Selasa, 2 Julai 2013

Amalan untuk Mendapat Zuriat


Masih ramai pasangan di Malaysia yang sudah bertahun-tahun kahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Yang lebih memberi tekanan apabila ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan taulan asyik bertanya...malah, ada pula yang menuduh bahawa si isteri mandul ( dalam kes ini lelaki jarang dipersalahkan ) sehingga boleh mengakibatkan tekanan perasaan bagi pihak isteri...masyarakat perlu faham bahawa ujian untuk setiap daripada kita adalah berbeza. Jadi, jika ada pasangan yang sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata, sama-samalah kita memberi sokongan dan membantu mana yang patut not just by simply asking ''bila la korang nak dapat anak??'' 

Di sini saya ingin kongsikan amalan yang  boleh dilakukan bagi pasangan yang sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat.


Amalan pertama

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
• Baca Bismillah 1 kali
• Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
• Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
• Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
• Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa

Amalan kedua


• Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
• Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
• Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
• Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya. (sumber )


Semoga maklumat di atas dapat membantu pasangan yang memerlukan. Selamat mencuba dan jangan berhenti berusaha untuk mendapatkan cahaya mata idaman anda. Insya Allah.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | whatsapp 017-9438392

0 comments:

Catat Ulasan