Isnin, 13 Oktober 2014

Resepi Asam Pedas Ikan Parang

Saya pinjam resepi ni dari blog ini. Terima kasih Ros atas keizinan awak hihihh :)Tak sabar nak cuba sendiri resepi ni...itu yang tempek kat blog sendiri dulu...senang nak cari kata orang...

Semalam saya ada ceritakan yang saya masak sendiri juadah berbuka.. Ok, dalam entry ni saya cuma nak share resepi Asam Pedas Ikan Parang yang saya buat tu..


 Saya bukannya terror masak.. Saja nak letak kat blog, nanti mana tahu kot-kot saya lupa cara masak, boleh refer blog.. hihihi. Juga boleh dijadikan rujukan buat sesiapa yang mencari resepi ni.. Mudah je caranya.. Ok, jom kita semak bahan-bahannya dulu.. Saya main agak je ye.. Tak ada sukatan yang betul-betul sangat.. Bukan apa, saya belajar dari mak saya.. Mak saya kata, kalau nak masak lauk pauk, jangan bergantung pada sukatan resepi.. Asalkan kita tahu bahan, pandailah kita olahkannya..  Kadang, cara kita masak tak sama kan.. Cara menumis.. Saya pun dulu tak pandai nak tumis sambal.. hihi,, Bukan apa, tak pandai nak tengok sampai dia pecah minyak tu.. Pastu, bila dok tengok mak masak, baru tahu :)

Bahan-bahan

Bahan Kisar
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Kunyit hidup(Kalau takde, guna serbuk kunyit pun boleh)
Serai
Belacan ( sangai dulu atas api, cucuk je belacan tu guna garpu, buka api gas, letak sekejap)
Jintan Manis
Biji Ketumbar
Cili Merah
Cili kering

*Nak kisar terus dengan cili boleh, nak asing pun boleh. Macam saya, saya blend asing.

Daun kesom
Bunga Kantan
Air Asam jawa/Asam keping
Garam

Ikan Parang
Bendi

Cara-caranya.

1) Panaskan minyak. Lepas tu masukkan sikit biji ketumbar. Bila dah naik bau, masukkan bahan yang kisar tadi. Biar sampai naik bau dan garing sikit. 
2) Kemudian, masukkan cili kering yang kita dah kisar tu. Biar sampai pecah minyak.
3) Lepas tu, boleh masukkan air asam jawa atau asam keping. 
4) Bila dah mendidih, boleh masukkan ikan parang. 
5) Tengok ikan tu macam dah separuh masak, boleh terus masukkan Bendi, daun kesom dan bunga kantan.(saya masukkan lagi serai yang diketuk)
6) Perasakan dengan garam. 
7) Kalau ikan dah masak, boleh tutup api. Jangan biar lama sangat, nanti isi ikan tu hancur pula. Dan , dah siap!

Alhamdulillah, dapat pujian dari suami saya.. Beliau cakap, sedap.. Siap tanya, macam mana boleh agak garam ek. Kan puasa?.. hihi.. Ntahlah, saya main agak je. Alhamdulillah , cukup rasa :)

Tapi, nak makan kena hati-hati. Maklumlah ikan parang ni banyak tulang..  Sebenarnya nak beli Ikan tenggiri, tapi tersalah ikan. hihihi..


Ni dalam kuali.. Tu yang berasap. Ye, saya masak dalam kuali. Saya tak guna periuk :)

Nampak sungguh sedap dan menyelerakan... 
Saya mesti cuba!

0 comments:

Catat Ulasan