Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

Khamis, 13 November 2014

Bahana Nafsu Amarah...

Assalamualaikum...
 
Apa khabar semua hari ni ya? Ada yang sedang stress ke...rasa macam nak marah jer pada orang kat sebelah tu? Sabar dulu ye dek non...kalau rasa tak tahan sangat rasa marah tu, cuba beralih tempat. Kalau sedang berdiri, eloklah duduk. Kalau dah duduk, eloklah berdiri dan segera berwudhuk... Mudah-mudahan sejuk sikit hati tu kan.. lagi satu, cuba amalkan senyum sentiasa. Bila kita amalkan tabiat mudah tersenyum ni, jadi macam payah nak marah pun ye.. kalau tak percaya, cubalah nanti ye...
 
Kemarahan tidak membawa keuntungan
Bahkan ia membawa kepadaa kerugian
Ketika kita sedang marah,
kita kehilangan kawalan diri.
Di saat itulah Syaitan memasuki ruang kebencian,
ia menambahkan lagi penyakit dalaman,
ia membarah menjadi dendam dan pengkhianatan.
Datangnya Islam,
Mengajar agar mengawal kemarahan,
Marahlah di atas landasan agama,
Marahlah di atas kebencian oleh Allah daripada melakukannya
Dan....
Marahlah kepada diri sendiri yang seringkali gagal untuk mengawal kemarahan
 
P/S : Semoga kita bakal menjadi seorang Muslim yang bijak menggunakan akal fikiran. Marahlah apabila perlu dan usahlah bertindak melulu dalam menjatuhkan hukuman.
 
 
 
 

Ahad, 9 November 2014

Buat Diriku yang Mudah Lupa

🍀 KAMI TAHU TETAPI KAMI TAK BUAT 🍀
 
Reminder to my own self.
 
Berkata Imam Ibnul Qayyim rhm, "Seorang remaja perempuan telah meninggal dunia disebabkan taun. Maka pada suatu hari bapanya telah bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya bertanya, wahai anakku, khabarkanlah kepadaku keadaan hari akhirat.
 
Aku telah pergi ke satu dunia, hal yg berlaku di dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya. Sesungguhnya kita semua tahu akan tetapi kita mahu lakukan. Demi Allah ! Sesungguhnya pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat, jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku, lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya."
 
🌼 Sesungguhnya remaja perempuan itu telah berkata mengenai satu perkara yg sangat berat untuk dihadapi (kita semua pasti akan menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK BUAT. Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya)
 
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan "subhanallahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali, dosa kita akan diampun oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapnya.
 
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yg diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak melakukannya
 
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan Allah SWT menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif
 
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh 70,000 malaikat yg akan memohon ampun kpd Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit
 
🌼 Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa yg menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur, menunggunya hingga jenazah selesai ditanam akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yg kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud)
 
🌼 Sesungguhnya kita tahu
bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah SWT
membinakan untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid
 
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah atau seperti puasa yg tidak berbuka atau seperti yg berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yg menjadi tanggungan bulanan kita.
 
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca Al-Quran itu, satu huruf akan diganjari 10 kebaikan, kita tidak juga membaca alquran.
 
🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan tuhannya dlm keadaan manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para sahabat RA tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullaill.
 
🌼 Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila bila masa akan tetapi kita sering menangguhkan taubat dan bersungguh membuat pahala
 
🌼 Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, setiap nafas yang kita hembuskan, semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah SWT.
 
🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita?
 
🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk menghadapi hisab yang boleh memufliskan?
 
🍁 Berbahagialah kepada yg membacanya, faham akannya dan bersegera mengamalkannya. Semoga Allah SWT membalas dgn sebaik balasan kepada yang menyebarkannya.

Jumaat, 7 November 2014

Mengapa Kita Sering Dipertemukan dengan Orang yang Salah?

Berapa ramaikah antara kita yang hidupnya sering sahaja ceria, bahagia dan sentiasa bebas daripada dugaan, dukacita serta ujian daripada Allah?
 
Saya percaya, setiap orang daripada kita pastinya mempunyai jalan cerita yang tersendiri dan pastinya sebagai manusia kita seringkali diuji dengan pelbagai dugaan daripadaNya... Agak-agak, mengapa ye kita diuji? Mungkin kita rasa ujian yang Dia bagi tu sangat berat dan tidak tertanggung bebanannya..ketahuilah bahawa Allah tak akan uji kita selain dari apa yang kita mampu... Percayalah! Kerana Dialah Allah Yang Maha Penyayang...Dia sangat, sangat, sangat sayangkan hambaNya...jadi, Dia tahu apa yang kita perlukan.
 
Kita diuji supaya kita kembali berpaling kepadanya..merintih dan bersujudlah kerana inilah peluang yang Allah bagi supaya kita semakin dekat kepadanya... Anggaplah ujian yang diterima sebagai bonus kerana ia juga boleh menghapuskan dosa-dosa kita yang telah lalu....
 

 
Ujian boleh datang dalam pelbagai bentuk. Adakalanya dalam bentuk sakit, masalah kewangan, masalah dalam perhubungan, diberi  keluarga yang  berantakan, rakan sekerja yang menguji kesabaran dan sebagainya. Saya tertarik dengan satu kata-kata hikmah yang sungguh memberi kesan kepada saya.
 
''Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik. ''
'' Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar kita hanya makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.''
'' Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang terbaik, khas untuk diri kita.''
'' Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita, dia bukan pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa akan datang.''
'' Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang mengalaminya.''
'' Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.''
'' Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.''
'' Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.''
 
Apa pun ujian yang mendatang, bertabahlah wahai sahabat. Sesungguhnya, dugaan itulah yang akan dijadikan perisai hidup supaya kita lebih kuat menghadapi ujian yang lebih hebat pada masa hadapan. Allah knows that you can do it! So, be strong k!
 
 
 

Sabtu, 1 November 2014

Doa Pembuka Apa yang Tertutup

Rabu, 29 Oktober 2014

40 Pelajaran daripada Nabi Muhammad s.a.w

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Di sini saya ingin kongsikan 40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW. Jika diamalkan, banyak manfaat dari segi kesihatan yang bakal kita perolehi. Semoga bermanfaat untuk semua.

---------------------------
01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda.
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain.
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya
.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap di dalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng (palsu) tentang rakan anda.

---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga (riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.

---------------------------
29. Jangan bermegah (sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------

38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.

---------------------------

Sabtu, 25 Oktober 2014

Rahsia dan Kelebihan Tujuh Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari.
 
Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
 
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
 
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
 

 
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
 
Keempat: Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
 
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
 
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
 
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
 
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
 
Semoga bermanfaat

Khamis, 23 Oktober 2014

Kesan Hasad Dengki yang Mungkin Kita Tak Tahu

Assalamualaikum...
 
Pernah tak suatu ketika kita berasa tidak puas hati atau cemburu dengan nikmat yang diperoleh oleh orang-orang di sekeliling kita? Jika pernah, mungkin ianya berpunca dari perasaan hasad dengki. Mungkin kita tidak perasan keburukan mempunyai perasaan hasad dengki ni kan...sebenarnya hasad dengki inilah yang menjadi racun perosak dalam masyarakat.

 
Adakalanya, hanya kerana cemburu dengan kelebihan orang lain, ada yang sanggup mengambil jalan mudah dengan mengenakan ilmu tuju-tuju kepada si penerima nikmat yang mungkin lebih sedikit berbanding dirinya. Ya Allah, takutnya...saya harap kita semua dijauhkan daripada perasaan hasad dengki dan juga dijauhkan daripada orang-orang sebegini.
 
Orang yang berhasad dengki hakikatnya melawan takdir dan keputusan Allah SWT. Dia secara tidak langsung telah mempertingkaikan kebijaksanaan, keadilan dan kasih sayang Allah dalam menitipkan nikmat kepada hambaNYA.
 
Seolah-olah dia merasakan lebih bijak dan lebih adil dalam memberi serta menentukan nikmat kepada manusia. Sikap ini sangat dimurkai Allah dan berdosa kerana membenci takdir Allah samalah seperti membenciNYA. Nauzubillah.
 
Dalam hadis qudsi, Allah berfirman yg bermaksud :

" Sesiapa yg tidak redha terhadap takdir yang telah berlaku dan tidak sabar terhadap cubaan daripada KU, maka carilah Tuhan selain AKU." ( Hadis riwayat at-Thabarani ).

