Sedikit perkongsian daripada saya untuk pembaca semua...tips ini
sangat bererti kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang agak
nakal dan sukar mendengar cakap. Ini menyebabkan ibu bapa
mudah marah kepada anak-anak.
Masalah ibu yang cepat naik angin dan sering marahkan anak-anak :
Puan mudah saja, saya pun mengalami perkara yang sama. Saya ada
4 orang anak dan semua semuanya berlainan perangai. Setelah saya
banyakkan membaca cara-cara mendidik anak serta pergi ke bengkel
kursus alhamdulillah.
1) Baju kotor dan rumah bersepah - Puan
biarkan anak habiskan main dan bila anak-anak melihat muka Puan
, jangan ada mimik marah, jeling atau masam cuba senyum (dengan
semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik
subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yang
cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat dan aktif). Pandanglah anak-anak
puan seperti kain putih masih suci tiada dosa.
2) Memanjat, menjerit dan tak dengar kata - saya praktikkan
pergi pada anak peluk berkata dengan perkataan lembut sangat-sangat
dengan penuh kasih sayang beserta gosoklah dadanya dan explain pada
anak apa yg kita nak anak buat.
3) Bagi ibu yang tidak bekerja : Puan sungguh bertuah apabila tidak
bekerja kerana dapat mendidik anak ke jalan Allah swt. Cuba puan
lebihkan anak-anak semasa mereka sedang bermain. Sertai anak-
anak dan bergurau insya Allah apabila anak-anak melihat
ibunya pun bermain selalu maka tengoklah perubahan yang akan
berlaku pada anak-anak. Terus terang puan, saya sampai anak2 ajak
main hujan dengan air banjir saya join dengan bermain bersama-
sama mereka. Dengan ini,mereka akan lebih menyayangi, memahami
dan mendengar kata.Last sekali sekiranya puan
betul-betul tak dapat control puan lihatlah anak-anak seperti esok
kita dah tak jumpa anak-anak kita lagi. Ingatlah bahawa anak-anak
bukanlah hak kita tapi mereka adalah amanah daripada Allah.
s.w.t jgn sekali-kali ingat bahawa ia adalah hak kita! Berilah didikan
dan kasih sayang dengan seikhlasnya.
4) Setiap malam amalkan membaca selawat 3x, 3 Qul, ayat kursi dan
tiup ke ubun-ubun anak dan gosok seluruh badannya kemudian wajib
bercakap ke telinganya dengan menyebut namanya dan cakaplah apa
yang puan impikan pada anak. Amalan ini saya buat hanya 3x sahaja
dah nampak perubahan pada anak2. Subhanallah doa dan bisikan
seorang ibu yang penuh kasih sayang
dan ciuman betul-betul dapat mengbah tingkah laku anak tak kira
umur sekiranya ibu benar-benar istiqomah. Sekarang ni cuba puan
amalkan bila nak marah je istighfar dan senyum pada anak automatik
dengan segera berubah mood kita
puan. Anak memang itu fitrahnya 'nakal'.. apabila kita pukul atau
marah anak2 tu tiada guna kerana otaknya belum lagi boleh berfikir
seperti kita. Saya doakan puan akan berjaya mendidik anak2 puan
dengan kasih sayang serta didikan agama. Ingatlah Allah swt MAHA
Pengasih dan Allah s.w.t amat bencikan kemarahan atau kekasaran.
Terima kasih puan Sharifah Shuwaidah dari Ibubapa Cemerlang.
0 comments:
Catat Ulasan