Memaparkan catatan dengan label penjagaan lepas keguguran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penjagaan lepas keguguran. Papar semua catatan

Selasa, 14 Oktober 2014

Apa Nak Buat Selepas Keguguran?

Tips Selepas Wanita Keguguran

Sembang petang sebelum masuk kelas tadi memberi ilmu baru kepada saya. Saya bertanyakan seorang kakak tentang cara berpantang bagi wanita yang baru lepas keguguran. Memandangkan beliau turut mempunyai pengalaman tersebut, lamalah juga kami berbual...nasib baik ada students datang cari, kalau tak mahu terlewat masuk kelas tadi..huhuhhh...

Pesan teman saya, penjagaan selepas keguguran hendaklah lebih teliti berbanding wanita yang bersalin..tak kiralah waktu keguguran tu usia kandungan baru mencecah 6-7 minggu atau 3-4 bulan pun.. Cara penjagaannya tetap sama sahaja kerana rahim wanita yang keguguran akan membengkak. Kedudukan rahim juga agak rendah berbanding biasa.

Hurrrmmm...bila berada dalam situasi tersebut apa yang perlu dilakukan ya?

Pesan beliau, seelok-eloknya berpantanglah sehingga 100 hari..baik dari segi pemakanan, penjagaan luaran seperti bertungku dan berurut juga perlu dibuat bagi memulihkan kesihatan dalaman selepas keguguran. Namun, perlu diingat bertungku hanya sesuai dilakuakn selepas 2-3 bulan daripada tarikh keguguran untuk mengelakkan pendarahan berulang lagi. 

Ihsan Google

Elakkan juga daripada makan makanan yang 'sejuk' dan berangin kerana ia dikatakan boleh menyebabkan urat mengembang... Antara makanan yang perlu dielakkan adalah seperti makanan yang menyebabkan kegatalan, sayur-sayur yang menjalar dan buah-buahan seperti nangka, cempedak, duku, rambutan dan sebagainya kerana ia dikatakan 'sejuk' dan menyebabkan sakit-sakit badan. Makanan seperti laksa dan mi juga dikatakan perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan sakit urat. 

Apa yang penting, kerjasama daripada pihak suami amatlah diperlukan kerana dalam tempoh keguguran isteri perlu banyak berehat. Sebaik-baiknya bercutilah daripada membuat kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah. Menyapu sampah boleh memberikan tekanan kepada rahim dan dan memungkinkan rahim jatuh lebih teruk. Minta lah tolong daripada suami untuk membereskan kerja-kerja harian di rumah... sebaik-baiknya, ambil masa sehingga 100 hari juga sebelum memulakan hubungan intim selepas keguguran... Kalau betul-betul  sayangkan isteri, para suami pastinya sanggup menunggu, insya Allah.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Penjagaan Selepas Keguguran

Apa yang boleh dan tidak boleh!

Penjagaan setiap wanita yang mengalami keguguran adalah khusus mengikut punca keguguran yang dialami. Ia adalah berbeza antara satu wanita dengan wanita yang lainnya

1. Trauma
Anda mungkin gugur akibat trauma sehingga kehilangan banyak darah (kemalangan atau tergelincir jatuh dari tangga). Jadi, anda perlu menambah semula kandungan darah di dalam badan sebelum mengambil keputusan untuk hamil semula. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada seburuk mana trauma yang dialami. Jadi, anda perlu menjaga pemakanan dengan memakan makanan berzat yang mengandungi banyak hemoglobin dan zat besi.

2. Masalah Tertentu
Terdapat wanita yang mengalami keguguran disebabkan oleh masalah tertentu seperti auto immune disease. Sebagai contoh, SLE. Jadi, anda perlu pastikan keadaan penyakit yang dihidapi adalah terkawal. Oleh itu, anda perlu kerap berjumpa doktor. Sekiranya perlu, anda mungkin perlu mengambil steroid atau ubat tertentu untuk memastikan penyakit terkawal. Selepas keadaan terkawal, barulah anda boleh hamil semula.

