Masih teringat zaman2 menyusukan Faris suatu masa dahulu..masa tu pengetahuan tentang breastfeeding & terms agak terhad. Maka, banyaklah terms yang saya kurang jelas & main agak-agak sahaja..huhu...sambil2 tu saya memperbanyakkan pembacaan menerusi blog yang berkaitan susu ibu...forum-forum berkaitan breastfeeding journey turut menjadi pilihan saya. Alhamdulillah, berkat sokongan daripada suami & rakan-rakan yang turut menyusukan bayi mereka, maka dapatlah saya meneruskan dunia penyusuan dengan bahagianya :-). Cabaran untuk breastfeeding baby sangat banyak, namun dengan sedikit panduan & ilmu tentang penyusuan amatlah membantu. Yang penting, kita haruslah memulakannya dengan NIAT yang betul...saya niatkan untuk menyusu my baby coz ingin memberikan yang terbaik untuk Faris. Penyusuan susu ibu adalah hak bagi setiap bayi yang dilahirkan. Saya tidak sanggup untuk membenarkan anak kecil yang tidak tahu apa-apa untuk disusukan dengan susu selain daripada susu ibu...ops! i'm not against formula milk... Semoga Faris membesar dengan kuat & sihat dengan khasiat susu ibu. alhamdulillah, my son is a very healthy kids nowadays.
Antara terms yang perlu anda tahu jika ingin menyusukan bayi secara eksklusif ialah :
1. Direct Feeding ~ menyusukan bayi secara terus, yakni tanpa menggunakan botol @ alat bantu yang lain seperti sudu dan sebagainya.
2. Let Down Reflects (LDR) ~ susu yang keluar dengan banyak selepas distimulasikan
3. Express Breast Milk (EBM) ~ susu ibu yang diperah sama ada menggunakan kaedah Marmet @ pam
4. Kaedah Marmet ~ teknik perahan susu ibu menggunakan jari sahaja
5. Milk booster ~ sesuatu yang dimakan oleh ibu yang mampu memperbanyakkan air susu ibu (penghasilan susu badan akan bertambah)
6. Storage Plastic@ Bottle ~ bekas untuk menyimpan susu perahan...ada juga yang guna bekas untuk isi dadih...lebih menjimatkan :-)
7. Tandem Nursing ~ menyusukan anak di kedua2 belah payu dara (kembar @ abang/ kakak bayi yang masih menyusu) & menyusu dan memerah susu untuk stok EBM8. Nursing In Public (NIP) ~ menyusukan bayi di tempat awam tanpa rasa janggal ( yakinlah bahawa kita berhak menyusukan bayi kita tak kira jua di mana kita berada..jangan segan untuk menunaikan hak bayi anda walaupun di dalam Shopping Complex yang penuh sesak!)
9. Nursing Wear ~ merupakan pakaian yang direka khas untuk ibu- ibu menyusu bagi memudahkan proses penyusuan bayi. Baju yang terdapat di pasaran sekarang amatlah banyak & cantik-cantik pula tu...pilihlah yang mana anda berkenan. Apa yang penting, anda masih boleh bergaya walaupun sedang menyusu tau :-)
Semoga tips di atas dapat membantu anda untuk meneruskan perjalanan dunia penyusuan anda. Dua tahun bukanlah tempoh terlalu lama untuk kita membina ikatan kasih sayang dengan bayi. Penyusuan susu ibu amat membantu untuk menguatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Akhir kata, tahniah jika memilih untuk menyusukan bayi anda secara eksklusif. Susukanlah bayi anda dengan penuh kasih sayang, ikhlas & penuh dengan keyakinan.
*terms dihuraikan dgn bahasa yg mudah difahami
0 comments:
Catat Ulasan