Rabu, 8 Oktober 2014

Keajaiban Bersedekah Rezeki Datang dari Arah yang Tak Disangka-sangka

Assalamualaikum w.b.t...

Ajaibnya bersedekah.. biar sedikit namun istiqamah. Jangan banyak sedekahnya namun hanya dilakukan setahun sekali cuma. Kadangkala mungkin kita tak perasan bahawa sedekah tu memberikan kebaikan kepada kita. Mungkin ianya tidak dibalas dengan kekayaan harta benda, namun badan yang sihat juga merupakan rezeki yang Allah berikan kepada kita.


Manfaat bersedekah

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : 
''Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti api memadamkan air.''
Hadis Riwayat At-Tarmizi



Sedekah adalah tindakan berpahala. Ia benar-benar dibalas Tuhan walaupun kita tidak menyedarinya.
Salah satu sumber tenaga/ energi yang tiada habisnya adalah sedekah,
Dan ia merupakan energi terhebat yang mampu membuat putaran roda nasib kita berputar dengan kecepatan yang tidak terjangka oleh alat pengukur manapun.
Kerana apa?
Kerana yang bekerja dalam perputaran roda itu adalah 'sentuhan' terus dari Tuhan.

===========================================

Tenang
Tenang adalah kesan nyata kedua setelah rasa bahagia yang kita dapat dari amalan bersedekah.
Kerana sedekah juga merupakan alat pembersih harta terbaik dari kotoran-kotoran dosa.
Tentu lah untuk orang yang beriman itu, hatinya tidak tenang selagi hartanya tidak dibersihkan dari dosa dengan amalan sedekah.

Oleh itu, kita janganlah culas untuk bersedekah setiap hari kerana kita tak akan tahu kebaikan yang manakah yang Allah akan berikan sebagai balasan daripada sedekah yang ikhlas yang kita lakukan...



Senyum adalah sedekah yang percuma...jangan lupa tersenyum ya!

0 comments:

Catat Ulasan