Sabtu, 30 November 2013

Info Diabetis : Punca Penyakit Kencing Manis

Assalamualaikum..

Cuaca di kampung hari ni agak sejuk kerana hujan renyai-renyai telah turun sejak subuh lagi...saya meng'update' blog sambil ditemani secawan kopi panas... Fuh, enak sekali rasanya :-)

Ehsan Google

Seperti yang saya janjikan sebelum ini, kali ini saya nak berkongsi dengan pembaca semua tentang punca-punca penyakit kencing manis pulak... Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pembaca :-)


Takrif diabetis :

Diabetes (kencing manis) dikelaskan sebagai satu keadaan dimana metabolisma terganggu.

Metabolisma merupakan proses dimana makanan dipecahkan dan digunakan untuk penghasilan tenaga. Sebahagian besar daripada makanan yang kita makan ditukarkan kepada glukos.
Glukosa adalah satu bentuk gula dalam darah - ia adalah sumber 'bahan api' utama bagi badan kita.


 Apa berlaku apabila makanan telah dihadam?

 Selepas makanan dihadam, glukosa akan menyerap ke saliran darah.

Organ 'Pankreas'akan menghasilkan insulin.

Insulin bertanggungjawap sebagai pengangkut glukosa dari aliran darah ke otot2, lemak dan sel jantung, di mana glukosa digunakan untuk menjana jentera sel.

Insulin merupakan hormon tunggal menjalani fungsi di atas.



Pada keadaan NORMAL – Pankreas akan bertindak secara balas (termostat) dalam setiap turun naik yang halus pada paras gula darah dan jika:
• Paras gula dalam darah naik, insulin akan dikeluarkan.
• Paras gula dalam darah rendah, insulin tidak akan dikeluarkan.

Terdapat 3 jenis utama  Diabetes:
a. IDDM (Insulin Dependent Diabetes Mellitus) – Kes ini berlaku sejak bayi/ kecil . Jumlahnya hanya 10% pergantungannya kepada insulin. 

b. NIDDM ( Noninsulin Dependent Diabetes Mellitus) – 90% kes kencing manis adalah jenis ini. Ia berlaku selepas dewasa. Ada 2 kemungkinan - kekurangan insulin atau insulin kurang aktif.

3. Gestational Diabetis - Kes ini berlaku apabila ibu2 yang mana peningkatan glukosa dalam aliran darah berlaku semasa mengandung (si ibu tidak mempunyai diabetes sebelum mengandung) 


Sebenarnya, TIADA UBAT SEGERA bagi diabetes tetapi: PENCEGAHAN & PERHATIAN dapat memberi manfaat.

SIAPA BERPOTENSI MENGIDAP KENCING MANIS?

a. Obesiti
b. Middle age
c. Inactive – tidak bersenam
d. Mereka yang mempunyai keinginan yang tinggi terhadap makanan manis

TANDA-TANDA
a. Keletihan/ kelesuan
b. Dahaga yang luar biasa
c. Kerap buang air kecil
d. Kulit- gatal -- mudah jadi jangkitan
e. Penglihatan mula kabur
f. Hilang Imbangan
g. Luka lambat sembuh
h. Kebas-kebas kaki

SEBAB
a. Makanan
-gula berlebihan / ‘hidden sugar’
-kekurangan zat ( B complex)
b. Obesiti
-insulin kurang sensitive ( pintu /pembuka pintu)
c. Kurang active
-menurunkan keperluan insulin
-Kajian mendedahkan – sel tak perlu insulin jika bersenam 
d. Keturunan

PROSES PERTUKARAN GULA KEPADA TENAGA

PANKREAS ----> INSULIN ----> GULA ----> SEL ----> TENAGA

KOMPLIKASI-KOMPLIKASI KENCING MANIS:

a. Hilang Penglihatan 
b. Importancy
c. Gangrene 
d. Infection
e. SERANGAN JANTUNG / STROKE ( arteriosklerosis) - penyempitan arteri 
besar.Risikonya 2 hingg 4 kali ganda. Untuk stroke 2 – 6 kali ganda.
f. MASALAH NEUROLOGI (Neuropati) – paling lumrah, jejaskan fungsi saraf seperti 
sensasi semut-semutan, rasa terbakar, dan kebas.
g. Tekanan darah tinggi
h. Sakit buah pinggang (sumber)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

0 comments:

Catat Ulasan