Jumaat, 7 November 2014

Mengapa Kita Sering Dipertemukan dengan Orang yang Salah?

Berapa ramaikah antara kita yang hidupnya sering sahaja ceria, bahagia dan sentiasa bebas daripada dugaan, dukacita serta ujian daripada Allah?
 
Saya percaya, setiap orang daripada kita pastinya mempunyai jalan cerita yang tersendiri dan pastinya sebagai manusia kita seringkali diuji dengan pelbagai dugaan daripadaNya... Agak-agak, mengapa ye kita diuji? Mungkin kita rasa ujian yang Dia bagi tu sangat berat dan tidak tertanggung bebanannya..ketahuilah bahawa Allah tak akan uji kita selain dari apa yang kita mampu... Percayalah! Kerana Dialah Allah Yang Maha Penyayang...Dia sangat, sangat, sangat sayangkan hambaNya...jadi, Dia tahu apa yang kita perlukan.
 
Kita diuji supaya kita kembali berpaling kepadanya..merintih dan bersujudlah kerana inilah peluang yang Allah bagi supaya kita semakin dekat kepadanya... Anggaplah ujian yang diterima sebagai bonus kerana ia juga boleh menghapuskan dosa-dosa kita yang telah lalu....
 

 
Ujian boleh datang dalam pelbagai bentuk. Adakalanya dalam bentuk sakit, masalah kewangan, masalah dalam perhubungan, diberi  keluarga yang  berantakan, rakan sekerja yang menguji kesabaran dan sebagainya. Saya tertarik dengan satu kata-kata hikmah yang sungguh memberi kesan kepada saya.
 
''Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik. ''
'' Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar kita hanya makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.''
'' Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang terbaik, khas untuk diri kita.''
'' Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita, dia bukan pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa akan datang.''
'' Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang mengalaminya.''
'' Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.''
'' Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.''
'' Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.''
 
Apa pun ujian yang mendatang, bertabahlah wahai sahabat. Sesungguhnya, dugaan itulah yang akan dijadikan perisai hidup supaya kita lebih kuat menghadapi ujian yang lebih hebat pada masa hadapan. Allah knows that you can do it! So, be strong k!
 
 
 

5 comments:

  1. terima kasih wahai sahabat... terima kasih atas entri yang bermanafaat... ye, ketika ini kita diuji.. alhamdulillah, semoga Allah hapuskan dosa-dosa kita.. Mama Niza

    BalasPadam
  2. ujian Allah dalam pelbagai bentk...

    BalasPadam
  3. ye, setiap ujian yang hadir dalam hidup kita ni yang akan mematangkan kita dan menguatkan diri kita .

    BalasPadam
  4. betul...setiap ujian pasni ada hikmahnye...(^_^)

    BalasPadam
  5. Ujian yang hebat untuk orang yang terpilih,
    moga Allah tabahkan hati kita
    insha Allah

    BalasPadam