Khamis, 4 April 2013

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER


Kata orang, doa adalah senjata orang- orang mukmin...saya sangat bersetuju dengan pendapat itu..keajaiban berdoa hanya dapat dirasai oleh mereka yang benar- benar yakin berdoa dengan Allah. Perkongsian kali ini adalah tentang doa untuk merawat penyakit kanser...ramai yang beranggapan, kanser hanya boleh disembuhkan hanya dengan melakukan rawatan kemoterapi. Namun, adalah tidak salah jika kita mencuba kaedah ini untuk merawat kanser. Sebelum itu, mari kita lihat syarat doa mudah untuk dimakbulkan :





1. Yakin bahawa Allah SWT akan mengabulkannya
Sabda Nabi SAW,”Berdoalah kalian kepada Allah SWT dan kalian harus yakin akan dikabulkannya.”(HR Tirmidzi)
Nabi juga bersabda,”Jika salah sorang dari kalian berdoa, maka janganlah ia mengatakan,”Ya Allah,berilah ampunan kepadaku jika Engkau menghendakinya.” Tapi hendaknya ia bersungguh-sngguh dengan permintaannya itu.”(HR Bukhari dan Muslim)
2. Khusyuk ketika menghadap Allah SWT
Sabda Rasulullah SAW,”Ketahuiah bahawa Allah tidak akan mengabulkan doa dari hati-hati yang lalai dan bermain-main.” (HR Tirmidzi)
3. Tidak terburu-buru
Rasulullah SAW bersabda,”Akan dikabulkan doa salah seorang di antara kalian selama ia tidak terburu-buru.”
Terburu-buru di sini bermaksud ketidaksabaran dalam menanti doa dimakbulkan hingga akhirnya membawa kepada putus asa dalam berdoa(memberhentikan doa).
4. Memakan makanan yang halal
Rasulullah SAW pernah menyebut,”Orang lelaki itu kelihatan kotor dan berdebu kerana perjalanan yang panjang. Kemudian dia mengangkat kedua tangannya ke langit dan berkata,”Wahai Tuhanku, Wahai Tuhanku″, tetapi makanannya adalah haram, minumannya adalah haram, pakaiannya adalah haram, dan dia telah memakan yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya akan dimakbulkan?”(HR Abu Daud, an-Nasa’i, Imam Ahmad)
Maka, sebelum kita mengeluh dan terus mengeluh dengan doa-doa kita, jom sama-sama betulkan diri dan berdoa dengan lebih baik lagi. Semoga sama-sama beroleh keredhaanNya dan segala yang dihajati.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.


Selamat mencuba. Jangan putus asa jika doa anda lambat dimakbulkan...pasti ada hikmahnya..insya Allah.

2 comments: