Memaparkan catatan dengan label tips diet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips diet. Papar semua catatan

Ahad, 6 Oktober 2013

Tips Diet yang Berkesan


Salam ceria semua...hari ini saya ingin kongsikan tentang rahsia atau tips diet yang berkesan. Kadangkala, cara diet yang kurang sesuai boleh menyebabkan berat tidak turun-turun walaupun kita rasa bahawa kita sudah mengurangkan jumlah makanan dalam diet harian kita. Ini akan menyebabkan kita akan tertekan dan makan dengan lebih banyak akibat kecewa dengan cara diet yang salah. Jom kita lihat 20 tips diet yang berkesan. Artikel ini saya petik dari laman web Majalah Rapi.

1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. 
 
2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah-buahan 
 
3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu 
 
4. Tambahkan satu hidangan untuk buah-buahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan  hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.
 
5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam
 
6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
 
7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk  membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
 
8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan. 
 
9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’  permintaan perut. Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
 
10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan. 
 
11. Berusahalah untuk mengambil menu  rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori 
 
12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang. 
 
13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda. 
 
14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.
 
15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda 

16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti
 
17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
 
18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
 
19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.
 
20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.

Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga habis. Selamat mencuba!

kredit to : sumber

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 017-9438392




Khamis, 31 Januari 2013

Diet Air Kosong...Berkesan ke?


Semalam kat makmal sains sekolah aku sempat menimbang berat badan. Budak2 tengah jawab ujian, cikgu mereka sempat lagi nyorok2 ke bilik Persediaan kat sebelah...macam-macam gelagat la cikgu sorang nih..hahahaa...tapi macam tak caya jer dengan angka yang penimbang kuno itu tunjukkan...ish, betul ke angka yang aku nampak?? hah! Beratku dah lebih 2 kg daripada berat biasa...patutlah badan rasa can berat jer dalam seminggu ni..heheheee...naseb baik cepat perasan...baik aku sedar diri cepat2 sebelum kena tegur dengan cik abang..hahahaaa.Aku harus berbuat sesuatu sebelum terlambat...So, misi ku hari ini adalah untuk berdiet...ye lah tue...So apa yang paling mudah untuk dilaksanakan adalah diet air kosong... Jom teman-teman, jaga berat badan jangan sampai berlebihan pulak ye...macam saya ni..


Diet air kosong






Bagi anda(saya) yang sedang berdiet, meminum air kosong adalah lebih baik berbanding pengambilan minuman untuk menguruskan badan atau minuman rendah kalori yang terdapat di pasaran...so, banyak2la minum air kosong ye...25kg berat badan = 1liter air.

Minumlah dua atau tiga gelas air hangat sebelum makan kerana ia akan mengenyangkan perut, sekaligus membantu anda mengurangkan pengambilan makanan. Biasanya, jika ada pape jamuan kat sekolah ke apa...teman2 sering mengamalkan petua mengosongkan perut..baru leh makan banyak2.eh, macam tu pun ada....hahahaa...macam2lah diorang nih ;-)

Minumlah lapan gelas air kosong dalam sehari bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga.
Air kosong yang paling baik adalah air yang tidak terlalu panas atau tidak terlalu sejuk...so, lepas ni jangan dok tibai air dari peti sejuk aje yer...jom ubah habit kita ke arah hidup yang lebih sihat...

Menurut kajian yang dijalankan,ramai orang yang mahu sihat tetapi TIDAK mengamalkan meminum air kosong malah lebih rajin mengambil minuman seperti kopi,teh dan minuman berkarbonat.
Tahukah anda,minuman ringan atau bergula tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat didalam air kosong? 

Anda semua sudah sedia cerdik, jadinya lepas ni kita akan berdiet dengan air kosong lah ye...lagi pun, 70% daripada kandungan badan kita adalah cecair...so, air yang cukup membantu organ dalam tubuh untuk menjalankan fungsi dengan baik...

Sari buah-buahan dan jus segar juga tidak mampu membersihkan kotoran dalam badan kita sehebat air kosong....Jom hidup lebih sihat hari ini juga ;-)


Sumber : Majalah info sihat

Ahad, 27 Januari 2013

Jom Diet : Tips Mudah untuk Kurus..


