Isnin, 6 Januari 2014

Vitamin untuk Pesakit Rheumatoid Athritis



Pertama kali saya 'aware' tentang penyakit rheumatoid arthritis ( RA) apabila berbual dengan seorang rakan semasa di sekolah tahun lepas. Beliau bercerita tentang adiknya yang menghidap sejenis penyakit sendi iaitu Rheumatoid Athritis ( RA ). Bermacam-macam kesukaran yang terpaksa ditanggung oleh pesakit RA ini. Naik gerun kita yang mendengarnya. 



Jadi di sini saya ingin kongsikan beberapa jenis vitamin yang diperlukan oleh pesakit RA :

1. Asid folik/ vitamin B9
    ~ Asid folik tidak dapat disimpan di dalam badan, jadi ia harus diambil setiap hari.
  ~Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan masalah anemia, kehilangan berat badan,    
   hilang selera  makan dan cirit-birit. Asid folik berfungsi untuk menghasilkan sel darah    
   merah.
  ~Asid folik boleh didapati daripada sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli,          
   asparagus dan  sawi.
 ~ Pesakit yang mengambil sejenis pil 'methotrexate' memerlukan dos asid folik yang lebih tinggi.

2. Vitamin C
    ~Juga dikenali sebagai asid askorbik dan ia diperlukan untuk memperbaiki tisu badan. 
    ~Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen, sejenis protein yang penting untuk kulit,       otot, ligamen dan salur darah. Ia juga sangat diperlukan untuk menyembuhkan luka, tulang,    gigi dan menjaga kesihatan tulang rawan.
    ~Merupakan vitamin larut air yang tidak dapat disimpan di dalam badan.
    ~Kekurangan vitamin C boleh mengakibatkan anemia, badan sukar melawan jangkitan, radang  sendi, dan boleh meningkatkan berat badan akibat kadar metabolisme tubuh yang perlahan.

3. Vitamin B6
    ~Penting untuk sistem saraf yang sihat.
    ~Penting untuk memproses karbohidrat.
    ~Bertindak mengeluarkan sulfur daripada molekul lain & membantu menstabilkan hormon  
     serta   mengeluarkan toksin daripada badan.
   ~ Memainkan peranan penting untuk menghasilkan sel-sel baru dalam badan.
   ~Kekurangannya boleh mengakibatkan anemia, keletihan dan rasa lesu pada badan.

4. Vitamin D
   ~Kebanyakannya ditemui dalam ikan, telur, dan susu.
   ~Matahari juga membantu penghasilan keperluan vitamin D yang mencukupi. 15 minit 
    terdedah   kepada matahari dikatakan sudah cukup untuk memenuhi keperluan vitamin D 
   harian kita.
  ~Berfungsi untuk kandungan kalsium dan fosforus yang badan perlukan.
  ~Juga penting untuk penyerapan kalsium bagi membentuk tulang yang kuat.
.
5. Vitamin E
   ~ sejenis vitamin larut lemak.
   ~merupakan sejenis antioksidan yang bertindak melindungi sel daripada radikal bebas yang      boleh merosakkan sel.
  ~ Penting untuk menguatkan sistem imun.
  ~boleh ditemui dalam avocado, kuning telur, kekacang, bijirin dan mentega kacang.

6. Vitamin B12
    ~ Boleh ditemui di dalam kerang-kerangan, ikan, daging dan produk tenusu.
   ~Membantu menjaga kesihatan sel saraf dan sel darah merah.
   ~Diperlukan untuk menghasilkan DNA.
   ~Berfungsi untuk mengikat protein dalam makanan.
   ~Asid hidroklorik dalam perut merembeskan vitamin B12 daripada protein semasa proses 
    pencernaan.

Jadi, dengan entry ini saya harap ia dapat membantu pesakit RA untuk mengurangkan simptom-simptom yang ada kesan daripada penyakit tersebut. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA : 017-943 8392

0 comments:

Catat Ulasan