Selasa, 31 Disember 2013

Tips Mudah untuk Menjayakan Azam Baru

Assalamualaikum w.b.t...
Tahun baru muncul lagi...
tiap-tiap tahun kita buat azam baru..
tapi adakah azam tahun sudah kita dah berjaya menggapainya?
kalau belum tu, jangan putus asa ye..kita bina lagi azam tahun  ni tapi berusahalah dengan lebih gigih lagi..
jangan sedih jika pencapaian masih biasa-biasa sahaja...
yang penting FOKUS pada apa yang kita ada, bukan pada yang kita tak punya..

SELAMAT TAHUN BARU 2014!
SEMOGA TAHUN INI LEBIH GEMILANG UNTUK KITA SEMUA..
AMIN!


Petikan daripada FB Dato' Dr. Fadzillah Kamsah

As salamu'alaikum sahabat yang dirahmati Allah. Moga tahun 2014 jadi tahun yang terbaik, seandainya kita bertemu Allah tahun depan. Ramai orang yang buat azam tahun baru di awal tahun. Tapi mengikut kajian, sekitar 95% yang gagal mencapai azam yang dibentuk. Antara tip untuk menjayakan azam:

1. Doa sungguh2 & bentuk GAMBARAN yg jelas ttg matlamat yg ingin di capai. Kita bertindak ikut GAMBAR yg terbentuk dlm minda.
2. Lakukan perubahan secara berpakej agar JADI ORG BARU yg mampu mencapai azam yg di bentuk. Berubah secara pakej = murnikan hati, positifkan minda, betulkan setiap tindakan, tingkatkan ibadah, mantapkan & luaskan jaringan hub, tingkatkan penampilan & bentuk tabiat baru yg +ve.
3. Berterusan cari ilmu & sentiasa berdamping dgn majlis ilmu.
4. Cari support group yg berwibawa yg mampu bantu & dorong kita.
5. Tingkatkan disiplin diri & buang sifat buruk yg boleh sabotaj usaha kita utk berubah & capai azam yg di bentuk.
6. Bantu org lain utk capai azam mrk & Allah akan bantu kita utk capai azam kita.
7. Lakukan amalan baru selama 40 hari agar menjadi TABIAT.
8. Cari keberkatan REZKI (kerja rajin krn nak dpt rezki yg halal & redha Allah), ILMU (fahami, hayati, amalkan, dakwahkan & doakan guru) & MASA (ada masa utk kegiatan duniawi & ada masa utk amalan akhirat).
9. Bentuk modus operandi (rangka tindakan) yg jelas & praktikal.
10. Cari mentor/ penasihat yg dpt di rujuk bila ada masalah berkaitan azam yg ingin di capai.
11. Mesti seronok dgn perubahan yg di lakukan & azam yg ingin di capai. tanpa keceriaan, sukar utk berjaya!
12. Serasikan niat, doa, fikiran, lisan, tindakan & persekitaran utk capai kejayaan. Jika ada yg bertelagah, akan terbantut azam!
13. Jgn fikir langsung ttg kegagalan. In sya Allah takkan gagal!!!
14. Nilai pencapaian pd setiap tahap & lakukan penyesuaian mengikut keperluan agar tak terbantut azam.
15. Setelah mencuba yg terbaik, bertawakkal kpd Allah.
Moga Allah rahmati & bimbing kita mencapai azam yg di bentuk. Aameen, wassalam.


0 comments:

Catat Ulasan