Semenjak kembalinya kami daripada Hari Keluarga sekolah saya tempoh hari, Faris asyik menyebut-nyebut untuk ke pantai tempat kami menginap. Begitu mendalam rupanya kesan family day sekolah Mama kepada Faris! Mana taknya, walaupun rumah Mak Tok tidak begitu jauh dari pantai, kami tidak pernah berendam dalam laut... pantai-pantai di negeri Terengganu tidak landai sperti pantai-pantai di Kelantan.
Sekali terlepas ke Tok Bali, Kelantan seronoklah mereka dua-beranak berendam dalam laut...ambil kesempatan kerana air laut tak dalam sangat. Ombak pun memukul pantai dengan lemah-gemalai sahaja layaknya...Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut ke pipi. Memang mengasyikkan...
Dan, esoknya kami berhasrat untuk menunaikan impian Faris untuk berkelah sekali lagi di tepi pantai. Nak bina istana pasir katanya...cuaca hari ini hujan, harap-harapnya esok cuaca berubah menjadi cerah...kesian pulak pada Faris...lama dia tunggu saat-saat ini...hari-hari dok sebut tau...
Ihsan Google
Semoga segala perancangan kami terlaksana dengan jayanya esok. Doa-doakan ya :-)
0 comments:
Catat Ulasan