Tegasnya, hasad akan merosakkan akidah seseorang. Ini sangat merbahaya ..
 
... Waallahualam ..
Sumber : whatsapp
 
Salam ukhuwah,
June Mohd.

Selasa, 21 Oktober 2014

Penawar Terbaik kepada Kesibukan Kita

Ada seorang ulama, berguru kepada seorang ulama.

Selang beberapa lama, saat dia ingin melanjutkan belajar ke guru lain, gurunya
berpesan :

"jangan tinggalkan membaca Al Qur’an, semakin banyak baca Al Qur’an, urusanmu semakin mudah"

Dan muridnya pun melakukan. Dia
membaca Al Qur’an 3 juz per hari.

Kemudian dia menambah lagi hingga 10 juz per hari.

Dan urusannya semakin mudah.

Allah yang mengurus semua urusannya.

Waktu ⌚ pun semakin berkah.

Apa yang dimaksud dengan berkahnya waktu?Bila kita dapat melakukan banyak hal dalam waktu yang sedikit.

Itulah berkah Al Qur’an .





****************************
Sahabat,
Banyakkanlah membaca Al Quran. Jangan terlalu memikirkan waktu kita yang sibuk...sesungguhnya, bukan kita yang atur waktu⌚ kita, tapi Allah.

Secara teorinya, kita rasa bila kita banyak menghabiskan waktu membaca al Quran, bermakna kita terpaksa mengurangi kegiatan2 kita yang lain. Hakikatnya, ia bukan seperti yang kita fikirkan. Sebenarnya, lagi banyak kita baca al Quran, Allah akan membuatkan waktu kita menjadi berkah. 24jam yang kita miliki seolah-oleh terasa panjang. Paling utama, berkat al Quran yang kita baca ini....pintu2 kebaikan akan dibuka...memberikan kita kesempatan untuk beramal soleh yang berikutnya...tanpa menggangu kegiatan harian kita yang lain.

Sahabat,
Jagalah hak Allah maka Allah akan menjaga hak2mu.

Barangsiapa yg bangun di pagi hari dan hanya dunia yg difikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat HAK ALLAH dalam dirinya, maka ALLAH akan menanamkan 4 macam penyakit padanya :
1. Kebingungan yang tiada putus-putusnya.
2. Kesibukan yang tidak pernah ada penghujung.
3. Keperluan yang tidak pernah puas.
4. Khayalan yang tidak ada akhirnya.
[Hadits Riwayat Muslim]

~Hiduplah di dunia ini hanya dengan kenikmatan mencari redha Allah~

Sumber : Whatsapp

Isnin, 20 Oktober 2014

Rancangan Da'i Pendakwah Milenia Memang Best!

Emak saya merupakan peminat setia Rancangan Da'i Pendakwah Milenia yang diterbitkan oleh TV3. Setiap malam Jumaat, Emak pasti memendekkan wirid selepas solat Isyak kerana ingin menonton rancangan ini. Mula-mula tu hairanlah jugak...kenapa ya? Sekali bila dah menonton rancangan ni, saya pun ikut melekat! Hihih... Untung juga kat rumah Emak tiada Astro, kalau tidak, habis lah 24 jam Faris nak tengok Astro Ceria aje..

Alhamdulillah, Jumaat lepas kami berpeluang menonton episod akhir program Da’i musim kedua. Rancangan penentuan ini sungguh sengit dan mendebarkan. Dan akhirnya, pelajar daripada Universiti Malaya, Nik Ahmad Farhan Nik Muhammad telah dinobatkan sebagai juara dan bertuah membawa pulang hadiah bernilai RM100,000. Hadiah berbentuk wang tunai RM50,000 berserta pakej umrah dan penginapan serta pelbagai hadiah sampingan yang lain.

Tahniah Da'i Farhan

Da'i Farhan merupakan pelajar jurusan Pendidikan Islam dan Pengajian al-Quran berusia 24 tahun ini telah menewaskan 2 lagi finalis lain iaitu penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ahmad Izzhar Ahmad Nazri, 22 dan pelajar Usuluddin, Universiti Yarmouk , Jordan, Ammar Ismail, 25. 


