Memaparkan catatan dengan label khasiat vitamin C SR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label khasiat vitamin C SR. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Oktober 2014

Hanya untuk Hari Ini Sahaja :Vita-C Sustained Release Buy 6 Free 1

Sempena Grand Opening HQ Shaklee hari ini, pihak Shaklee telah bermurah hati untuk mengadakan Promo Vitamin Sustained Release...beli 6 percuma 1. Setahun yang lalu, Vitamin C SR pernah kehabisan stok selama berbulan-bulan lamanya. Habis resah semua peminat vit C ni tau...

Saya pun menggagau sama..so, lepas ni memang buat stok untuk diri-sendiri jugakla..bila stok licin tak delah angau-angau lagik...ahahaaa.

So, korang...tunggu apa lagi, promosi ni akan berakhir tepat pukul 11.59 malam ni tau...Kalau agak-agak nak share dengan family sorang sebotol, elok sangatlah tu...tahan 6 bulan ni...

Psssttt...kalau nak sebotol pun boleh...meh bisik-bisik kat saya :)


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Rabu, 7 Mei 2014

Kelebihan Vitamin C Sustained Release Shaklee berbanding Jenama Lain

Alhamdulillah. Vitamin C Sustained Release ( Vita-C SR) yang pernah kehabisan stok selama setahun dulu masih berada di pasaran sehingga kini. Tak tahulah apa yang akan jadi kalau stok vitamin C kehabisan lagi. Mahunya meroyan ahkak-ahkak yang mau cantik tu kan..huhu... Vita C SR yang terbaru keluara Shaklee kini pula telah diperkaya dengan bioflavonoids. Apalah yang best sangat tentang vitamin C dan bioflavonoids ni ye?





APA ITU BIOFLAVANOID

Bioflavonoids merangkumi sekumpulan besar nutrien dengan aktiviti antioksidan. Bioflavonoids sitrus, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan nutrien yang berasal dari kulit dan pulpa produk sitrus. Bioflavonoids sitrus bertindak secara sinergistik dengan vitamin C. Setiap bahan meningkatkan tindakan yang lain. 

Bioflavonoids sitrus diperlukan oleh vitamin C untuk digunakan dengan berkesan oleh badan. Ia juga meningkatkan keberkesanan vitamin C dengan melambatkan kerosakan.



FUNGSI BIOFLAVANOID
 

Bioflavonoids bertindak bersama vitamin c untuk :

1. Melindungi dan mengekalkan struktur salur kapilari darah
2. Mempunyai kesan antibakteria
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Merangsang pengeluaran hempedu
5. Mengekalkan tahap kolesterol darah yang lebih rendah
6. Merawat dan mencegah katarak
7. Bertindak sebagai antihistamin
8. Mempunyai ciri-ciri anti-radang
9. Mengurangkan gejala herpes mulut


Bioflavonoids juga berfungsi sebagai antioksidan dalam tumbuh-tumbuhan. Cuba kita lihat, tumbuh-tumbuhan yang terdedah kepada cahaya matahari sepanjang hari, menerima dos cahaya ultraungu (UV) yg tinggi kan? Bioflavonoids membantu melindungi tumbuhan daripada sinaran UV yang berbahaya dan meneutralkan radikal bebas molekul tidak stabil dengan elektron berpasangan yang mereka keluarkan.

 Dan apa yang BEST nya tu, kesan antioksidan bioflavonoids yg sama macam ni jugak berlaku pada manusia yg mengambilnya.


BAHAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI BIOFLAVANOID 

Bioflavonoid banyak terdapat pada bahan putih tepat di bawah kulit buah citrus. Bioflavonoid juga terdapat dalam lada, anggur, kayu pinus, bawang-bawangan, berry, teh hijau, sorgum, apricot, kedelai, tomat, brokoli, seledri, paprika, buncis, delima, jeruk nipis, jeruk lemon, anggur, apel, pir, stroberi dan lain-lain.

