Khamis, 23 Mei 2013

Vitamin untuk Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir


Pengalaman melahirkan anak sulung, masih segar dalam ingatan. Saya ditahan di wad selepas bersalin kerana Faris mengalami jaundis yang agak tinggi. Mana taknya, sejak dilahirkan, Faris asyik tidur aje..nak menyusu pun mama kena kejutkan..kalau tak, tidur aje kejenya hahaa..Hari pertama bermalam di hospital, beliau dah kena duduk bawah lampu...dengan tidak berbaju, hanya pakai lampin dan spec yang comel saja menyebabkan mama berasa sangat kesian pada Faris. Risau juga takut apa-apa yerjadi. Mujurlah, awak ada kat depan mata mama. Jadi, malam pertama di hospital, mama terpaksa berjaga untuk menyusukan Faris setiap jam.. Jom kita ketahui dengan lebih lanjut tentang jaundis pada bayi..


TAHUKAH ANDA?



• 50 peratus bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia akan hilang selepas seminggu. 

80 peratus bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran. 

JADI, APA LANGKAH YANG PERLU SAYA AMBIL UNTUK MENGATASI JAUNDIS PADA BAYI?

~Jika anda menyusukan bayi anda, anda perlu 
menyusunya dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur untuk menyusukannya. Masa ini anda akan perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak. 

~Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis. 

~Jika bayi anda menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor anda mungkin akan menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk mengukur tahap bilirubinnya. Doktor juga akan perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas tujuh hari atau berlarutan sehingga lebih daripada 14 hari. 

~Sesetengah bayi mungkin akan memerlukan rawatan tambahan, iaitu selalunya fototerapi. Bayi anda perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di katilnya. Cahaya ini akan membantu memecah bilirubin berlebihan supaya ginjal dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit-birit tetapi ini penting untuk penguraian bilirubin. Selalunya ini dilakukan di pusat jagaan bayi di hospital. 



~Bayi-bayi yang memerlukan fototerapi perlu baring tanpa pakaian atas katilnya dan dipancarkan cahaya biru dari lampu. Ini akan menjejaskan penyusuan ibu dan pertalian ibu dengan bayinya. Satu alternatif selain fototerapi tradisional ialah terapi gentian optik. Bayi anda akan dibalut dengan selimut khas yang mempunyai gentian optik, yang menyebabkan cahaya kecil bersinar terus pada kulit bayinya. Bagi rawatan ini anda masih boleh mendakap dan menyusu bayi anda. Namun begitu, rawatan gentian optik tidak efektif sepertimana fototerapi tradisional pada bayi yang dilahirkan cukup bulan. Pengalaman setempat juga menunjukkan bahawa kadang-kala rawatan gentian optik menjadi terlalu panas untuk bayi pramatang. Namun begitu, apabila digunakan bersama fototerapi tradisional, rawatan gentian optik adalah rawatan yang paling efektif bagi bayi yang menhidapi jaundis. 

BAGAIMANA UNTUK MENGECAM JAUNDIS PADA BAYI SAYA?

Pakar-pakar mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai caha
ya secukupnya, dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, hubungi ahli pediatrik anda. Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat. 

Ingatlah, jaudis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang. Anda boleh bertanya kepada ahli pediatrik anda untuk bantuan sekiranya ada sebarang keraguan. 

APAKAH JAUNDIS BERBAHAYA?


Ya, ia boleh menjadi bahaya. Jangan ambil ringan mengenai jaundis. Kajian telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, 
pendengaran bayi anda akan terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak juga akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicterus. 
RUJUKAN :http://www.babycenter.com.my

JADI, APAKAH SUPLEMEN YANG SESUAI UNTUK IBU YANG MEMPUNYAI BAYI JAUNDIS?

cadangan suplemen untuk ibu yang mengalami jaundis :


OSTEMATRIX -----> Mengandungi vitamin D yang boleh mengalir melalui susu ibu. Vitamin D berfungsi untuk mengurangkan kandungan bilirubin dalam darah dengan berkesan.

Berminat untuk mencuba? hubungi saya di sini...

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383 |

0 comments:

Catat Ulasan