Ascorbate
adalah salah satu dari nutrient utama yanng bersifat antioksidan. Tugasnya
menghapuskan radikal bebas dan penceroboh mikrob, serta berkerjasama dengan
antioksidan lain seperti vitamin E dan glutathione (sejenis asid amino).
Menurut Dr Atkins, mereka yang mengamalkan vitamin C hidup lebih lama dari
mereka yang kekurangan vitamin C.
Apakah
tugas vitamin C dalam kesihatan kita?
Mengawal Jangkitan
Kebanyakan
orang tahu vitamin C diambil untuk mengawal selesema. Walaupun ia boleh
membunuh bakteria dan meneutralkan toksin dari bakteria, tapi punca utama
kenapa vitamin C boleh mengawal selesema ialah kerana ia meningkatkan
pertahanan semulajadi badan.
Hampir
kesemua sel dalam sistem imuniti menerima sokongan nutrisi ini tapi yang paling
utama ialah interferon, antibodi dan sel darah putih yang memerlukan vitamin C
bagi melawan jangkitan.
Asma & Elergi
Di dalam
Journal of The American Dietetic Association, terdapat laporan di mana
pengambilan 1000mg vitamin C boleh bertindak sebagai anti-histamin. Walau
bagaimana pun ia bukanlah kesan segera kerana suplemen memperbaiki tisu-tisu
badan tidak memberi kesan seperti ubat.
Untuk
asma pula, pengambilan vitamin C yang rendah mendatangkan risiko keradangan tisu-tisu
paru-paru. Menurut laporan American Journal of Clinical Nutrition, pengambilan
1-2g vitamin C memperbaiki fungsi paru-paru dan mengurangkan serangan asma.
Menurut satu kajian double blind, pengambilan sebanyak itu juga melindungi
saluran bronkial daripada cuaca sejuk dan hayfever.
Serangan Jantung
Kekurangan
vitamin C dalam tisu badan adalah penyebab kepada sakit jantung, menurut satu
circulation dalam American Heart Association. Vitamin C berfungsi melindungi
lemak darah daripada menjadi plak-plak atherosclerotic yang terkumpul dalam
arteri yang menjadi punca kepada masalah ini. Pengambilan vitamin C
mengurangkan LDL dan meningkatkan HDL, serta membina kolagen untuk melindungi
darah di jantung dari melekat pada partikel-partikel lain.
Stress
Menghadapi
stress samada secara fizikal atau emosi memerlukan bekalan vitamin C yang
cukup. Kelenjar adrenal memerlukan lebih vitamin C dan ia lebih mudah
kehilangannya dalam keadaan stress. Vitamin C membantu untuk meneutralkan
toksin yang dihasilkan oleh hormon kortisol semasa dalam keadaan stress.
Menurut Dr Atkins, penyakit schizorphrenia adalah disebabkan oleh kesan dari
toksik yang terhasil semasa stress.
Gout
Menurut
ujian makmal, pengambilan vitamin C dos tinggi boleh mengurangkan asid urik
dalam badan.
Batu Hempedu
Menurut
European Jurnal of Clinical Investigation, pengambilan 2000mg vitamin C setiap
hari melambatkan proses pembentukan batu hempedu sebanyak 350%.
Masalah Penglihatan
Seperti
karetonoids, vitamin C membasahi mata kita dengan perlindungan antioksidan,
yang mana menurut US Department of Agriculture’s Human Research Centre, boleh
melindungi dari katarak. Vitamin C juga mengurangkan tekanan pada mata, yang
mana melindunginya dari glaukoma.
Tips Untuk Mendapatkan Khasiat Vitamin C Optimum:
- Dapatkan yang jenis
‘Sustained Released’
- Jangan ambil dos tinggi
sekaligus, misalnya jika nak ambil 1000mg, ambil 500mg dulu pada satu2
masa.
- Ambil bersama makanan
(selepas makan) kerana enzim pencernaan membantu meningkatkan kepekatan
vitamin C dalam darah.
- Ambil bersama Iron untuk
membantu penyerapan Iron
Vitamin C dengan Bioflavonoids.
Bioflavonoids
adalah sejenis antioksidan, ia bekerjasama dengan vitamin C, di mana ia
memperkasakan fungsi vitamin C. Bioflavonoids dalam buah-buahan sitrus adalah
gabungan terbaik!
Dapatkan
Vita-C Plus Shaklee sekarang untuk mendapat khasiat vitamin C terbaik!
0 comments:
Catat Ulasan