Sabtu, 11 Oktober 2014

Dunia Bukan Tempat Berehat...

Setiap malam Faris pasti tidur lewat kerana menemani Mama yang sibuk 'bekerja'. Disuruh tidur awal-awal tak mahu pulak...Mama ni banyak sungguh task nak kena buat..kalau bertangguh, alamatnya memang tak terbuatlah jawabnya. Sebab tu saya suka paksa diri. Apabila dikenangkan, banyaknya masa yang telah berlalu tanpa saya gunakan sebaik-baiknya.

Pesan seorang teman, dunia ni bukanlah tempat untuk kita bermalas-malasan. Bukan juga untuk tempat kita berehat dan bersuka ria setiap masa. Nak rehat sekejap selepas bekerja tu OK lah...tapi kalau rehat memanjang, macam mana nak jadi produktif kan? Opsss! Mohon jangan terasa...ni ingatan untuk diri saya sendiri jer....

Saya akui, bukan tak pernah diserang rasa malas, putus asa atau rasa lemah. Tapi saya cepat-cepat buat sesuatu untuk kembali bermotivasi. Ketika rasa malas menyerang, saya segera mencari erti kita hidup. Tentunya, Allah tak jadikan kita sia-sia...suatu masa nanti kita pasti dibangkitkan di Padang Mahsyar. Keadaan kita di alam sana belum tahu lagi bagaimana....kalau peluang yang kita ada ni tak digunakan dengan sebaik-baiknya, agak-agak bagaimana kita di akhirat sana ye... Ya Allah...takutnya :(

Buku pilihan Mama bulan ini :)
Faris baca buku dia..kecoh je tiap-tiap malam..hihih

Maaflah, terbagi tazkirah pulak dah... ni saya nak share apa yang saya buat setiap hari sebelum saya tidur. Sebelum tidur, saya akan pastikan bahawa Jurnal Kesyukuran telah ditulis. Terlalu banyak nikmat yang Allah bagi, jadi wajiblah untuk saya bersyukur setiap hari kan...bersyukur dengan nikmat yang ada, barulah Allah beri apa yang kita tak ada :)

Selain itu, saya akan pastikan bahawa saya dah baca buku. Bacalah buku apa-apa yang penting ia boleh menambahkan ilmu di dada. Saya pun baru je amalkan membaca buku setiap hari ni...dulu memang suka membaca, tapi sejak ada anak, fokus banyak kepada anak. Lepas ni kita fokus pada anak dan buku pulak ye...hendak 1000 daya kata orang. Taklah orang cakap rakyat Malaysia malas membaca kan? hihihh...

Master Check List yang panjang tu saya akan settlekan sebaik mungkin...dah dua tahun kenal MCL, rugi kalau tak amalkan sebaik-baiknya. Kalau rajin buat, saya jugak yang untung...

Akhir kata, maafkan saya andai ada yang tersinggung hatinya apabila baca tulisan saya ni...tak ada niat apa-apa melainkan untuk berkongsi semata-mata....

Salam ukhuwah, 
June Mohd.

2 comments:

  1. alhamdulilah cara yang baik sekali.,.. sangat bagus.. kita hidup jangan malas-malas nanti rugi ..ingatkan diri ini juga

    BalasPadam
  2. terima kasih untuk ingatan ini..

    BalasPadam