Khamis, 10 April 2014

Akak, Tolonglah Saya dah Kena Tipu...


Assalamualaikum w.b.t... Salam Jumaat yang penuh berkat. Semoga hari ini kita dapat meluangkan masa untuk berselawat kepada junjungan besar kita Baginda Nabi Muhammad s.a.w dan sama-samalah kita mencari redha Allah untuk ke akhirat yang kekal abadi. Tak susah kot nak berselawat banyak-banyak. Sambil-sambil buat kerja pun boleh.

Ni nak citer pasal Shaklee sket. Sekarang ni Shaklee dah jadi fenomena dan tsunami yang luar biasa. Sebut je Shaklee, hampir 90% orang yang saya jumpa akan cakap, mereka pernah dengar tentang Shaklee. Pengedar-pengedar Shaklee pun semakin bertambah setiap hari. Nombor keahlian pun dah melebihi angka sejuta. Ramai tu.. Baguslah bila semakin ramai SID, maka makin mudahlah untuk menyebarkan kebaikan Shaklee kepada pengguna. 

Tapi ada juga cerita tidak enak yang saya dengar. Ada SID menggunakan bermacam-macam 'trick' untuk menarik keahlian. Kalau nak berniaga, biarlah dengan jujur. Jangan sampai menipu. Tak fasal-fasal nama SID lain yang buat ikut peraturan & jujur terkena tempiasnya.

Antara helah yang paling popular adalah dengan menaja keahlian secara 'PERCUMA'. Bila sebut percuma, for sure prospek tak perlu kekuarkan kos satu sen pun... Tapi, bila nak beli barang, SID tersebut akan minta juga duit nak jadi ahli tu. Setiap ahli baru wajib beli bisnes kit bernilai RM65 tu. So, mana ada keahlian PERCUMA seperti yang mereka cakap sebelum ni.

Mari sini saya nak cerita, Shaklee hanya offer keahlian PERCUMA dengan membuat belian produk sebanyak RM650 yang bersamaan dengan 200uv sahaja. Kalau selain itu, memang kena bayarlah yuran keahlian.

Saya hanya rasa kesian kepada mereka yang telah tertipu tu. Lagi malang kalau mereka ada niat untuk berbisnes dengan Shaklee. Sekali 'terjoin' SID yang kurang jujur pulak...apa agaknya perasaan mereka? Berapa ramai yang dah 'terdaftar' dengan SID seperti ini, dan mereka menyesal tak sudah. Nak tukar up-line, kena ambil masa 18 bulan tanpa sebarang pembelian dengan menggunakan ID yang dia dapat semasa mendaftar tu.

Foto : Nurqaseh Outlet Full

Jadi, pilihlah SID yang boleh dipercayai untuk anda berurusan. Upline & downline ibarat ibu dan anak. Jika tiada persefahaman, payahla sikit nak berbisnes. Sekian, ceramah perdana saya di pagi Jumaat :-)

P/S :  Saya mohon maaf jika ada yang terasa. Tapi cepat-cepatlah betulkan keadaan kerana Shaklee sedangkan giat beroperasi membanteras sebarang aktiviti yang bertentangan dengan rules syarikat. Untuk pertanyaan dan pesanan produk, bolehlah hubungi saya melalui maklumat di bawah.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

0 comments:

Catat Ulasan