Hihih...apa kes pagi-pagi ni cerita pasal budu pulak? Budu adalah sejenis penambah rasa untuk menyedapkan makanan. Budu juga dikenali sebagai sos ikan bilis yang diperam sehingga hancur.Ia merupakan makanan tradisional yang berasal dari Kelantan dan diperbuat daripada ikan bilis dan beberapa campuran bahan yang lain.
Bila makan nasi panas-panas, cecah ikan rebus dan ulam dengan budu....rasanya sungguh enak tak terkata. Pendek kata, rugi kot sape yang tak berani nak makan benda alah budu ni..kalau di musim tengkijuh, lagilah glamer sang budu ni tau..
Ihsan Google
Saya upkan topik budu ni sebab hari ini ada pot-luck di sekolah...tugas saya adalah untuk membawa budu dan ulam-ulaman untuk melengkapkan hidangan. Alhamdulillah...mudah jer tugasan untuk saya kali ini :))))
OK, jom terjah khasiat budu ni :
- Menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia boleh merangsang sel-sel otak
- Mampu membantutkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut
- Berpotensi mencegah masalah cirit-birit
- Membantu mengawal kolesterol, penyakit jantung dan darah tinggi
- Ianya juga dikatakan mampu menjadi seseorang itu kelihatan lebih awet muda... sumber
Eh ehh...banyak lagi rupanya khasiat budu ni rupanya..ingatkan sebagai penyedap rasa makanan jer...lepas ni bolehlah makan budu banyak-banyak...hihihhhh. Tapi pastikan korang lebihkan minum air kosong sebab budu juga boleh menyebabkan kita terasa haus kerana ia agak masin..
Sekian.
0 comments:
Catat Ulasan