Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang
merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau
supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :
1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air
masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh
meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak
apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh
berlaku dengan lebih baik.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus,
ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang
suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu
kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda
mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat
secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak
terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.
3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.
4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan
vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang
tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama
ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali
disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.
5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap
dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan
mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh
diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E
oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti
pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh
mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.
TIPS UNTUK IBU MENYUSU.
Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu
menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak
vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya
anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu
fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!
Dan akan saya update lagi nanti
insyaALLAH.....apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak
tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Sila hubungi pengedar jika anda
inginkan jadual panduan makan dan bagi ibu menyusu panduan pengambilan vitamin
yang betul untuk mempercepatkan penghasilan susu ibu.
kredit : Master Norita Idris
June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383
0 comments:
Catat Ulasan