BAHAN YANG MENGURANGKAN KADAR BIOFLAVANOID DALAM TUBUH


Beberapa bahan dapat menghilangkan bioflavonoid dari tubuh. Salah satunya yang paling buruk adalah asap rokok dan banyak minum alkohol. Aspirin dan ubat-ubatan penghilang rasa sakit juga dapat membuang bioflavonoid dari tubuh. Demikian pula dengan antibiotik dan cortisone.

SIAPA YANG PERLUKAN BIOFLAVONOIDS


1) PEROKOK –asap rokok merosak bioflavanoids dan vitamin C dengan cepat. 

Perokok memerlukan extra bioflavanoids dan vitamin C untuk melawan kerosakan sel dari asap rokok 
Perokok pasif juga memerlukan extra bioflavanoids dan vitamin C
2) Orang tua kerana daya tahan mereka semakin lemah
3) Penderita asma dan alergi
4) Penderita kencing manis 
5) Orang yang terkena jangkitan kerana bioflavanoids dan vit c dapat mengurangkan risiko infeksi
6) Penghidap hypertensi – dapat menurunkan tekanan darah
7) Orang yang stress – dapat mencegah stress dan proses pemulihan stress dapat dipercepat dengan mengambil bioflavanoids dan vitamin c


Kira dalam bahasa mudahnya BIOFLAVANOID ni akan menambahkan keberkesanan VITAMIN C dalam badan kita dan mengelakkan dari cpt teroksida dan apa yg bagus lg ia adalah dr CITRUS BIOFLAVANOID yang menjadikan ia selamat utk ibu2 yg hamil serta menyusukan anak

INTERAKSI  POSITIF VITAMIN C DAN VITAMIN/ MINERAL/ UBAT LAIN

  • Amat bagus diambil bersama Vitamin E. Meningkatkan potensi Vitamin C
  • Ambil bersama iron tapi jangan dalam megadose. Ikut arahan label.

 

INTERAKSI  NEGATIF VITAMIN C DAN VITAMIN/ MINERAL/ UBAT LAIN

  • JANGAN ambil vitmin C dengan ubat diabetes kerana ia boleh mengurangkan kesan ubat itu.
  • JANGAN ambil vitamin C dengan Aspirin kerana boleh mengganggu perut.

 

IKUT ARAHAN DOS PADA LABEL, KERANA…

  • Menyebabkan oksidasi (adverse effect, ia tidak lagi menjadi antioksian) jika diambil berlebihan oleh pesakit buah pinggang.
  • Menyebabkan bayi dalam kandungan menghadapi simptom kurang vitamin C apabilalahir jika ibunya mengambil lebih daripada 5000mg (LIMA RIBU, BUKAN LIMA RATUS) Vitamin C semasa hamil.

Vitamin C SHAKLEE merupakan vitamin C terbaik kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi dan terpilih, vitamin C memerlukan bioflavonoid yang meningkatkan keberkesanan Vitamin C untuk diserap oleh tubuh kita. sumber

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Selasa, 6 Mei 2014

Vita C Chewable Plus hanya Sesuai untuk Kanak-kanak?

Vitamin C Chewable merupakan antara hot product keluaran Shaklee...sekarang ni pun ia dah kehabisan stok di ibu pejabat dan branch Shaklee. Mujurlah juga saya sempat buat stok beberapa botol untuk simpanan sendiri. Tapi kalau ada yang berminat nak beli, saya akan pertimbangkan :-) 

Sebelum ini, ramai yang tersalah anggap bahawa Chewable Vita-C Shaklee hanyalah sesuai untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas sahaja. Sebenarnya tanggapan itu adalah tak benar sama sekali. Orang dewasa juga sesuai makan Chew Vita C ni terutamanya mereka yang tak gemar telan pil atau tablet. macam saya, rasanya yang masam-masam manis tu sangat lazat dan boleh dijadikan gula-gula ketika mengantuk. Instead of makan gula-gula yang manis, ada baiknya makan vitamin semulajadi kan? Ahahah!
Kebaikan vitamin C dalam Chewable Vita C Shaklee

Chewable Vita C Shaklee telah mengalami revolusi baru apabila formulasinya ditingkatkan dengan tambahan Bioflavanoid Complex. Kini ia menjadi supplement vitamin C paling lengkap di pasaran. Ia sekarang menggunakan nama baru iaitu Chewable Vita C Plus.




