Selasa, 13 Mei 2014

Punca Tonsil Menyerang dan Suplemen Shaklee Untuknya


Mempunyai seorang teman yang ada penyakit tonsil menyebabkan saya berminat untuk tahu apa itu tonsil. Kasihan saya melihatnya. Sering sahaja terkena demam dan sakit tekak. Apabila tonsil menyerang, mulalah tak sedap badan dan kesakitan tonsil pula boleh membawa ke seluruh tubuh. Seksa betul dibuatnya. Sebelum ini, saya tidak begitu kisah tentang tonsil. Setakat pernah dengar perkataan tonsil sahajalah. Jadi, untuk perkongsian kali ini saya ingin bercerita tentang tonsil supaya lebih ramai yang ada kesedaran tentang masalah tonsil ini. Termasuk sayalah tu...

Apa itu tonsil ?

Tonsil adalah kelenjar yang bekerja seperti askar untuk memerangi sebarang jangkitan di tubuh. Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak.






Apa itu radangan tonsil @ Tonsilitis? 
Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria.

Simptom-simptom penyakit :
Demam 

  • Susah untuk menelan kerana sakit tekak
  • Nafas berbau busuk.
  • Bunyi suara yang ganjil
  • Kebengkakan pada kelenjar tekak Kelenjar tekak akan kelihatan Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok – tompok putih di atasnya.
Rawatan 
  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
  • Banyakkan minum
  • Elakkan makanan yang keras, rangup, berempah dan panas
  • Banyakkan berehat
  • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria

Bila kelenjar tonsil patut dibuang ?

Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):

Apabila jangkitan berulang – ulang. Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda. Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.

Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan? 
Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi. Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.
Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk.
Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ?
Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:

  • Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
  • Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
  • Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
  • Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.


Kementerian Kesihatan Malaysia.



********************************************************************************************************

TONSIL
Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.
Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.

Bagi orang dewasa, radang tonsil bukan saja membabitkan tisu tonsil, tetapi juga bahagian rongga mulut atau orofarinks.Jika dibuat pembedahan pada kanak-kanak, masalah sakit tekak atau demam akibat penyakit berkenaan dapat dikurangkan, malah boleh sembuh sepenuhnya. Bagaimanapun, bagi orang dewasa, tiada jaminan untuk sembuh sepenuhnya. Untuk kes tonsil yang teruk, tonsil membengkak dengan saiz besar sehingga pesakit sukar bernafas. Jika berdepan situasi sebegini, pembedahan dilakukan menggunakan kaedah ‘hot tonsilektomi'.

Bagi mengelakkan risiko berlakunya radang tonsil, anda dinasihatkan menjaga kebersihan, terutama tangan. Pastikan tangan benar-benar bersih sebelum memasukkan makanan ke dalam mulut.

***********************************
APAKAH ITU TONSIL?
Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil

1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

Cara atasi tonsil dengan SHAKLEE :


Tonsilitis adalah disebabkan jangkitan kuman. Jika anda ke klinik kerana demam atau sakit tekak, doktor akan melihat ke dalam mulut untuk melihat samada tonsil membengkak. Doktor akan memberikan antibiotik kepada anda untuk masalah ini.

Ya, antibiotik adalah sesuatu yang akan diberikan doktor. Ia bertindak memusnahkan kesemua virus di dalam tubuh termasuk juga kuman yang baik. Jika diamalkan, lama kelamaan kuman jahat di dalam tubuh akan menjadi imun dengan antibiotik biasa maka anda memerlukan antibiotik yang lebih kuat apabila dijangkiti lagi kelak.

Biasa dengan kan? Mencegah, lebih baik dari mengubati. Jika anda inginkan sesuatu yang bersifat semulajadi,

selamat dan tiada kesan sampingan, Nutriferon adalah jawapannya. Nutriferon merupakan hasil kajian immunilogist jepun, Dr. Yasuhiko Kojima. selama 40 tahun penyelidikan ke atas lebih 200 herba yang membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Ianya menggunakan herba semulajadi maka selamat dan tidak mengundang bahaya atau risiko.

Memandangkan tonsilitis disebabkan jangkitan kuman, maka nutriferon adalah pilihan terbaik untuk sistem pertahanan badan / imunisasi.


Selain itu saya sadangkan Garlic produk dari bahan alami ini. Garlic Shaklee yang unik mengekalkan komponen semulajadi bawang putih segar termasuk pembentukan alisin dengan mengabungkn bawang putih, spearmint dan rosemary. Memandangkan begitu banyak khasiat bawang putih ini adalah di cadangkan mengambil Garlic Shaklee


anya dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California,USA sewaktu musim panas. Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary and Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.


Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia
  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma

Kepentingan Garlic SHAKLEE kepada Kesihatan Tubuh

1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.

2. Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida

3. Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

4. Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.

7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki

10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah

12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
~ Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
~ Perut memulas (stomach upset)
~ Cirit-birit (Diarrhea)
~ Bronkitis
~ Luka-luka (infected wounds)
~ Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada & sistem air
kencing 


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set immune booster ini, klik ORDER di sini. Dan jika anda berhasrat untuk dapatkan vitamin Shaklee yang lain atau menjadi ahli, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah, dengan menjadi ahli anda mampu jimat sehingga 15-25%! 

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221



0 comments:

Catat Ulasan