Assalamualaikum w.b.t..
Salam ceria di petang Sabtu. Bagaimana cuaca di tempat korang? Hari ini cuaca di kampung saya, Jerteh agak mendung. Tak sangka juga, daripada cuaca panas yang dah tiga-empat bulan lamanya kini telah berakhir. Syukurlah pada Allah kerana telah menurunkan hujan untuk menyejukkan suasana di tempat kami. Terima kasih ya Allah. Saya suka suasana nyaman dan sejuk sebegini.
Kesan daripada cuaca panas yang sebelum ini, beberapa batang pokok durian di kawasan rumah emak saya telah mati. Yang tinggal hanyalah pohon yang tegap berdiri tanpa sehelai daun pun. Sampai masanya, pokok-pokok tersebut akan tumbang menyembah bumi. Nak dijadikan cerita, jiran depan rumah emak saya telah menebang pokok durian bersebelahan rumah mereka yang dah mati dua minggu lepas. Namun malangnya, batang pokok durian tua tersebut telah tertimpa rumahnya sendiri. Mujurlah tiada kehilangan nyawa yang berlaku. Hanya sebahagian daripada rumah mereka yang ranap. Sampai sekarang pun belum sempat dibaiki bahagian rumah yang ranap tu. Mungkin mereka belum ada kemampuan untuk berbuat demikian. Kasihan kan? Tahun ni, kuranglah durian kampung kegemaran saya kerana banyak pokok yang dah mati. Kalau tak, saya sangat suka mengutip durian di belakang rumah emak..heaven sangat!
Selain itu, kesan kemarau juga telah menyebabkan air telaga kering. Ramai juga penduduk kampung yang masih menggunakan telaga untuk mendapatkan bekalan air di rumah mereka. Jadi, mereka terpaksa mengambil inisiatif untuk mengupah orang untuk menggali telaga dengan lebih dalam. Setelah telaga betul-betul dalam barulah terjumpa mata air yang sesuai untuk digunakan.
Di sekeliling rumah, emak saya ada menanam sedikit sayur-sayuran seperti pokok terung, pokok cili dan pokok serai. Tak adalah banyak sangat. Tapi, bolehlah untuk mengisi masa lapang mak. Adalah juga kerja yang nak dibuatnya. Dek kemarau yang berpanjangan, maka emak terpaksa menyiram pokok-pokok tersebut dua kali setiap hari. Kalau tak, mudah sahaja pokok menjadi layu. Saya dapati, pokok terung yang emak tanam bantut dan lambat mengeluarkan hasil. Penat sudah menabur baja dan menyiram pokok setiap hari. Sampai sekarang pun saya belum dapat makan terung dari kebun mak saya. Langsung tak berbuah...huhuhhh.. Agak-agak, ianya ada kaitan dengan kemaraukah?
Itu baru 3 kesan kemarau panjang yang sempat saya perhatikan. Banyak lagi kesan yang lain sebenarnya. Kat tempat korang pulak macam mana ye?
P/S : Saya sedang menikmati cuaca mendung dengan sepenuh hati sebelum ianya benar-benar berlalu pergi. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah!
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set pembedahan ini, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :
June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221
setiap musibah dan ujian yang di hadirkan itu ada maknanya dan memberi pengajaran yang berguna pada kita
BalasPadam