Secara asasnya kebaikan Chewable Vita C ini sama sahaja berbanding Sustained Released Vita C. Apa kebaikannya? Jom kita baca!

  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  • Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  • Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
  • 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
  • Manfaat Vitamin C sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda 
Keistimewaan Chewable Vita C
  • Rasa Chewabe Vita C tak pahit dan masam macam SR Vitamin C shaklee
  • Boleh buka sebotol demi sebotol untuk menjaga kesegaran vitamin
  • Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 2 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan tengah hari atau 1 biji lepas makan malam)
  • Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas  juga/ sesuai untuk seisi keluarga :-)


Punca Vitamin C Mudah Rosak :
  • Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
  • Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
  • Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama pada suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan


Mengapa kita perlu Vitamin C dalam badan kita :

  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.

Jom cuba Chew Vita C sebelum ia benar-benar kehabisan stok. Anda juga boleh dapatkan set untuk kanak-kanak di sini. Hubungi saya untuk membuat tempahan dan konsultasi percuma akan diberikan khas untuk pelanggan kami :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Jumaat, 11 April 2014

Ubat Selamat untuk Alergi

Biasa tak korang pergi ke pasar-pasar malam mahu pun pasar tani, ada orang jual ubat resdung dengan pelbagai testimoni yang hebat. Pakai 2-3x penyakit resdung boleh hilang. Gatal-gatal pun cepat je baik. Macam-macam promo hebat mereka buat. Kita pun boleh terlopong kalau mendengar. Hihihhhh... Tapi, bukan ubat resdung tu yang saya nak promote kali ini. 
Ini bukan sebarang obat..lagi pun Shaklee bukan ubat atau pun makjun. Shaklee hanyalah makanan tambahan a.k.a vitamin yang diambil untuk memenuhi keperluan nutrisi dalam badan. Jangan tak tahu, Shaklee pun ada menyediakan set untuk masalah resdung, asthma, gegata, alergi dan ekzema. Ia juga dikenali sebagai penyakit 5 serangkai.
1. B-Complex
  • Ia membantu menukarkan makanan kepada tenaga, membantu masalah penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan
  • Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
  • Membantu tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang-tulang
  • Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut
  • Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian
  • Mencegah anemia
  • Merawat sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darah atau laut.
  • Meredakan senggugut, kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman
  • Mencegah jangkitan lidah dan nafas berbau
  • Meredakan alahan
2. Vitamin C
  • Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik. Bila kolagen banyak dalam badan, wajah pun nampak lebih mudalah kan? Suka tak?
  • Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan gusi berdarah, lebam pada kulit, pemulihan kecederaan menjadi lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar
  • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asma. Juga membantu menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema
  • Antioksidan yang kuat, ia mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia SEMPAT menyerang sel-sel kita.
  • Ia membantu mencantikkan kulit, mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah punca utama kejadian jeragat
  • Ia membantu memperbaiki insomnia, stress
  • Ia membantu mengekalkan kolesterol sihat, mengurangkan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.
3. Alfalfa Complex
- Alfalfa dikenali sebagai “Raja segala Tumbuhan.” Ia merupakan tumbuhan yang kaya dengan dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia mempunyai banyak khasiat, buat wanita, terutamanya;
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Ia adalah makanan beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot
  • Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air
  • Menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi
  • Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
  • Mengurangkan alahan terhadap seafood. Saya akan telan alfalfa sesudah makan sotong celup tepung @ tom yam seafood. Dan hasilnya, tiada lagi gatal-gatal pada mana-mana anggota badan.Alhamdulillah. Jadi kepada mereka yang ada masalah seperti saya, jangan abaikan set ini ye.
Set ini sangat sesuai untuk masalah-masalah di bawah :

Eczema
p/s : Bayi kurang sesuai untuk makan suplemen di atas.

