Sepanjang lebih setahun saya ber'SHAKLEE', macam-macam ragam manusia yang saya temui. Ada yang positif dan memberikan sokongan namun ramai juga yang negatif dan memandang serong atas usaha yang dibuat.
Semuanya saya ambil sebagai pengajaran dan pengalaman yang bermakna. Bagi saya, tak ada salahnya kalau kita berhasrat untuk membantu lebih ramai orang hidup sihat dengan makanan tambahan. Daripada mereka memilih produk yang belum tentu selamat di luar sana, ada baiknya mereka melabur sebahagian daripada wang mereka untuk mendapatkan vitamin yang telah diuji secara klinikal dan betul-betul selamat dan berkesan.
Bukan saya sahaja, ramai lagi pengedar Shaklee yang dicemuh dan dikeji kerana jual suplemen. Belajar tinggi-tinggi tapi end up berhenti kerja dan jual vitamin jer? Sebenarnya saya kasihankan orang-orang yang mencemuh tu..kasihan sangat-sangat pada mereka. Macam tak ada kerja lain nak buat selain mengumpat, mengeji dan mengata...semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka semua. Mungkin sekarang ni badan mereka sihat dan bertenaga, mana tahu suatu hari nanti mereka perlukan suplemen macam orang lain jugak...who knows rite? Jangan lupa, hidup ibarat roda..masa bergerak laju meninggalkan kita. Mana mungkin kita akan selalu di atas. So, lebih baik beringat dan berpada-padalah apabila bercakap. Lidah lebih tajam daripada mata pedang tau...kerana kata-kata boleh melukakan hati dan perasaan orang lain, namun tak semudah itu untuk orang yang terluka memberikan kemaafan.
Keep Calm & Smile :-)
Apa pun, saya sentiasa doakan golongan yang anti suplemen ini kekal sihat dan mendapat hidayah daripada Allah supaya berfikir sebelum bercakap. Hentikanlah sifat PHD yang ada dalam diri. Semoga jiwa dan hati mereka lebih tenang. Kalau nampak orang lain senang, perhatikanlah apa yang mereka buat sehingga boleh berjaya sebegitu. Jangan asyik nak pandang serong aje kan..Kalau asyik nak menjatuhkan orang lain, sampai bila-bila pun kita tak akan berjaya.
Sekian, madah pedas berbisa daripada saya.
Assalamualaikum w.b.t.
0 comments:
Catat Ulasan