Jumaat, 3 Oktober 2014

SELF-REWARD...Penting ke Tak Penting?

Apa yang bagusnya SELF-REWARD?

Last week saya ada beli buku..order online melalui www.mphonline.com jer kekdahnya. Kiranya, saya hadiahkan bahan bacaan untuk saya...erkkkk! Macam pelik jer bunyinya... Kalau korang nak tahu, setiap bulan saya mesti reward diri dengan barang-barang yang saya suka atau berkenan.. bagi saya, reward diri-sendiri sama jugak macam memberi atau mendapat hadiah daripada yang tersayang...

Penting ke untuk reward diri? Yessss! Sangat penting kerana kita kena hargai diri kita dulu sebelum kita mampu untuk menyayangi orang lain...seronok tau bila kita dapat belanjakan duit untuk shopping barang yang kita suka...apa salahnya beli hadiah untuk gembirakan diri-sendiri setelah bekerja keras setiap bulan...bila dapat hadiah, terus rasa macam recharged balik...energetic sungguh dibuatnya...dalam hati pun asyik  tersenyum jer..

OK, last month saya reward diri dengan memborong wide shawls banyak-banyak...dekat 13 helai jugak rasanya. Tapi sayangnya saya baru pakai 2 helai jer...takde baju yang match la pulak..adeh.

Makanya, bulan ni saya beli buku jelah...ini buku pun bukan sebarang buku tau :-) Buku-buku ni semuanya pasal vitamin...banyak rupanya yang kita boleh belajar dengan syarat rajinkan diri untuk membaca....read a lot, then you'll gain knowledge every single day.. Patutlah, wahyu pertama untuk Nabi Muhammad s.a.w pun tentang membacakan?

Buku apa yang saya beli?

  • The Pocket Guide to Vitamins : An Accessible, Handy Guide to Vitamins and Other Supplement by Angela Dowden
  • The Complete Guide to Nutrients : An A-Z of Superfoods, Herbs, Vitamins, Minerals and Supplements by Dr. Michael Sharon
  • Do You Believe in Magic? : Vitamins, Supplements, and All Things Natural : A Look Behind the Curtain by Paul A. Offit, MD
Kesemua buku yang saya pilih adalah dalam bahasa Inggeris. Naik biru mata hitamku...lepas ni kena bersahabat dengan kamus Oxford la gamaknya :p. Total price untuk buku-buku ni ialah RM135.76 selepas mendapat diskaun 15%. Penghantaran adalah percuma bagi setiap pembelian bernilai RM100 ke atas. Banyak dapat jimat kan?

P/S : Nak upload gambar tapi line laju macam siput...so, update jelah mana yang mampu...daaa...

Salam sayang, 
June Mohd :-)

0 comments:

Catat Ulasan