Gegata

Asthma

Resdung
Alollooo...kesiannya dia. Bersin tak henti-henti!

Jika anda mempunyai masalah seperti di atas, apa kata cubalah set Resdung Shaklee ini. Manalah tahu, dengan Shaklee masalah anda akan berakhir. Tak rugi kan membuat pelaburan untuk hidup yang lebih sihat dan berkualiti. You decide!

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin anda. Nak jadi ahli pun boleh. Peluang jana pendapatan terbentang di depan mata. Feel free to contact me now :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221




Ahad, 12 Januari 2014

Gabungan Vitamin Shaklee yang Terbaik untuk Kulit Cantik

Soalan:
Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?


Jawapan :
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.




Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.




Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
"Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
"Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.
Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.



Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.


Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.




Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.
Kredit : Utusan Malaysia

Sebarang pertanyaan tentang suplemen, boleh hubungi saya di sini :


FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA : 017-943 8392



Artikel Penuh

Isnin, 6 Januari 2014

Vitamin untuk Pesakit Rheumatoid Athritis



Pertama kali saya 'aware' tentang penyakit rheumatoid arthritis ( RA) apabila berbual dengan seorang rakan semasa di sekolah tahun lepas. Beliau bercerita tentang adiknya yang menghidap sejenis penyakit sendi iaitu Rheumatoid Athritis ( RA ). Bermacam-macam kesukaran yang terpaksa ditanggung oleh pesakit RA ini. Naik gerun kita yang mendengarnya. 



Jadi di sini saya ingin kongsikan beberapa jenis vitamin yang diperlukan oleh pesakit RA :

1. Asid folik/ vitamin B9
    ~ Asid folik tidak dapat disimpan di dalam badan, jadi ia harus diambil setiap hari.
  ~Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan masalah anemia, kehilangan berat badan,    
   hilang selera  makan dan cirit-birit. Asid folik berfungsi untuk menghasilkan sel darah    
   merah.
  ~Asid folik boleh didapati daripada sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli,          
   asparagus dan  sawi.
 ~ Pesakit yang mengambil sejenis pil 'methotrexate' memerlukan dos asid folik yang lebih tinggi.

2. Vitamin C
    ~Juga dikenali sebagai asid askorbik dan ia diperlukan untuk memperbaiki tisu badan. 
    ~Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen, sejenis protein yang penting untuk kulit,       otot, ligamen dan salur darah. Ia juga sangat diperlukan untuk menyembuhkan luka, tulang,    gigi dan menjaga kesihatan tulang rawan.
    ~Merupakan vitamin larut air yang tidak dapat disimpan di dalam badan.
    ~Kekurangan vitamin C boleh mengakibatkan anemia, badan sukar melawan jangkitan, radang  sendi, dan boleh meningkatkan berat badan akibat kadar metabolisme tubuh yang perlahan.

3. Vitamin B6
    ~Penting untuk sistem saraf yang sihat.
    ~Penting untuk memproses karbohidrat.
    ~Bertindak mengeluarkan sulfur daripada molekul lain & membantu menstabilkan hormon  
     serta   mengeluarkan toksin daripada badan.
   ~ Memainkan peranan penting untuk menghasilkan sel-sel baru dalam badan.
   ~Kekurangannya boleh mengakibatkan anemia, keletihan dan rasa lesu pada badan.

4. Vitamin D
   ~Kebanyakannya ditemui dalam ikan, telur, dan susu.
   ~Matahari juga membantu penghasilan keperluan vitamin D yang mencukupi. 15 minit 
    terdedah   kepada matahari dikatakan sudah cukup untuk memenuhi keperluan vitamin D 
   harian kita.
  ~Berfungsi untuk kandungan kalsium dan fosforus yang badan perlukan.
  ~Juga penting untuk penyerapan kalsium bagi membentuk tulang yang kuat.
.
5. Vitamin E
   ~ sejenis vitamin larut lemak.
   ~merupakan sejenis antioksidan yang bertindak melindungi sel daripada radikal bebas yang      boleh merosakkan sel.
  ~ Penting untuk menguatkan sistem imun.
  ~boleh ditemui dalam avocado, kuning telur, kekacang, bijirin dan mentega kacang.