Farhan sebelum ini telah dimasukkan ke hospital ketika program Da’i berlangsung akibat penyakit pneumothorax (keruntuhan paru-paru) pada minggu kelima.. Namun kalau sudah tertulis rezeki untuknya, Farhan bukan sahaja kembali sihat malah kini bergelar juara program Da’i Pendakwah Millenia ini. Saya amat tertarik dengan kata-kata Farhan sempena kemenangannya:-

Saya menangis kerana teringatkan Rasulullah SAW pernah dibaling batu sehingga luka dan berdarah ketika berjuang menegakkan syiar agama Islam. Namun dalam keadaan saya sekarang kerana dakwah agama itu berjaya membawa saya sehingga bergelar juara dan memenangi hadiah wang tunai lumayan.

Semoga dengan kemenangan ini akan menguatkan lagi semangat Da'i Farhan  serta rakan-rakannya yang lain untuk terus berdakwah. Tahniah diucapkan kepada kesemua peserta. Semoga dapat menjadi pendakwah yang disegani dan berjaya di dunia dan akhirat.


Salam ukhuwah,
June Mohd.
SID 891221

Rabu, 15 Oktober 2014

Tips untuk Mereka yang Sentiasa Tak Cukup Masa

Assalamualaikum :)

Macam mana hari ni? Ada rasa terkejar-kejar dan tak cukup masa tak?

Kalau sering terjadi macam tu, apa kata cuba tips ni.. yang saya dapat daripada seorang sahabat..

Dan bila betul-betul diamalkan, masa dirasakan berlalu dengan begitu perlahan sekali. 

Dapatlah saya selesaikan tugasan yang perlu dibuat. Tidaklah terbengkalai jadinya :)

Apa agaknya tips tersebut? Kalau ikutkan sapela yang ada jual masa, masa sendiri pun tak 

berapa nak cukup...betul tak hihihh.

Caranya mudah sahaja. Lagi kita terasa tak cukup masa, cubalah amalkan membaca al-Quran banyak-banyak. Lagi banyak kita amalkan, lagi banyak masa yang dapat kita 'beli'. Seelok-eloknya, bangun awal pagi dan amalkanlah membaca sekurang-kurangnya 100 ayat Al-Quran. Jadikan amalan dan istiqamah dalam melakukannya. Pesan sahabat saya lagi, Allah mahu berlama-lamaan dengan kita sebab tu masa dirasakan lambat berjalan ketika kita membaca Al-Quran atau melakukan perkara kebaikan yang lain. 


Cuba pula kita scroll Facebook, menonton cerita Korea, membaca novel-novel cinta, bergossip pasal artis atau membuat perkara lagha yang lain, masa berjalan begitu pantas sekali. Dua tiga jam pun dirasakan sekejap sangat.

Jadi, lepas ni buatlah perkara yang Allah suka dan tinggalkan perkara-perkara yang melalaikan supaya kita dapat 'beli' masa dengan lebih banyak. Insya Allah :)

Sekadar perkongsian untuk para sahabat dan peringatan untuk diri saya sendiri. Semoga bermanfaat :)

P/S : Saya pernah test kepada diri-sendiri. Pagi-pagi kononnya nak cepat, so saya skip membaca Al-Quran, and the results saya rasa terkejar-kejar dalam melaksanakan urusan harian saya. So, lepas ni dah serik kot nak skip-skip mengaji...huhuhhh!  

Salam ukhuwah, 
June Mohd.

Sabtu, 11 Oktober 2014

8 Keajaiban Solat Tahajud Yang Ramai Tak Tahu

Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’). Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam.
Pesanan Dari Imam Nawawi: 

“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu BERPUASA di siang hari, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”


Keajaiban Solat Tahajud

Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut. Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut : 

1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).

2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, danmenghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)

3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)

4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-lakiyang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)

5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda :

“Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)

6. Penghapus dosa
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)

7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”

8. Menjaga kesihatan rohani
Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya. Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)

Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita di dunia dan di akhirat. Insya Allah :)

Salam ukhuwah, 
June Mohd.

Khamis, 9 Oktober 2014

La Tahzan...

Perkongsian ini saya dapat daripada group wassap Family...banyak manfaat yang saya peroleh, jadi saya nak korang pun sama-sama mendapat manfaatnya. Sangat berguna untuk dijadikan motivasi di saat kita terasa sedih, kecewa atau ketika berduka akibat dikhianati, hajat tak kesampaian dan sebagainya... Jemput baca :)




1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yang mempunyai talian kekeluargaan dengan kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yang dikhianati oleh saudara-saudaranya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yang kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim a.s, yang dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus a.s, yang terperangkap di dalam perut ikan. 

