Assalamualaikum w.b.t..
Apa khabar anda semua hari ini? Ada yang tengah stress di tempat kerja ke tu? Tak pun korang semua sedang berbahagia di samping famili tercinta? Apa pun yang sedang kita buat hari ini, saya doakan semoga kita semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Hari ini nak berkongsi sedikit tentang tips mendidik hati. Macam mana nak hidup tenang? Tak nakla asyik stress je kan.. buat apa pun stress..tertekan. Aduh, tak seronoknya..
Macam mana nak hindari stress? Apa yang paling penting, cuba bebaskan diri kita daripada penghargaan manusia. Barulah hati jadi tenang dan jiwa pun tidak sakit. Bayangkan kalau kita buat sesuatu dan kita mengharapkan kebaikan yang kita buat akan dibalas dengan kebaikan juga, kita akan mudah kecewa jika kita tidak menerima balasan seperti yang diharapkan. Ucapan terima kasih pun tidak diberi setelah penat-penat kita bantu mereka, apa perasaan kita ketika itu. Marah ada, menyesal pun ada kot...tak pasal-pasal stress lagi...hahahh..
Kalau semua benda yang kita buat pun kita rasa stress, tertekan, marah...macam mana nak BAHAGIA?
Dalam hidup ni kita akan bertemu dengan macam-macam jenis manusia. Ada yang baik luar dalam, ada yang baik apabila di hadapan kita tetapi di belakang umpat keji dilemparkan kepada kita dengan sesuka hati. Ada juga yang memang terang-terangan nampak menyampah dan tak suka pada kita. Yang kategori ketiga ni OK la kan coz at least kita tahu siapa mereka. So, tak payahlah nak terhegeh-hegeh berkawan dengan mereka. Buat biasa-biasa sudahlah.
Seorang Ustaz pernah berpesan, sepatutnya kita berikan HADIAH kepada orang yang mengumpat atau mengeji kita..nak tahu kenapa? Kerana orang yang buat macam tu pada kita sebenarnya dia sedang memberi pahalanya kepada kita...best apa dapat pahala percuma? Tapi dalam hati kena banyak-banyak bersabar...bukan senang nak didik hati...tapi itulah yang kita kena buat. Kalau tak, sendiri yang merana.
So, mulai hari ini...sentiasa pesan pada diri kita.. Apa pun perkara yang terjadi, istighfar dan berselawatlah banyak-banyak. Bisik pada diri ALL IS WELL, ALL IS WELL..and of course ALLAH IS VERY-VERY WELL..Kalian tahukan, Allah sentiasa ada bersama-sama mereka yang bersabar. Insya Allah :-)
Setiap kali ada yang 'tak kena' dengan seseorang, saya akan sedekahkan Al-Fatihah banyak2 kepada mereka dan diri saya sendiri. Pujuk hati untuk memaafkan. Dan alhamdulillah, hati akan jadi lebih tenang dan lapang. Cubalah :-) Mari besarkan minda untuk jadi orang yang lebih tenang jiwanya.
Stop talking about others, but always thinking about how to make others happy...
Sekian, bicara kita pada petang ini. Sampai ketemu lagi.
Wassalam :-)
0 comments:
Catat Ulasan