Isnin, 20 Oktober 2014

IMKK, Just Can't Wait!

Hari ini sekolah saya dah mula bercuti sempena perayaan Deepavali. Tapi yang magicnya, saya masih lagi berada di rumah sewa saya di daerah ini. Kalau hari-hari biasa, pantang hujung minggu habis jer waktu persekolahan saya terus memecut ke kampung halaman. Nak stay lama-lama kat sini memang boleh jadi stress tau..macam terperuk je kat satu tempat...adeh!

Nak tahu kenapa saya tak balik kampung minggu ni? Ahahaaa...saya sedang menunggu kedatangan suami untuk menjemput kami dan seterusnya bergerak ke Kuala Lumpur. Saya ada mendaftar untuk menyertai program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) yang dianjurkan oleh Dr. Azizan Osman. Ada tak sape-sape yang belum pernah dengar pasal seminar ni? Rasanya ramai yang dah tahu kot? Glamour kot Dr. Azizan ni kan...hihihihh..

Siapa rasa dia hebat, sila angkat tangan :)

Banyak feedback positif yang saya dengar daripada bekas peserta program IMKK. Sebab itulah hati saya tergerak untuk datang dan tengok sendiri apa yang bestnya tentang IMKK ni..nasib baik Encik Suami saya sporting dan sanggup datang dari Penang ke sini, sebelum bergerak ke Kuala Lumpur esok. Doakan perjalanan kami selamat ya :)

Secara ringkasnya, inilah yang bakal dipelajari daripada seminar tersebut :

Apa Yang Anda Akan Pelajari Daripada IMKK?


  1. Bagaimana untuk mengenali “Ketakutan” anda serta ramai manusia lain yg mungkin menjadi penghalang utama banyak kejayaan anda.
  2. Bagaimana untuk hidup lebih bahagia, sihat, kaya, Berjaya dan di berkati.
  3. Bagaimana menguasai 7 aspek kejayaan hidup anda supaya hidup anda & keluarga akan lebih berkualiti dan meningkat dengan segera.
  4. Bagaimana untuk mendalami lebih jelas dengan matlamat anda serta berani untuk mencapainya.
  5. Bagaimana untuk memaksimakan potensi diri anda dengan menguasai sikap diri anda seperti sikap mereka yang telah berjaya dalam hidup mereka.
  6. Jenis ketakutan manusia yang menjadi penghalang utama mereka memperbaiki hidup mereka atau mencapai apa sahaja impian mereka termasuk impian kejayaan mereka.
  7. Memahami 5K (Kebahagian, kesihatan, keberkatan, kekayaan dan kejayaan)
Semoga saya akan mendapat sesuatu daripada IMKK nanti. Insya Allah, dapatan saya daripada program tersebut bakal saya kongsikan di sini :) Mana tahu, suatu hari nanti anda juga bakal menjadi peserta IMKK :) 

Salam kekayaan dan kebahagiaan,
June Mohd.
SID 891221

1 comments:

  1. Best tu. Dapat jugak tiket free tapi takde rezeki nak pergi sebab takde orang boleh jaga Dija. Share ye nanti.

    BalasPadam