menderita penyakit gout..Lantas, diriku meringankan mulut bertanya...cikgu, kenapa jalan macam tu? Tak sayang mulut betul saya ni kan hahah! Sibuk jer nak tahu pasal orang...yelah, tak tanya kan tak tahu...yer tak? "Ha'ah...dah banyak kali saya kena gout ni...tu yang saya tukar kereta...cari kereta automatik, senang sikit nak memandu.." humm...muda lagi cikgu tu...baru awal 40-an usianya..Anak sulung pun baru tingkatan 1....Tak dapat kubayangkan betapa seksanya penghidap penyakit gout..nak berjalan susah...sendi bengkak & sakit2...adehhh, seriau saya bila fikirkan...(Arwah ayah saya dulu juga merupakan seorang pesakit gout...so, bila tengok orang yang terkena gout lantas fikiran saya terkenangkan arwah ayah yang dah lama dijemput Ilahi....missed my dad badly...sob sob sob...)

KENALI GOUT:
Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah.
Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan kulit.
Masalah batu karang pada buah pinggang turut sering berlaku pada penghidap gout. Begitu juga dengan risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka mempunyai kandungan asid urik yang tinggi dalam darah.
Serangan gout adalah kronik dan berpanjangan. Serangan gout tiba-tiba jenis ini dikenalpasti sebagai jenis sakit gout yang berulang-ulang. Semasa sakit itu, sendi akan menjadi bengkak dan rasa berdenyut-denyut, keadaan ini akan berterusan untuk tempoh lebih kurang satu minggu. (sumber)
Apakah punca gout?
1. Cara pemakanan – mereka yang banyak minum minuman manis, daging merah dan makanan laut. Begitu juga mereka yang banyak makan kekacang
2. Genetik – Gangguan genetik yang menyebabkan lebihan asid urik dalam badan dan kesukaran membuang asid urik. Mereka yang mengalami gout kemungkinan mempunyai anak yang mempunyai masalah gout juga.
3. Masalah kesihatan - Gout kerap berlaku dalam kombinasi dengan masalah perubatan lain. Antaranya sindrom metabolik, gabungan obesiti abdomen, tekanan darah tinggi, rintangan insulin dan tahap lipid yang tidak normal
4. Ubat-ubatan – pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan seperti aspirin, nicotinic asid, diuretik turut boleh menimbulkan serangan sakit gout
Alfalfa dan Gout
Alfalfa dikatakan mengandungi tahap purines yang tinggi yang boleh membantu mengurangkan penghasilan asid urik dalam badan. (sumber)
Alfalfa berfungsi dengan membantu untuk meneutralkan dan mengurangkan tinggi paras asid urik dalam darah anda, ia juga mempunyai ciri-ciri anti-radang dan antioksidan semulajadi. Jadi ia adalah satu pilihan yang sangat baik untuk melegakan gout. (sumber)
Shaklee Alfalfa Complex
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa kaya dengan vitamin A, C, E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi
Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.

Sumber semulajadi alfalfa.

Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.
PERHATIAN : Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. Ibu hamil juga tidak digalakkan ambil produk ini.

Omega Guard
DHA dan EPA dalam Omega Guard dipercayai boleh mengurangkan radang dan bengkak pada sendi. Menrut Nutritionist Shaklee, Celine apabila badan kita penat, saraf akan bengkak dan ini membuatkan pengaliran darah tidak lancar dan ini sebabnya kita lagi mudah rasa letih. Omega juga berfungsi sebagai anti inflammation maka ia akan mengurangkan bengkak pada saraf dan pengaliran darah akan lancar seterusnya membantu mengurangkan kesakitan akibat gout.

Performance Drink
Memastikan supaya pesakit mempunyai cecair yang mencukupi dalam badan. Ia bertindak memelihara atau menyeimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing. Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi menggantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.

Dapatkan set Gout Shaklee anda secara online sekarang.

Jemput baca testimoni anak bekas pesakit gout yang begitu menyentuh hati.

Setiap pembelian daripada blog ini anda akan mendapatkan khidmat nasihat berterusan 'after sales'..juga akan di'add' ke secret group yang EXCLUSIVE di facebook...

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221



Selasa, 8 Januari 2013

Vitamin untuk Masalah Sendi...



Assalamualaikum...pagi-pagi ni saya tiba2 teringatkan ibu yang berada di kampung..apa khabar agaknya beliau di sana...semoga ibu sihat sejahtera hendaknya...bulan Januari ni merupakan special offerr untuk Advance Joint Health Tablet. Saya terfikir menghadiahkan suplemen ini kepada ibu yang telah sekian lama menderita sakit lutut...nak duduk bersila bukan main susah..nak berjalan pun kena perlahan-lahan...kasihan ibuku..lepas ni saya akan masukkan testimoni ibu sendiri selepas menggunakan produk ini pula ya...last month, ibu saya makan GLA, Omega Guard, Alfalfa, Ostematrix & Garlic..alhamdulillah darah tinggi ibu dah kembali normal :-)

so, buat anak- anak yang prihatin terhadap masalah kesihatan ibu bapa, suplemen yang selamat & berkesan adalah hadiah yang terbaik untuk dihadiahkan kepada ibu bapa kita...Memandangkan bulan ni ada tawaran hebat untuk AJHT, inilah masanya untuk re-stock AJHT untuk mak ayah kita. Ayah ibu telah memberikan yang terbaik untuk kita sejak kecil...apa pula balasan kita untuk mereka?? Kepada anak-anak, sila semak ubat2an yang ibu bapa anda ambil..adakah ianya benar-benar selamat???

Kepada pengamal2 tegar GLUCOSAMINE, anda seharusnya berhijrah ...kepada yang lebih baik..kerana AJHT SHAKLEE bukan sekadar glucosamine.

AJHT Shaklee 100 % bebas kondroitin.


KENAPA?
Kerana Sulfat kondroitin menyebabkan glucosamine tidak akan diserap dengan baik bila ditelan.

AJHT selamat kepada mereka yg alahan pada makanan laut kerana ia diperbuat daripada  sumber ekstrak jagung. KENAPA ekstrak jagung lebih baik berbanding sumber laut (udang, tiram, kulit ketam) ? Ekstrak jagung bukan sahaja kaya dengan glucosamin (blok binaan utama proteoglikan), ia juga berfungsi meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

AJHT turut mengandungi ekstrak BOSWELLIA (gum resin dari Boswellia Serrata. Bahan aktifnya AKBA berfungsi sebagai anti radang semulajadi.

AJHT menyumbang nilai harian 100 % vitamin C untuk membantu sintesis kolagen- komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung lain.

Apa lagi yang ada dalam AJHT yang menjadikan ia tiada tandingan ?
Ia menyumbang nilai 10% nilai harian mineral surih ZINK, TEMBAGA dan MANGAN. Iaitu faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glukosaminoglikan.(kredit:LoveBabyShoppe)


Yang paling penting, AJHT telah diuji secara klinikal dan terbukti berkesan untuk merawat masalah sendi seawal 5 hari...info ringkas tentang AJHT:
- 100% bebas kekerang
-100% vegeterian
-100% bebas kondroitin untuk penyerapan glukosamin yang baik
-pengambilan hanya 2 caplet sehari
-caplet yang mudah ditelan
-tiada perasa tiruan, pemanis @ pengawet
-bebas gluten

So, marilah bertukar kepada suplemen terbaik untuk kesihatan sendi anda sekarang...berminat nak cuba? Hubungi saya & dapatkan konsultasi percuma dengan setiap pembelian di VitamineShoppe...sekian terima kasih :-) June Mohd (0192187383) sedia membantu anda..