6. Vitamin B12
    ~ Boleh ditemui di dalam kerang-kerangan, ikan, daging dan produk tenusu.
   ~Membantu menjaga kesihatan sel saraf dan sel darah merah.
   ~Diperlukan untuk menghasilkan DNA.
   ~Berfungsi untuk mengikat protein dalam makanan.
   ~Asid hidroklorik dalam perut merembeskan vitamin B12 daripada protein semasa proses 
    pencernaan.

Jadi, dengan entry ini saya harap ia dapat membantu pesakit RA untuk mengurangkan simptom-simptom yang ada kesan daripada penyakit tersebut. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA : 017-943 8392

Jumaat, 20 Disember 2013

Kebaikan Vitamin C 500mg Shaklee ~ Jatuh Cinta Berkali-kali Padanya!

Tiga hari bercuti ke JB, blog pun tak sempat nak update...ampun ye buat semua pembaca setia blog ni... dalam bercuti ni terasa macam nak kena sakit tekak pun ada. Mungkin kurang air kosong agaknya.. Lepas ni kena telan 2 biji vitamin C terus. Harapnya sakit tekakku segera berlalu...doakan yek! 

Mmmm, bila sebut vitamin C, rasanya budak kecil yang belum sekolah pun dah tahu apa itu vitamin C. Waktu kecil dahulu, saya sangat gemar makan vitamin C yang dibekalkan oleh doktor ( ketika selsema biasanya ) kerana rasanya yang masam-masam manis. Tak cukup sebiji, siap minta tambah lagi tu..hahahaaa.. Rupanya banyak khasiat vitamin C ni sebenarnya. Lebih-lebih lagi jika ianya diperbuat daripada 100% bahan-bahan semulajadi. Jom kita kaji tentang vitamin C Shaklee...apa yang istimewa sangat tentangnya? Sehinggakan mereka yang telah mencuba vitamin C Shaklee biasanya akan terus setia menggunakannya dan tidak akan bertukar jenama lagi kerana berpuas hati dengan hasilnya :-)..

Kebaikan vitamin C Shaklee : 
  1. Dibebaskan berdasarkan pelepasan masa, time released..ia hanya diperbuat daripada bahan semula jadi tanpa bahan pengawet. Oren yang ditanam tanpa menggunakan racun & baja kimia.
  2. Bioflavonoid dalam vitamin C membantu vitamin C jadi lebih aktif..Macam vitamin E, ia kena ada selenium untuk bertindak balas dengan lebih aktif begitulah dengan vitamin C yang memerlukan bioflavonoid untuk memainkan peranan yang dengan lebih baik.
  3. Kita tidak lagi memerlukan ubat daripada klinik sekiranya demam ataupun selsema. cukup hanya dengan memakan 2 biji vitamin C Shaklee. Tapi ada petua jugak kalau nak makan...teringin nak tahu? Rahsia ini hanya untuk customer saya je tau :-)
  4. Maksud Sustained release tu,vitamin C  akan dilepaskan untuk diserap oleh badan secara berperingkat. Contohnya, untuk vitamin 500mg, setiap 1 jam,100mg vit C akan dibebaskan untuk keperluan badan kita.


