Khamis, 20 Mac 2014

Petua Hilangkan Bau Badan secara Semulajadi

 Sebenarnya saya sudah lama tidak berurusan dengan orang yang mengalami masalah bau badan. Mungkin kerana zaman sekarang sudah ada pelbagai jenis deodoron yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah bau badan. Namun begitu nasib saya kurang baik. Beberapa hari lepas, pengalaman berurusan dengan seorang wanita yang mempunyai masalah bau badan sungguh memeningkan kepala. Hampir-hampir saya menutup hidung, tapi dek kerana nak menjaga air muka beliau terpaksalah saya menahan diri daripada berbuat demikian.
Jadi, kalau-kalau ada sesiapa yang mempunyai masalah badan berbau, bolehlah cuba petua-petua di bawah. Semoga bermanfaat untuk anda :-)
1. Ambil secawan air suam kemudian campurkan dengan beberapa kuntum bunga cengkih. Kacau sebati dan minum tiga kali sehari. Ulang selalu petua ini untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Petua ini juga dapat mengatasi masalah bau nafas, ketiak dan masalah keputihan bagi wanita.
2. Ambil sebiji limau purut, kemudian belah dua. Sapukan limau tersebut ke bahagian bawah ketiak, biarkan seketika sebelum dicuci. Lakukan tiga kali seminggu atau terpulang kepada anda jika ingin melakukan lebih kerap. InsyaAllah bau badan yang tidak menyenangkan akan hilang dan badan akan terasa segar dengan haruman semula jadi dari perahan air limau purut. Limau nipis juga boleh digunakan.
3. Jika ketiak anda hitam dan berbau, anda boleh menyapukannya dengan kapur sireh dan limau nipis, apabila anda selesai mandi. Amalkan cara ini selama seminggu, anda akan dapati ketiak anda cerah dan tidak berbau.
4. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan segenggam beras dan digoreng. Bahan-bahan ini hendaklah ditumbuk halus. Kemudian sapulah di bahagian yang bermasalah (ketiak). Anda hendaklah lakukan sekerap mungkin sehingga bau badan anda hilang. Jika bau badan tersebut hilang, anda boleh gosokkan di tempat tertentu seminggu sekali.

5. Anda juga boleh cuba suplemen untuk menghilangkan bau badan seperti Alfalfa.
6. Ambil beberapa biji limau kasturi. Kemudian potong empat,  selepas itu sapukan limau tersebut di seluruh badan. Lakukan seminggu sekali, pasti bau badan anda harum dan segar selalu.


Dengan menjaga bau badan, ia akan dapat mengeratkan hubungan sesama insan. Bunyinya macam melucukan tapi perkara ini memang betul pun. Kalau masalah bau badan dibiarkan berterusan, ia boleh membuatkan orang menjauhkan diri daripada anda. Sebenarnya, tidak ramai orang yang sanggup untuk berterus-terang kepada rakan mereka tentang masalah bau badan yang mereka alami.
Semoga bermanfaat!

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

0 comments:

Catat Ulasan