Sabtu, 12 Januari 2013

Vitamin Shaklee untuk Ibu Menyusu


Tahniah saya ucapkan kepada semua bakal ibu yang akan menyambut kelahiran bayi mereka....Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi jika kita mampu untuk menyusukan sendiri bayi yang kita lahirkan. Secara lahiriahnya, seorang ibu mampu menyusukan anaknya sendiri. Susu ibu merupakan makanan terbaik buat bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan dan cirit birit pada bayi.

Selain untuk bayi,si ibu  juga bakal mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka. Penyusuan secara eksklusif yang disarankan adalah selama enam bulan dan selepas itu bolehlah diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih... Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusukan bayi mereka bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan ibu pada tahap optimum. Ibu perlulah memastikan mereka mendapat zat seimbang yang sepenuhnya bagi kekal sihat walaupun sedang menyusu.

Berikut adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh ibu menyusu jika ingin kekal sihat:

MULTIVITAMIN ( Vita-Lea )

Mulitivitamin menyediakan pelbagai jenis vitamin & mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperoleh daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi akan membantu penghasilan susu yang banyak dan lebih berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu & bayi sepenuhnya.

PROTEIN

Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berterusan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil tiga hidangan protein berkhasiat setiap hari.

VITAMIN C

Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tertumpu kepada bayi. Oleh itu, menyusukan bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi daripada kekurangan vitamin C yang penting untuk menguatkan sistem imun, membina kulit, gigi serta gusi yang sihat.

VITAMIN B COMPLEX

Merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda & bayi anda setiap hari bagi menyokong system saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk keperluan sel dan mengekalkan kesihatan saraf.
Jadi, bagi ibu-ibu yang memilih untuk menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya, cukupkan keperluan vitamin dalam badan anda terlebih dahulu supaya bayi anda mendapat khasiat sepenuhnya daripada anda :-)


Hubungi saya untuk mendapatkan suplemen ini...anda berhak untuk mendapat konsultasi percuma serta jadual mengambil vitamin yang EKSKLUSIF hanya untuk anda. P/S : Jadual pengambilan vitamin yang kurang tepat boleh mempengaruhi penghasilan susu anda.



June Mohd | 019-2187383 |kerengge83@gmail.com | ID : 891221

0 comments:

Catat Ulasan