  5. Vitamin C lain tak ada pun yang Sustained Release. Kenapa susah-susah pulak Shaklee nak cipta time released?
    Sebabnya vitamin C hanya dapat diserap dengan baik oleh badan pada dos yang rendah. Semakin tinggi dos vitamin C, semakin sedikit zat yang dapat diserap.
  6. Vitamin C ini dihasilkan bersama-sama bioflavonoids complex! Bioflavonoid ini adalah antioksidan yang sangat superb yang hanya boleh didapati dari buah-buahan asli. Jadi, bioflavonoid sememangnya tidak wujud dalam vitamin C sintetik. Bahan ini mempunyai fungsi yang spesifik untuk meningkatkan kesihatan badan dari pelbagai sudut. Bioflavonoids complex ini menyokong pertumbuhan sel yang sangat baik, untuk kesihatan jantung, dan juga untuk alzheimer.
  7. Pelepasan dalam masa 5 jam tetapi  vitamin C akan kekal dalam darah sehingga 12 jam. Walaupun ia larut air tapi bukan bermakna sebaik sahaja vitamin C larut dalam badan ia terus dikeluarkan. Vitamin C akan berinteraksi dulu dengan sel badan sebelum dikeluarkan daripada badan. 
  8. Anda nak tahu fakta menarik tentang vitamin C? Sebenarnya, badan kita tidak boleh menyimpan vitamin C tapi ia akan digunapakai terlebih dahulu sebelum dibuang. Pengambilan sebiji vitamin C Sustained Release adalah bersamaan kita makan 7.5 biji oren selama 5 jam. Kita akan mendapat khasiat vitamin C selama hampir 12 jam kerana vitamin C dilepaskan ke dalam badan sedikit demi sedikit

Berminat untuk mendapatkan vitamin C anda? Hubungi saya sekarang. Sebotol mampu bertahan sehingga 6 bulan. Sungguh menjimatkan.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA :017-943 8392

Ahad, 8 Disember 2013

Vitamin Shaklee untuk Ibu Hamil Elak Sakit Pinggang

Siang tadi saya menerima khabar gembira daripada abang ipar saya. Beliau telah menerima cahaya mata kedua iaitu seorang bayi perempuan yang sangat gebu dan comel sekali. Tahniah saya ucapkan kepada beliau dan isteri. Bertambah lagilah bilangan ahli keluarga kami, alhamdulillah :-) sebenarnya saya dah tak sabar-sabar nak jenguk baby mereka...bestnya bau baby...wangi sangat!

Ini bukan abang ipar saya tau..

Mmm..dalam entry kali ini sukacita saya nak kongsi tentang vitamin untuk ibu hamil bagi mengelakkan masalah sakit-sakit badan atau sakit pinggang. Pengalaman hamil anak sulung tempoh hari membuatkan saya faham jerih-perih seorang ibu yang hamil. Macam-macam perkara mereka kena tempuhi. Bermula dengan rasa loya di awal kehamilan sehinggalah rasa ketidakselesaan di hujung kehamilan akibat terpaksa mengusung perut yang semakin besar. Segalanya menuntut kesabaran yang bukan sedikit.

Secara umumnya, vitamin asas yang diperlukan untuk ibu hamil ialah : 

B complex ~ mengandungi asid folik untuk mengelakkan kecacatan pada 'spina bifida'
Vita-Lea~ mengandungi zat besi untuk mengelakkan ibu mengalami masalah anemia @ bacaan Hb rendah seterusnya membekalkan tenaga yang diperlukan oleh ibu hamil
Vita C SR ~ baik untuk pembentukan gusi ibu dan bayi, elakkan gusi ibu cepat berdarah serta untuk kesihatan optimum
Ostematrix~ mengelakkan ibu mengalami masalah lenguh atau kekejangan pada anggota badan. Juga membantu daripada si ibu berasa sakit pinggang yang serius. Merupakan sumber kalsium yang hebat untuk mengelakkan risiko osteoporosis pada ibu hamil. 

## Semua vitamin di atas adalah SESUAI digunakan di awal kehamilan sehinggalah berpantang dan menyusu.

## Jika anda sedang hamil dan memerlukan suplemen di atas, boleh hubungi saya di sini untuk konsultasi percuma. Jadilah pengguna yang bijak memilih suplemen yang selamat kerana apa yang kita makan hari ini menentukan siapa kita 15-20 tahun akan datang. Insya Allah.

June Mohd |kerengge83@gmail.com|SMS/WA- 017-943 8392


Vitamin Shaklee untuk Wanita Jadi Cantik

Terdapat banyak jenis vitamin untuk kulit yang boleh memberi manfaat untuk wajah kelihatan cantik dan kulit halus dan berseri. Selain untuk kulit dan menjaga kecantikan, vitamin amatlah penting untuk memenuhi keperluan tubuh seseorang. Kali ini saya ingin kongsikan tentang beberapa jenis vitamin yang memainkan peranan penting untuk kulit.

