Jumaat, 23 November 2012

Doaku untuk Semua





Assalamualaikum semua...di hari Sabtu yang indah ini saya nak kongsikan serba sedikit tentang doa...sebut saja tentang doa, budak2 pon tau kan? Doa makan, doa sebelum tido, doa naik kenderaan, doa masuk dan keluar tandas semuanya diorang hafal, ...kita yang dewasa ni pon kadang terlupa nak amalkan doa2 ringkas tu semua kan?? Hmmm...

Jom kita tengok ape itu doa. Doa sebenarnya 'otak ibadah' yang merupakan kemuncak bagi fasa pengabdian seorang insan kerana proses semasa berdoa membolehkan kita rasa kekerdilan dan kekurangan diri, sehingga terpaksa meminta segala-galanya daripada Allah.

Pernah tak anda berasa jemu & penat untuk berdoa kerana Allah masih belum memakbulkan doa2 yang kita minta?? Jangan begitu pulak ye sahabat2 sekalian...moh kita kaji punca doa kita ditolak...

Terdapat banyak kisah & dalil menceritakan halangan2 yang menyebabkan doa tidak diterima oleh Allah. Antaranya adalah berkenaan kisah Ibrahim bin Adham.Ketika Ibrahim bin Adham, seorang ahli sufi berada di tengah2 pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Ada yang bertanya,
''Mengapa doa kami masih tidak dimakbulkan Allah, sedangkan kami tekun bermohon kepadanya?''
Ibrahim menjawab,''kerana hati mereka buta disebabkan 10 perkara.''
  1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan suruhan-Nya.
  2. Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasulullah, tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.
  3. Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  4. Kamu makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya
  5. Kamu berkata, syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
  6. Kamu berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  7. Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
  8. Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan semua keaiban orang lain, tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
  10. Kamu kebumikan mayat2 sahabatmu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka {sumber}


Marilah kita sama2 memperbaiki segala kekurangan dalam diri...semoga doa2 kita akan terus dimakbulkan oleh Allah hendakNya...amiiin!



Bismillah hir rahman nir rahim

Ya ALLAH  ya Tuhan Kami
Jika ada dikalangan kami orang yang sedang sakit, berikan kesembuhan kepada mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang susah, bantukanlah segala urusan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar bagi permasalahan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang sangat berhajat dengan keperluannya, sampaikanlah hajat dan cukupkanlah keperluannya,
Jika ada dikalangan kami orang yang menderhaka kepadamu Ya ALLAH, isteri yang menderhaka kepada suaminya YA ALLAH, anak2 yang menderhaka kepada  ibu dan ayahnya. ampunkanlah dan pimpinilah mereka
Ya ALLAH ya Tuhan Kami
Susah kami, bantulah Ya ALLAH
Beban Kami, ringankanlah Ya ALLAH
Permasalahan kami, berikanlah jalan keluar Ya ALLAH
Hajat kami, tunaikanlah Ya ALLAH
Ya ALLAH ya Tuhan KamiDosa kami, ampunkanlah Ya ALLAH
Keaiban kami, tutuplah Ya ALLAH
Keras hati kami, lembutkanlah Ya ALLAH
Hidup kami, bimbingkanlah Ya ALLAH
 Ya ALLAH Ya Tuhan Kami
Keluarga kami, bahagiakanlah Ya ALLAH
Suami kami, Solehkanlah Ya ALLAH
Isteri kami, Solehahkanlah Ya ALLAH
Anak2 kami , soleh dan solehahkanlah Ya ALLAH
Jika ada antara kalangan mereka yang keras hatinya, lembutkanlah Ya ALLAH
Jika ada antara kalangan mereka yang belum mendapat kesempurnaan hidayahMu, berikanlah hidayahMu kepada mereka Ya ALLAH

selamat berdoa..ini adalah doa ustaz muhammad bin abdullah...sesuai diamalkan oleh kita semua :-)

0 comments:

Catat Ulasan