Semalam kat makmal sains sekolah aku sempat menimbang berat badan. Budak2 tengah jawab ujian, cikgu mereka sempat lagi nyorok2 ke bilik Persediaan kat sebelah...macam-macam gelagat la cikgu sorang nih..hahahaa...tapi macam tak caya jer dengan angka yang penimbang kuno itu tunjukkan...ish, betul ke angka yang aku nampak?? hah! Beratku dah lebih 2 kg daripada berat biasa...patutlah badan rasa can berat jer dalam seminggu ni..heheheee...naseb baik cepat perasan...baik aku sedar diri cepat2 sebelum kena tegur dengan cik abang..hahahaaa.Aku harus berbuat sesuatu sebelum terlambat...So, misi ku hari ini adalah untuk berdiet...ye lah tue...So apa yang paling mudah untuk dilaksanakan adalah diet air kosong... Jom teman-teman, jaga berat badan jangan sampai berlebihan pulak ye...macam saya ni..
Diet air kosong
Bagi anda(saya) yang sedang berdiet, meminum air kosong adalah lebih baik berbanding pengambilan minuman untuk menguruskan badan atau minuman rendah kalori yang terdapat di pasaran...so, banyak2la minum air kosong ye...25kg berat badan = 1liter air.
Minumlah dua atau tiga gelas air hangat sebelum makan kerana ia akan mengenyangkan perut, sekaligus membantu anda mengurangkan pengambilan makanan. Biasanya, jika ada pape jamuan kat sekolah ke apa...teman2 sering mengamalkan petua mengosongkan perut..baru leh makan banyak2.eh, macam tu pun ada....hahahaa...macam2lah diorang nih ;-)
Minumlah lapan gelas air kosong dalam sehari bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga.
Air kosong yang paling baik adalah air yang tidak terlalu panas atau tidak terlalu sejuk...so, lepas ni jangan dok tibai air dari peti sejuk aje yer...jom ubah habit kita ke arah hidup yang lebih sihat...
Menurut kajian yang dijalankan,ramai orang yang mahu sihat tetapi TIDAK mengamalkan meminum air kosong malah lebih rajin mengambil minuman seperti kopi,teh dan minuman berkarbonat.
Tahukah anda,minuman ringan atau bergula tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat didalam air kosong?
Anda semua sudah sedia cerdik, jadinya lepas ni kita akan berdiet dengan air kosong lah ye...lagi pun, 70% daripada kandungan badan kita adalah cecair...so, air yang cukup membantu organ dalam tubuh untuk menjalankan fungsi dengan baik...
Sari buah-buahan dan jus segar juga tidak mampu membersihkan kotoran dalam badan kita sehebat air kosong....Jom hidup lebih sihat hari ini juga ;-)
Sumber : Majalah info sihat

0 comments:
Catat Ulasan