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu dilanda kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub a.s, yang ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, di samping kehilangan ahli keluarganya. 

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa a.s, yang tidak dapat bertutur dengan sempurna. 

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah r.a, yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yang diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa. 

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh a.s, yang tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yang besar tanpa soal...

Mungkinkah ini bahtera peninggalan Nabi Nuh a.s?

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad s.a.w, yang dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yang terdekat...

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah swt mewujudkan personaliti yang hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dengan tujuan agar satu hari nanti, manusia seperti saya dan kamu, apabila berhadapan dengan sebarang musibah, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...

ALHAMDULILLAH UNTUK SEGALA-GALANYA YA RAHMAN.

P/S : Berkaca-kaca mataku di saat entry ini ditaip. Sesungguhnya, ujian yang Allah berikan kepada kita tidaklah sebesar dugaan para Rasul dan nabi-nabi Allah. Semoga bertabahlah diri andai ujian datang kepadamu. Insya Allah!

Rabu, 8 Oktober 2014

Keajaiban Bersedekah Rezeki Datang dari Arah yang Tak Disangka-sangka

Assalamualaikum w.b.t...

Ajaibnya bersedekah.. biar sedikit namun istiqamah. Jangan banyak sedekahnya namun hanya dilakukan setahun sekali cuma. Kadangkala mungkin kita tak perasan bahawa sedekah tu memberikan kebaikan kepada kita. Mungkin ianya tidak dibalas dengan kekayaan harta benda, namun badan yang sihat juga merupakan rezeki yang Allah berikan kepada kita.


Manfaat bersedekah

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : 
''Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti api memadamkan air.''
Hadis Riwayat At-Tarmizi



Sedekah adalah tindakan berpahala. Ia benar-benar dibalas Tuhan walaupun kita tidak menyedarinya.
Salah satu sumber tenaga/ energi yang tiada habisnya adalah sedekah,
Dan ia merupakan energi terhebat yang mampu membuat putaran roda nasib kita berputar dengan kecepatan yang tidak terjangka oleh alat pengukur manapun.
Kerana apa?
Kerana yang bekerja dalam perputaran roda itu adalah 'sentuhan' terus dari Tuhan.

===========================================

Tenang
Tenang adalah kesan nyata kedua setelah rasa bahagia yang kita dapat dari amalan bersedekah.
Kerana sedekah juga merupakan alat pembersih harta terbaik dari kotoran-kotoran dosa.
Tentu lah untuk orang yang beriman itu, hatinya tidak tenang selagi hartanya tidak dibersihkan dari dosa dengan amalan sedekah.

Oleh itu, kita janganlah culas untuk bersedekah setiap hari kerana kita tak akan tahu kebaikan yang manakah yang Allah akan berikan sebagai balasan daripada sedekah yang ikhlas yang kita lakukan...



Senyum adalah sedekah yang percuma...jangan lupa tersenyum ya!

Selasa, 7 Oktober 2014

Pengajaran daripada Surah al-Kahfi


Surah al-Kahfi

Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”. Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut. Rujukan : DI SINI



Semoga bermanfaat. Lepas ni bolehlah kita amalkan surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat. Banyak fadilatnya tau :)

Khamis, 28 Ogos 2014

Sesungguhnya saya tertarik dengan nasihat yang dikongsikan oleh teman muka buku ini. Jadi, saya ingin berkongsi dengan semua pembaca supaya kita sama-sama mendapat manfaatnya :-)

Assalaamualaikumwarahmatullaahiwabarkaaatuhu.

