Assalamualaikum...selamat petang semua..kepada yang masih dalam mood bercuti sempena sambutan Chinese New Year ni, selamat beristirehat saya ucapkan...semoga hari cuti yang ada ini dapat kita manfaatkan dengan sebaik-baiknya...entry hari ini adalah berkaitan dengan dunia penyusuan...bagi ibu yang baru melahirkan, sudah tentu mereka berhasrat untuk menyusukan bayi mereka sendiri...semoga perjalanan penyusuan mereka akan dipermudahkan Allah...In sya Allah :-) Memandangkan saya kerap ditanya tentang cara penyimpanan susu perahan, jadi hari ini saya ingin berkongsi tips & kaedah yang sesuai untuk menyimpan susu perahan...so lepas ni ibu-ibu tak perlu risau lagi ye macam mana nak simpan susu perahan anda yang banyak itu....
Cara penyimpanan susu ibu :
Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi
sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup,
oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul
untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu
ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal
segar dan tahan lama.
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
- bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
- bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
- breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
- Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
- Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
- Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
- Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Expressed Breast Milk (EBM)
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
- bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
- catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
- simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
- jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
- susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
- jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
- sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
- jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk
Maklumat Tambahan
(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack
yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke
rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di
rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak
letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer).
Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku
lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik
dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut
tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah
(bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24
jam dari masa ia mula mencair.
3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer)
jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada
hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah
naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan
antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH
BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar
(secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi
tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke
dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak
lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka
susu tersebut perlu dibuang.
Sumber: Le Leche League
kredit:Norliyana Mazli SGL
Semoga tips dan panduan yang diberi dapat dimanfaatkan oleh semua...anda semua merupakan ibu yang terhebat kerana sanggup bersusah payah demi membekalkan bayi dengan khasiat terbaik yang tiada tandingannya...TAHNIAH buat anda :-)
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)
Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.
Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah. Kalau nak lebih jimat, jadilah ahli dan dapatkan penjimatan sehingga 15-20% mengikut jenis vitamin. Ketahui1001 kelebihan jadi ahli di sini.
June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221
0 comments:
Catat Ulasan