Tatkala susu mula merudum, hati jadi gundah gulana. Usahlah dikau bersedih hati wahai teman. Niat yang baik untuk terus menyusukan anak pasti Allah suka. Terus laksanakan konsep asas dalam penyusuan. Jika semua usaha telah dibuat, namun susu masih juga berkurang, angkat tangan dan berdoalah...pinta pada Allah dengan sesungguh-sungguhnya...kalau nak lagi best, bangunlah solat tahajjud di hening pagi. Semoga doa- doa kita akan cepat termakbul. Sentiasa yakin dan percaya, di sebalik setiap kesukaran pasti adanya kesenangan (ulang berkali-kali hingga rasa yakin benar-benar tertanam dalam jiwa anda). Janji Allah itu pasti. Tinggal untuk kita yakin atau ragu (nauzubillah) sahaja...
Cuba amalkan doa ini :
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN
Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu kita. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
Semoga doa-d0a di atas menjadi sumber kekuatan untuk kita meneruskan perjalanan dalam menyusukan permata hati tercinta. Salam sayang buat semua ibu-ibu tabah yang gigih menyusukan anak dengan susu badan sendiri...anda sememangnya superb! TAHNIAH...
(sumber : Mamafaiz.com)
JUNE MOHD | kerengge83@gmail.com | 019-2187383
0 comments:
Catat Ulasan