Sahabat sholehku, kita tidak akan pernah bahagia selama kita masih berdusta, suka gosip, buruk sangka, marah, dendam, dengki, riya, bangga diri, menipu, makan yg haram, malas ibadah apalagi hidup dalam ma'siyat. Karena KEBAHAGIAAN itu hanya pada KESUNGGUHAN TAAT. Baca dg iman Kalam Allah ini, "Ketahuilah sesungguhnya kekasih kekasih ALLAH itu, tidak akan takut apa yg akan terjadi dan tidak bersedih apa yg sudah terjadi, karena KESUNGGUHAN IMAN dan KESUNGGUHAN TAAT mereka kepada ALLAH, untuk mereka kebahagiaan dunia dan kebahagiaan akhirat, itu pasti untuk mereka, itulah KEMENANGAN BESAR (QS Yunus 62 - 64). Sahabatku yg ingin bahagia, segeralah bertaubat dan taat sungguh sungguh. "Allahumma ya Allah ampunilah semua dosa dosa kami, bahagikanlah kami dalam kesenangan ibadah dan taat di JalanMu...aamiin". Jangan lupa sholat dhuha, tetap selalu jaga wudhu, hati selalu zikir, senyumlah, dan untuk pria mu'min siapkan diri sholat ke mesjid tanpa terlambat.



Rabu, 13 Ogos 2014

Kelebihan Puasa Enam Hari di bulan Syawal

Alhamdulillah, hari  ini dah 18hb Syawal 1435H, bermakna tinggal 12 hari sahaja lagi untuk kita beraya. Kalau ada yang sibuk memenuhi undangan rumah terbuka tu, jangan sampai terlepas pula untuk berpuasa enam ni. Rugi sangat tau...enam hari jer, takkan tak boleh kot? Saya pun baru mula berpuasa dua hari. Insya Allah sempat rasanya untuk menghabiskan puasa enam tahun ini. Kalau sempat bolehlah qadha puasa yang tertinggal sekali gus.

Apalah agaknya fadilat puasa enam sehingga kita amat digalakkan untuk melakukannya? Jom kita lihat manfaat berpuasa enam hari dalam bulan Syawal : 

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”



Kalau diikutkan, panjang lebar penerangan yang diberikan tentang hikmah berpuasa enam di bulan Syawal ni...korang boleh rujuk link kat bawah ni ye :-)


Semoga perkongsian ini memberikan manfat untuk semua. Kepada yang belum memulakan puasa sunat 6 hari ni, eloklah dimulakan sekarang. Syawal masih lagi berbaki 12 hari...sempat lagi tu.... Insya Allah.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221






Selasa, 3 Jun 2014

Tips Kebahagiaan Anak

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.
Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Jumaat, 9 Mei 2014

KESILAPAN SOLAT JAMAK QASAR: TAPI ANDA TIDAK PERASAN.


Menghadiri ‘conference’ dalam dan luar negara bukan perkara ganjil. Ramai yang pergi dan kembali, bahkan ramai yang berulang-alik ke pelbagai destinasi dengan niat mengembangkan ilmu. Ini perkara rutin bagi seorang researcher atau ahli akademik di universiti atau ‘research centre’. Tidak ketinggalan bagi yang suka melancong, musafir adalah perkara ‘ghalib’.

Sungguhpun setiap musafir dengan niat kerana Allah besar ganjaran pahalanya, namun harus ditelusuri feqah yang berkaitan dengan musafir tersebut, adakah bertepatan dengan syariah? Mungkin ramai yang tidak pernah mengambil kisah akan adab musafir mengikut sunnah. Amat rugi, jika kita tidak mengambil kepentingan dari perkara adab dan sunnah Rasul. Namun perkara sunat bukanlah ‘aula’ jika yang wajib masih terumbang-ambing. Antara sedar atau tidak, ramai yang melakukan kesalahan berulang akan hal yang wajib seperti SOLAT.


