Ahad, 16 Jun 2013

Makanan untuk Tambah Susu Badan

Alhamdulillah...sejak akhir-akhir ini. penyusuan susu ibu kian mendapat tempat dalam kalangan ibu-ibu berkerjaya. Stok susu untuk bayi biasanya diperah seawal mungkin bagi memastikan bekalan susu adalah cukup apabila mereka bekerja nanti. Namun begitu, tidak semua ibu diberi kelebihan mempunyai susu yang 'meriah' untuk bayi mereka. Jika susu anda tidak begitu banyak, usahlah bersedih kerana anda tidak bersendirian. Saya juga senasib dengan anda, tapi saya masih mampu untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun 4 bulan....Nak tahu cara saya? Firstly, kita kena tahu konsep asas penyusuan iaitu :
1. 'demand vs supply'~ semakin kerap bayi disusukan, maka lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Jadi ,susukanlah bayi anda sekerap mungkin semasa di dalam pantang...dan apabila anda telah masuk kerja, pastikan anda mengepam susu setiap 3-4 jam sekali bagi memberi isyarat kepada otak untuk menghasilkan jumlah susu yang lebih banyak.

2. Fikiran positif ~ si ibu yang berniat untuk menyusukan bayi secara eksklusif hendaklah sentiasa berfikiran positif. Tanpa semangat yang kuat, kita akan mudah mengalah dan akan membiarkan si kecil anda diberikan susu formula sebagai galang gantinya. Yeszaaa! Anda hendaklah sentiasa yakin bahawa Allah sentiasa menyediakan rezeki buat hamba-hambaNya..kita hanya perlu berusaha untuk mendapatkan nikmat rezeki tersebut. Yakinlah bahawa susu badan anda memang cukup untuk bayi anda....mulakan dengan niat yang jelas & pasti anda akan berjaya menyusukan anak secara eksklusif.

3. Makanan yang seimbang ~ pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi memastikan susu anda penuh berkhasiat. Walaupun tidak terlalu banyak pengeluarannya, susu yang penuh dengan nutrisi akan menyebabkan bayi anda cepat kenyang & berasa puas setelah menyusu.
P/S : Sebenarnya masih banyak lagi konsep asas penyusuan yang perlu anda tahu. Untuk maklumat lanjut tentangnya kita jumpa dalam entry lain ya?

Antara soalan yang kerap ditanya oleh ibu yang sedang menyusu adalah tentang makanan yang dikatakan boleh menambahkan pengeluaran susu ibu. Betul ke benar-benar ada makanan untuk itu? Jom kita lihat makanan yang dikatakan mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Sama ada ia mitos atau lagenda, anda kena cuba sendiri untuk memastikan kebenarannya :-)

Senarai Makanan untuk Tambah Susu Ibu
1. Oat ~ jadikannya sebagai bubur, campur dalam Milo @ Horlicks panas atau salutkan pada ayam sebelum digoreng
2. Kurma ~ boleh dibuat jus @ makan begitu sahaja. Kurma adalah makanan sunnah Nabi yang berkhasiat
3. Kacang buncis
4. Bayam ~ kaya dengan zat besi
5. Lobak putih
6. Longan kering ~ rebus dan dijadikan minuman
7. Tauhu & tempe ~ kaya dengan sumber protein soya
8. Susu
9. Keju
10. Alfalfa ~ sejenis tumbuhan herba yang ada dijual di pasaraya besar. Jika sukar nak cari, pilihlah yang berbentuk tablet
11. Halba ~ juga dikenali sebagai fenugreek. Rendam & campurkan ke dalam makanan seperti nasi lemak, nasi dagang. Dalam nasi putih biasa pun boleh.
12. Jambu batu & betik
13. Barli
14. Makanan yang mengandungi yis ~ tapai pulut, tapai ubi @ roti. Yis mengandungi vitamin B kompleks yang diperlukan oleh badan kita & perlu diambil setiap hari. Susah nak cari tapai bagai? Rujuklah di sini.

Dan kat bawah ni pula adalah senarai makanan yang perlu kita elakkan bagi mengatasi masalah susu merudum :
1. Kobis mentah ~ Coleslaw atau ulam kubis
2. Minuman berais ~ sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak
3. Herba ~ Daun parsli. peppermint, 'sage' ataupun oregano

Selamat mencuba. Di samping mengamalkan makanan untuk tambah susu, anda juga harus mempraktikkan konsep asas penyusuan supaya susu anda betul-betul bertambah seperti yang anda impikan. Jangan lupa berdoa & mintalah daripada Allah. Semoga dipermudahkan. Aminn...

June Mohd | kerengge83@gmail.com | sms/ whatsapp : 017-943 8392





0 comments:

Catat Ulasan