Isnin, 5 Mei 2014

Mana Botol Susu Saya?

Sekarang ni dah masuk minggu kedua anak kesayangan Mama 'kehilangan' botol susu daripada hidupnya. Segalanya berlaku tanpa dirancang. Pada hujung minggu yang lepas, kami pulang bercuti di kampung. Dan Mama boleh tak perasan botol susu Faris tak ada dalam bakul seperti biasa. Laaahh, tertinggal la pulak. Mujurlah juga 'mood' Faris baik. Tak de mengamuk ke apa. Dahla Papa pun tak de...huhuhh. Rupa-rupanya, senang je nak pujuk Faris untuk minum susu dalam cawan. Risau jugak kot2 tidurnya tak lena, mengigau ke apa kan..

Sebelum ini, memang Mama dah plan untuk berhentikan Faris daripada minum susu melalui botol. Mana taknya, kalau pakai botol sehari mau 4-5 botol susu habis diminumnya. Mama risau akan berat badan badan yang semakin meningkat. Usia baru 4 tahun, tapi berat dah 28kg! Berat tu...

Kalau minum susu guna gelas atau cawan, adalah segelas dua yang diminumnya. Kurusla sikit anak Mama ni nanti :-) Tak delah setiap bulan kena tukar seluar baru. Tak larat Mama, nak oi...

So, misi Mama sekarang adalah untuk menguruskan badan kami berdua. Bukan Faris je, Mama pun bulat jugak ni. Bila dah kurus, bolehlah kami bergaya sakan di hari raya nanti :-) Baju Melayu Faris susah sangat nak cari yang muat dengannya. Biasanya, kaki dan tangan akan labuh dan terpaksa di'alter' ikut saiz Faris. Mana taknya, Faris baru 4 tahun tapi pakai baju saiz budak umur 10 tahun...adoyaiii...Tak pelah, kita diet sama-sama ye nak :-) hihih...

Gambar terkini Faris..muka dah nampak bujur sikit. Dah turun kot berat dia ni :-) Baru 2 minggu tak minum susu dalam botol. Kalau dua tiga bulan, mau lagi kurus kan..hahah. Macam kejam je Mama ni...ahahah!


0 comments:

Catat Ulasan