Walaupun isu solat jamak atau jamak qasar bukan lagi menjadi topik perbincangan mutakhir ini, namun saya melihat ianya masih lagi perlu diperhalusi kerana masih banyak salah faham yang berlaku. Malah, masalah ini seringkali berlegar-legar dalam kumpulan teman-teman yang bermusafir bersama saya. Tidak kira musafir ke tempat jauh atau dekat, isu solat tidak boleh dipandang remeh.
Lihat situasi berikut:
Sehingga ke hari ini, masih ramai yang menganggap bahawa solat jamak qasar boleh dilakukan 3 hari pertama berada di sesuatu tempat. Sedangkan menduduki tempat melebihi 3 hari tidak lagi dikira musafir tetapi ‘bermukim’ (sudah gugur taraf musafir). Jadi, solat jamak qasar sama sekali tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai ke destinasi. Tiada nas yang membenarkan solat jamak qasar pada 3 hari pertama anda bermukim. Solat jamak qasar hanya ‘valid’ sepanjang perjalanan anda yang melebihi 89 km dan tidak ‘valid’ sebaik tiba di destinasi yang anda ingin duduki melebihi 3 hari. Sekali lagi diingatkan, jamak qasar selama 3 hari hanya dibenarkan untuk orang yang benar-benar singgah tidak melebihi tiga hari di sesuatu tempat.
Namun, anda masih diberi rukhsah untuk menjamakkan solat apabila berada dalam situasi yang sukar. Dan jamak ini dibenarkan sepanjang tempoh mukim atas sebab-sebab yang diizinkan syarak. Salah faham berlaku apabila kebanyakan kita tidak jelas akan perbezaan antara solat jamak qasar dan solat jamak. Mungkin silibus pendidikan Islam di peringkat sekolah perlu dikaji semula kerana belum mampu memberi kefahaman tentang masalah feqah yang paling utama ini. Ataupun ustaz ustazah perlu mengkaji kaedah pengajaran agar lebih berkesan dan dapat difahami oleh pelajar di sekolah.
Sedikit pencerahan tentang solat qasar dan solat jamak.
1) Solat Qasar
Sekiranya anda bermusafir ke sesuatu tempat yang perjalanannya melebihi dua marhalah atau 89 kilometer, maka diharuskan untuk mengqasarkan solat.
(Dua marhalah bersamaan empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 km.)
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” [an-Nisa’ : 101]
Bahkan dalam satu hadith Riwayat An-Nasa’i dan Abu Daud, Rasulullah s.a.w mengharuskan para sahabat mengqasarkan solat walaupun bermusafir dalam keadaan aman.
Qasar adalah memendekkan solat, yang 4 kepada 2.
Syarat qasar :
1) Jarak perjalanan > 89 km
2) Bermusafir tidak melebihi 3 hari penuh (tidak termasuk hari berangkat dan pulang)
3) Sudah memulakan perjalanan dan keluar dari mukim atau kawasan kampungnya.
Apa bezanya solat qasar dan solat jamak?
2) Solat jamak
Pada asasnya, solat jamak tidak berkaitan secara langsung dengan solat qasar dan ianya boleh dilakukan atas pelbagai keperluan yang dibenarkan syarak. Solat jamak maksudnya menghimpunkan solat tanpa mengurangkan rakaat.
Perkara yang membolehkan jamak:
Dalam Syarah Muslim, Imam al-Nawawi r.a berkata: “Beberapa imam membolehkan jamak bagi orang yang tidak musafir, bila terdapat suatu kepentingan, asalkan hal itu tidak dijadikan kebiasaan. Ini juga merupakan pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari golongan Maliki, juga pendapat al-Quffal dan al-Syasy al-Kabir dari golongan Syafi’i, juga dari Ishak Marwazi dan dari jemaah ahli hadis, serta pendapat yang dipilih oleh Ibnul Mundzir. [al-Majmu’, jil. 4, ms. 264]
Dalam kitab feqah karangan Dr. Basri Ibrahim ada menjelaskan keharusan jamak kepada beberapa golongan yang memerlukan seperti sakit, ketakutan, pekerjaan yang punya maslahat kepada umat, bencana alam dan musafir. Bahkan syarat bagi musafir untuk menjamakkan solat tidak diwajibkan melebihi dua marhalah. Waima orang yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan tidak mampu keluar dari situasi tersebut boleh berniat jamak, dan melaksanakan solat jamak ta’khir apabila sampai di rumah. Ini kerana solat jamak tidak terikat kepada syarat jarak perjalanan, musafir, bermukim dan keluar dari mukim.
2 Jenis solat jamak yang anda sedia maklum:
1. Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
Syarat jamak Taqdim :
1) Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
2) Hendaklah niat Jamak Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
3) Berturut-turut di antara solat yang dijamakkan itu.
4) Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2. Jamak Ta’khir pula ialah mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
