Entry hari ini sekadar untuk berkongsi tentang kepentingan kita mengamalkan gaya pemakanan yang sihat & betul berpandukan sunnah Rasulullah s.a.w..Jom baca...semoga ianya bermanfaat untuk kita semua ;-) Artikel ini di'post' oleh seorang teman di muka buku...
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa
hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan
tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.
Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan
berbangsa Yahudi dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang
paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir
70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian,
pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.Ketika
tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk
pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?
Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka?
Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh
dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk
Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara
harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa
hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat
mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah
pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan
sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum
lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.
Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang
mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi
dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan
menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman
saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya
beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang
minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya
bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?
Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang
masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi
genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut
perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu
beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi
yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar
sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari
makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul
dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh
baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik
yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.
Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi
ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang
mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam
bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu
mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan
ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja
jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan
bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan bua-
buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda
diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut
mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian
buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk
memahami pelajaran di sekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda
diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu
mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah
mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin
dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini
bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau
lembab).
Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg
mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya,
pemilik pengeluar rokok terbesar adalah…… tekalah sendiri..!)Perhatian saya
selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup
dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan
menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi
sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan
Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin,
ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami
nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal
menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat
stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius
musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak
Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains
amatlah diberi keutamaan. Melalui perhatian peribadi saya, perbandingan dengan
anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6
tahun kebelakang!!!.
Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh
anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi
mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari,
menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus
sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan
negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini
murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta
produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan
mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata,
perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di
Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti
perniagaan.
Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu
agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti,
para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya
dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat
keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan
rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka
tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg
mencipta design Levis yg terkini?
Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti
bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah
mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut
mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala,
banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya
menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita
supaya bertambah aktif.
Lihat orang orang Jepun, mereka sering
menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg
pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan
mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan
perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes
(sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa
akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan
bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan
yg betul.
Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer,
Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada
beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.
Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar
di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan
wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan
California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan
keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya
memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang
ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi
konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan,
makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik
sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan
bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak
mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah,
bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan
sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke
Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti
dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga
sekotak rokok? US$7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!!
Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! Dan
seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran
mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi
pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah
sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat
melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori
ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari
restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau
asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70 !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya
berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil
apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat
berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali
menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan
matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal
ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman
Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya
ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti
Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan
perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya
memerlukan 3 generasi sahaja.
Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini
setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas
tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5
mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan
tomato!'Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak
dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan
bangsa.
by: Dr stephen Carr leon
0 comments:
Catat Ulasan