Vitamin A
Vitamin A antara vitamin yang terpenting untuk berfungsi untuk kulit kerana ia bertindak untuk memelihara dan memperbaiki sel-sel kulit yang telah rosak atau mati. Antara tanda badan kita kekurangan vitamin A ialah, kulit kelihatan kering dan bersisik. Lihatlah kulit anda, adakah ialah lembap dan kelihatan menawan?

Untuk mendapatkan sumber vitamin A, anda haruslah makan sayuran berwarna hijau tua atau lobak. Selain itu, telur dan susu turut membekalkan vitamin A. Sekiranya kurang mampu untuk mendapatkan zat vitamin A melalui makanan, anda boleh mencuba Carotomax sebagai sumber vitamin A anda. Hanya sebiji sehari dan ia mampu memberikan kesan positif pada kulit dan bonusnya juga mata akan dapat melihat dengan lebih jelas lagi. Selain itu, ia juga mampu mengurangkan kedutan halus pada kulit wajah dan seluruh badan.

Vitamin B Complex
Anrata vitamin wajib untuk wanita cantik ialah B Complex. Vitamin B complex amat penting untuk diamalkan kerana ia turut membantu dalam meningkatkan kesihatan kulit dan menjaga kecantikan wanita. Kandungan biotin dan 8 jenis vitamin yang ada dalam B Complex akan membantu pembentukan kulit, kuku serta rambut yang sihat. 
Jika badan kekurangan vitamin B Complex, seseorang itu akan mengalami keguguran rambut atau mendapat ekzema. Jadi, vitamin B Complex sangat diperlukan untuk mengurangkan masalah radang pada kulit serta boleh memberikan warna tona yang lebih cerah pada kulit. Banyakkanlah mengambil pisang, telur, beras serta bijirin untuk mendapatkan sumber B Complex yang cukup. Nak cantik, kenalah rajin amalkan makan makanan yang menyihatkan, betul tak?


Vitamin C
buah dan sayur yang mengandung vitamin sangat bermanfaat untuk kecantikan.
Wanita paling gemar mengambil vitamin C kerana ia  membantu pembentukan kolagen dalam tubuh. Vitamin C bermanfaat untuk membantu menghilangkan kedutan dan ia membantu dalam mengembalikan keadaan kulit yang rosak. Vitamin C paling banyak terdapat pada sayuran hijau buah-buahan dan ia haruslah dimakan setiap hari. Kalau nak dapatkan khasiat vitamin C Shaklee, bolehlah lihat link ini. Pasti anda berpuas hati :-)


Vitamin E
Telah lama diketahui ramai bahawa vitamin E sangat baik untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Vitamin E membantu mengatasi pelbagai masalah kulit seperti kulit yang kering, kasar atau parut. Vitamin E juga akan membantu kulit supaya tetap lembut sekaligus ia sangat baik untuk menjaga kecantikan rambut. Untuk bekas luka, kita boleh menyapu  vitamin E pada parut tersebut. Ini akan sangat membantu untuk memudarkan atau menghilangkan bekas luka jika diamalkan setiap hari. Vitamin E banyak terdapat pada jenis sayur bayam, kekacang dan juga buah zaitun.

Vitamin K
Sekiranya anda ingin menghilangkan lingkaran hitam pada sekitar mata agar cepat sembuh, vitamin K ini akan berperanan penting untuk itu. Ia biasanya diperoleh daripada jenis makanan sayuran dengan warna gelap. 

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga memberi manfaat kepada semua wanita yang mahu cantik. Kalau nak cantik kenalah rajin amalkan tips dan petua kecantikan yang ada. Rugi kalau tak cuba, nak lawa kenalah berkorban sikit...betul tak?

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan untuk mendapatkan suplemen cantik anda, hubungi saya untuk maklumat lanjut. 

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392