Syarat jamak Ta’khir :
1) Hendaklah berniat jamak ta’khir dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib. Tidak sah solat jamak ta’khir yang dilakukan akibat luput waktu solat, tanpa diniatkan sedari awal waktu solat yang pertama.
Jadi, apa perbezaan jamak qasar dan jamak?
Sangat berbeza kerana,
1. Jamak qasar bermaksud menghimpunkan dan memendekkan, manakala jamak bermaksud menghimpunkan sahaja.
2. Jamak qasar hanya dibenarkan bagi orang yang sedang bermusafir melebih 2 marhalah dan singgah tidak melebihi 3 hari penuh.
3. Jamak pula dibenarkan pada pelbagai keadaan mengikut keperluan yang syari’e.
Lihat situasi berikut :
Contoh 1: Ulama membincangkan masalah solat jamak sebelum memulakan perjalanan. Jumhur ulama berpendapat, boleh menjamakkan solat sebelum bertolak sekiranya dibimbangi berlaku kesukaran untuk solat dalam perjalanan. Pendapat ini berdasarkan hadith:
"Rasulullah saw menjamakkan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa'ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn 'Abbas soalan yang sama, dan dia berkata : Baginda tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran" [Hadith Riwayat Muslim no. 705].
Tapi perlu diingat.. yang dibenarkan adalah solat JAMAK, bukan JAMAK QASAR.
Sekali lagi ditekankan bahawa jamak qasar hanya boleh dilakukan apabila anda sudah memulakan perjalanan dan keluar daripada mukim.
“Diantara syarat-syarat sah memendekkan (qasar) solat adalah hendaklah musafir melepasi pagar kampung (balad) yang dimulakan permusafirannya" [al-Fiqh al-Manhaji 1/187].
Contoh 2: Anda sudahpun dalam perjalanan pulang ke rumah. Akibat kesulitan sepanjang perjalanan pulang menyebabkan anda tidak mampu menunaikan solat dalam perjalanan. Sebagai contoh, jalan yang sangat 'jam' (musim perayaan) yang boleh menyebabkan terluput waktu solat. Maka dibolehkan anda jamak ta’khir di rumah. Sekali lagi ditegaskan, dibolehkan JAMAK, bukan JAMAK QASAR. Kerana jamak qasar tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai di rumah.
Contoh 3: Apabila mengalami sebarang kesulitan di tempat anda bermukim (musafir yang melebihi 3 hari), maka dibolehkan jamak. Contoh kesulitan berbeza mengikut situasi. Berada di tempat asing memungkinkan kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Hanya yang mengalaminya dapat merasakannya. Jangan tinggalkan solat, sebaliknya jamaklah pada sesetengah keadaan yang sulit. Allah telah memberi kelonggaran kepada hamba-hambanya pada setiap keadaan agar kita menjadi hamba yang sentiasa ta’at.
Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini :
"Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak musafir) menjamakkan dua solat jika ia menjadi terlalu sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya. Kebenaran menjamakkan solat adalah LUAS berbanding dengan memendekkan solat, kerana memendek (qasar) solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan tetapi jamak dibenarkan kepada musafir dan bukan musafir untuk menjamak solat apabila menghadapi kesukaran menunaikan solat samaada pada waktunya atau didalam jemaah".
Dengan itu, jelas sekali ketetapan untuk solat tidak pernah gugur walaupun kita berada dalam kesulitan. Bahkan Allah telah memberi kemudahan untuk kita tetap ‘thabat’ di atas jalan-jalan orang yang abid.
"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"[al-Baqarah : 185]
"dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [al-Haj : 78]
_______________________________________________________________________________
Disclaimer Note : Setiap pendapat saya adalah bukan pendapat peribadi yang condong kepada mana-mana fahaman. Pangkal dalam setiap hukum syariat Islam adalah dalil dari al-Quran dan hadith. Telah berkata Imam Malik r.a, “mana-mana pendapat yang dilontarkan setiap muslim boleh diambil dan boleh ditolak, kecuali yang datang dari Muhammad s.a.w”. Jadi, sekiranya terdapat pendapat yang tersasar daripada dalil yang sahih, maka lakukan penolakan. Yusuf Qardhawi pernah mengingatkan bahawa setiap muslim adalah tawanan hujah yang kuat serta dalil yang sahih. Dr. Yusuf al-Qaradawi juga telah mengupas mengenai isu jamak dan qasar ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut ).
Allah Lebih Mengetahui.
ASMAH ALIAS. UiTM. AS 990, 9 Sept 2012, 22 Syawal 1433


Sekadar perkongsian. Semoga bermanfaat buat semua :-).
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221