Khamis, 21 Februari 2013

B Complex Penyebab Urin Bertukar Kekuningan?




''Selepas mengambil suplemen B Complex, saya perasan terdapat perubahan pada warna urin saya.Mengapa urin saya berwarna kuning seperti B Complex?''

Ini adalah soalan yang paling kerap ditanya oleh mereka yang consume vitamin B Complex Shaklee. 



Maka jawapan saya adalah begini : Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. 


(Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap akan disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.


Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax 


KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome


Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air. Pastikan anda menyukat jumlah air yang diambil adalah cukup 3 liter.

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut. Jadi, anda tak perlu risau lagi ye jika anda lihat urin tiba- tiba bertukar menjadi kuning...Apa yang anda perlu lakukan hanyalah minum air kosong dengan lebih banyak :-)


kredit to:

http://vitaminsemulajadi.com/warna-urin-dan-vitamin-shaklee/



0 comments:

Catat Ulasan