Selasa, 28 Oktober 2014

Rezeki Takkan Pernah Habis

 
Jika tiada rezeki anak,
mungkin kita diberikan rezeki mentua yang baik.
Maka kita akan lebih bahagia berbanding mendapat anak yang sukar diajar.
 
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari keriasauan menjaga harta dunia.
 
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin kita diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia daripada membayar kerosakan yang mahal.
 
Jika tiada rezeki berumah besar,
mungkin kita diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
 
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik atau kacak,
mungkin kita diberikan pasangan yang pandai mengambil hati. 
Maka rumahtangga kita akan lebih bahagia berbanding kerisauan akibat cemburukan pasangan kita yang cantik atau kacak.
 
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberi rezeki ibu bapa yang panjang usianya.
 
Maka kita lebih bahagia kerana dapat berbakti lebih lama kepada mereka.
 
Jika tiada rezeki hari ini,
mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Supaya kita lebih menghargai apa yang kita dapat.
 
Apa pun yang terjadi, bersyukurlah sentiasa kerana Allah sentiasa memberikan perkara yang terbaik untuk setiap hamba-hambaNya.
 

0 comments:

Catat Ulasan