Salam petang Ahad semua...entry kali ini bakal berkisarkan tentang diet yang betul...saya suka melihat orang lain sihat, cergas dan hidup gembira setiap hari.Tak mau la stres2 yer...nak tegur pun ngeri..hahahaaa..semoga info ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua yaa...
Menurunkan berat badan bagi sesetengah orang tidaklah semudah orang lain. Walaupun telah mencuba pelbagai produk diet dan program diet,hasilnya adalah mengecewakan. 

Seorang teman melahirkan rasa kecewa akibat gagal menurunkan berat badan walaupun telah berdiet selama seminggu (mungkin bagi  anda seminggu itu adalah suatu jangka masa yang singkat,namun hanya empunya badan sahaja yang tahu betapa seksanya untuk menjayakan dietnya itu)...hal ini amatlah mengecewakannya dan menyebabkan teman saya itu terus melupakan diet beliau dengan makan makanan kegemaran beliau semahunya selepas melihat tiada perubahan berat badan seperti yang diharapkan.......Untuk makluman anda, teman saya telah mencuba pelbagai cara untuk diet..termasuklah mengikuti langkah yang dicadangkan oleh doktor & pakar....tapi masih tidak berjaya...di mana silapnya ya??Mungkinkah beliau belum cukup BERDISIPLIN untuk mendapatkan berat badan ideal seperti yang diharapkan...selepas ini saya akan cadangkan beliau untuk mencuba tips ini pula...


 Untuk mengelakkan daripada perkara sebegini berlaku, mungkin anda boleh mencuba beberapa tips yang ingin saya kongsikan buat anda semua...Di sini ada beberapa tip mudah yang boleh anda lakukan tanpa melibatkan modal yang banyak serta tidak memeningkan kepala anda dalam usaha mengurangkan lebihan lemak di badan.




  • Jangan sesekali tinggalkan waktu makan utama -  Kalau anda fikir dengan berlapar boleh menurunkan berat badan,anda silap. Berlapar hanya menyebabkan anda mengambil makanan dua kali ganda lebih banyak pada hidangan yang seterusnya kerana anda kelaparan.
  • Makan dengan perlahan,kunyah banyak kali - Otak akan memberitahu apabila kita telah kenyang.Ianya selalunya mengambil masa 20 minit untuk otak memberi isyarat kita sudah kenyang. Makan dengan cepat tidak memberi masa yang cukup kepada otak bahawa kita telah kenyang menyebabkan kita makan berlebihan. 
  • Rancang hidangan anda - Ianya lebih selamat sekiranya anda merancang apa yang ingin dimakan supaya tidak terjebak dengan makanan ringan.
  • Elakkan makanan kegemaran - Sebagai manusia biasa,kita ada makanan yang disukai dan tidak. Cuba elakkan makanan kegemaran anda berada di rumah. Lebih mudah anda mengelakkan bila makanan itu tidak di depan mata.
  • Perhatikan saiz hidangan - Jumlah makanan yang kita makan adalah sangat penting dalam proses menurunkan berat badan. Sentiasa teliti saiz hidangan dan jenis makanan yang anda makan. Makanan ringan tidak bagus. Sekiranya anda hanya makan 10% daripada saiz hidangan biasa,anda boleh menurunkan berat badan tanpa menukar diet harian anda.
  • Bakar kalori dengan senaman - Setiap makanan berkalori tinggi haruslah dibakar dengan senaman. Contohnya,sekiranya anda makan burger,ianya memerlukan 3 jam di gim untuk membakar semua kalori tadi. Terpulang pada anda untuk memilih sama ada tidak makan burger  atau menghabiskan 3 jam di gim.
  • Ambil masa - Ada masanya berfikir sebelum ingin makan sangat membantu untuk tidak makan makanan yang tidak sepatutnya.
  • Jauhi minuman ringan - Minuman ringan mengandungi 150 kalori. 
  • Bersenam selalu - Senaman membantu minda dan tubuh anda. Jogging atau berjalan untuk menurunkan berat badan. Gunakan tangga daripada lif.

kredit:www.ilayahaya.com