3. Amniosentesis
Dalam kes-kes terpencil, ada wanita yang mengalami keguguran selepas menjalani ujian amniosentesis. Keguguran mungkin berlaku akibat pemeriksaan di mana jarum dimasukkan melalui kulit perut ibu hamil untuk melihat jenis cecair bagi mengetahui bayinya normal ataupun tidak. Menyentuh tentang penjagaan bagi yang keguguran akibat daripada ujian ini, anda perlu kerap berjumpa dengan doktor pakar agar dapat mengelakkan masalah yang sama daripada berulang.

Sokongan Psikologikal Penting!

Perlu diingat! Wanita yang mengalami keguguran perlukan sokongan psikologikal. Tidak kiralah sama ada suami, ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan terdekat. Selepas melalui episod luka, mereka sering kali mengalami kemurungan. Oleh kerana itulah, penjagaan psikologikal adalah sangat penting.

Janganlah pula ada yang mahu berleter dan menyalahkan wanita berkenaan sebagai penyebab keguguran. Dalam beberapa keadaan, kebanyakan orang sekeliling sering menyalahkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu hamil sebagai penyebab keguguran.

Ketahuilah kesan negatif daripada tekanan orang sekeliling ini akan meninggalkan kesan berpanjangan. Apabila wanita berkenaan ditakdirkan hamil sekali lagi, dia berisiko menjadi fobia. Jika keadaan berkenaan di tahap yang serius, ia boleh menyebabkan keguguran buat sekian kalinya. Ada juga wanita yang fobia sehingga takut untuk “bersama” suami. Alasannya, takut keguguran lagi.

Dalam sesetengah kes, ada wanita yang terpaksa merujuk kepada pakar psikiatri. Inilah akibatnya jika kemurungan yang dialami berada di tahap kritikal. Malah, keguguran juga boleh menjadi punca kepada masalah sampingan yang lain seperti mencederakan orang, menculik anak orang lain mahupun membunuh anak-anak sendiri.

Oleh kerana itulah, penjagaan wanita yang mengalami keguguran bukan sekadar penjagaan fizikal sahaja malah mental juga. Sokongan yang patut diberi boleh dilakukan dengan membawa wanita berkenaan pergi membeli-belah agar dia dapat melupakan masalah yang bersarang di kepala. Dalam pada itu, sekiranya dia mahu bercakap tentang isu tersebut jangan sesekali dihalang. Jangan remehkan kehilangan bayinya. Fahamilah perasaannya. Jika hal berkenaan diremehkan, ia mungkin akan menyebabkan dia rasa tidak normal.



Makanan
Jika diikutkan daripada segi perubatan, sememangnya tiada pantang bagi sesiapa yang mengalami keguguran. Sama halnya dengan wanita yang melahirkan. Semua makanan adalah sama. Anda digalakkan makan makanan berkhasiat. Tambahkan lebih banyak hemoglobin agar tahap darah di dalam badan meningkat. Malah pengambilan asid folik boleh mengurangkan kadar keguguran. Jadi, banyakkan mengambil makanan-makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.

Faktor Yang Patut Dielak

1. Persekitaran Tempat Kerja
Jika anda tahu kawasan kerja terdedah kepada bahan berbahaya, anda perlu elakkan. Contohnya, mereka bekerja di jabatan X-ray dan nuklear. Sebaik-baiknya bertukarlah kerja.

2. Urutan
Urutan hanya dapat membantu anda meningkatkan peluang untuk mengandung dan bukannya mengelakkan keguguran.

3. Tabiat Buruk Suami
60% keguguran berlaku disebabkan janin yang terbentuk tidak normal. Oleh kerana suami adalah penyumbang sperma, jadi dia perlukan tinggalkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan tabiat buruk seperti merokok, penagihan dadah atau ketagihan alkohol. Ketiga-tiga tabiat ini meningkatkan kadar keguguran.

4. Ubat-ubatan
Elakkan diri daripada mengambil ubat tertentu. Dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu
sumber